Assalamuallaikum wr.wbt.
Seronok rasanya apabila bercuti macam ini lebih-lebih lagi sama menyambut hari pekerja pada 1 mei walaupun tidak ada satu-satu yang istimewa tetapi sekurang-kurangnya ada juga penghargaan pada pekerja .Dapat merelakskan diri,bersama keluarga,bermain golf dan banyak lagi aktiviti lain yang dilakukan.Bawa anak-anak menziarahi opahnya yang kena operate mata katanya penglihatan semakin baik tetapi perlu rawatan selanjutnya,sepatutnya rawatan lebih awal lagi,apakan daya kita sebagai anak kadangkala tidak mampu memaksa tetapi kemampuan kita hanya memjuk dan berdoa agar terbuka hatinya untuk menerima rawatan mata kerana katarak yang menyebabkan penglihatannya semakin kabur.Alhamdulillah terbuka hatinya untuk mendapatkan rawatan walaupun agak terlambat,operate di Hospital Pulau Pinang sebab adik ada disana bolehlah dapat cepat sedikit kalau tidak terpaksa menunggu lama.Siap saja operate dah tidak boleh tunggu lama,berkemas hendak balik kerumah sendiri,biasalah orang tua dua minggu dirumah anak dirasakan sudah terlalu lama jadi treatment seterusnya terpaksa dilakukan di Teluk Intan so sekarang opah terpaksa pakai spect hitam macam Panca Sitara
Hari Ahad menghantar Aizat ke Ipoh sempat singgah PC Fair di Stadium Indera Mulia macam-macam tentang ICT yang kita generasi lama sudah jauh ketinggalan .Beli MP3 dan MP5 untuk anak-anak senang sangat mereka dapat,kita dulu hendak dapat radio transistor pun sampai tamat belajar tidak merasa.Teringin juga hendak beli PC baru entah bilalah nak dapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment