Assalamuallaikum wr.wbt.
Sekarang sedang kursus membuat email di PKG ,tidak boleh hendak memberi tumpuan kepada penceramah yang sedang menerangkan tentang pengurusan aset mudah alih dan bagaimana membuat perlupusan aset yang sudah kondem dan tidak boleh digunakan.Rasanya sudah kali berapa mendengar penerangan tentang ini,banyak sangat kursus yang terpaksa dihadiri tetapi masih tidak faham-faham dan penyampai kursus pula sekadar membaca sahaja nota yang diberi dan biasanya tindakan laporan yang dihantar tidak dilayan lebih-lebih lagi dalam keadaan gawat sekarang dengan alasan tidak ada duit sudah tentu masalah kerosakan tidak dapat diselesaikan.Hari ini semua pengetua dan guru besar akan diberi kursus tentang membuat e mail dan segala perkara yang berkaitan dengan e mail supaya pentadbir tahu tentang e mail lebih lebih lagi sekarang ini semua perkara pengurusan pentadbiran akan dilakukan secara on line.Saya sendiri bukanlah buta sangat perkara itu tetapi tahulah sedikit-sedikit tidaklah koman sangat tetapi ada lagi pentadbir yang mengunakan komputer pun mengigil lagi.Esok pula akan diterangkan mengenai cara membuat blog,awak pun tahu sikit-sikit dan blog pun sudah ada cuma hendak update saja yang kadangkala malas dan kekurangan masa.Semalam majlis penyampaian sijil Immersion di JPN Perak dan disampaikan oleh pengarah,panjang juga pengarah berucap dalam keadaan santai bersama dengan dailog secara terus dengan pengetua yang hadir.Mungkin sebelum beliau pencen hendak disampaikan semua pengalaman beliau dalam bidang pendidikan bagus juga pengalaman yang dapat dikongsi bersama dengan pengetua baru.Dapat juga kepujian dalam assigment yang awak buat sewaktu immerson hari itu selama dua minggu di SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan bersama Pengetua Kanan Tn.Hj.Hod.Bagus juga program tersebut banyak juga idea baru hasil dari perbincangan dengan pengetua yang memang hebat dari segi pengurusan dan pentabiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment