Assallamauallaikum wr.wbt.
Sehari pagi dan petang sibuk bermain golf bersama kawan-kawan ,menghabiskan cuti hari wesak .Malam pula menghadiri kenduri doa selamat Tn.Hj.Hod yang mungkin rasa sudah ok selepas pembedahan jantung tempohari.Ramai juga kawan-kawan yang dijemputnya,makanan pun menyelerakan tetapi dia sendiri hanya melihat dan mempersilakan orang lain untuk menjamu selera.Bila sudah begitu banyak makanan yang terpaksa difikirkan banyak kali untuk dimasukkkan kedalam mulut,kalau dulu pakai hentam sahaja,sekarang makanan terpaksa berpilih-pilih.Baru-baru ini dalam perjumpaan dengan pengarah banyak kali diingatkan tentang penjagaan kesihatan,supaya pengetua sentiasa sihat dan cergas agar segala kerja yang diminta dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Malam tadi selepas balik dari kenduri kepala terasa pening dan tidak boleh tidur lena.
Ibu proud moment 2017
7 years ago
bawak bercucuk lege le kepale tu yop
ReplyDelete