Assalamuallaikum wr.wbt
Hari ini terpaksa mengambil cuti ,menghantar anak ke KUIS ,bukan tidak percaya balik sendiri tetapi barang yang agak banyak agak sukar untuk menaiki bas dan after subuh dah bergerak ke Bangi,sempat singgah dekat rumah Abang long hendak melihat cucu dari anak jantannya yang sorang tu,alhamdulillah akhirnya dapat juga anak ,seronok tengok mak datin yang sudah pencen melayan cucunya yang datang dari Terengganu,diberitahu bahawa emaknya ada meeting di Kuala Lumpur.Biasalah kalau dah jadi Wan atau Opah rasa sayang kepada cucu mungkin lebih dari sewaktu menjaga dan melayan anak sendiri.Jadi Mak Datin yang telah bergelar wan ini melayanlah cucu yang ada,mungkin lebih sibuk dari sewaktu dia bertugas sebagai guru,pengetua,PPD dan jawatan terakhir Ketua Sektor di JPN Selangor.Ingatkan pencen awal boleh berehat dirumah tetapi ada tugas lain yang sememangnya sudah di tentukan oleh ALLAH SWT.Abang Long pun rasanya seperti itu juga jika berada dirumah,segala permintaan cucu pasti dipenuhi.Nasib baik dia sambung kontrak sebagai lecturer,jadi adalah aktiviti mengajar yang terpaksa dipenuhi seiap hari mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.So Mak Datinlah jaga cucu dirumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment