Sunday, November 15, 2009

A SPIRIT WILL NOT DIE

Assalamulaalikum wr.wbt.

Hari ini aku rasa relaks sedikit tidak banyak komitmen,dapat tidur pada waktu petang,jarang dapat peluang sebegini sejak akhir-akhir ini,jadi bila ada peluang gunakan sepuas-puasnya,hingga tidak ada idea untuk menulis pada hari ini.Teringat kembali filem yang kami tonton dan diminta membuat refleksi selepas menonton filem itu selama dua jam pada malam kami tiba untuk mesyuarat kurikulum daerah tempohari.Tajuknya "Lean On Me".Kisah benar Louis Joe Clark seorang pengetua yang dilantik khusus untuk membetulkan keadaan satu sekolah di Amerika iaitu East Side,sekolah yang terlalu banyak masalah sama ada dari segi pelajar ,guru dan staff.Namun Clark datang dengan visi yang jelas untuk membetulkan keadaan disekolah tersebut yang sudah jauh menyimpang dari satu institusi pendidikan dan satu institusi yang bobrok dari segi sosial pelajar dan guru yang langsung tidak cakna dengan keadaan sekeliling,sehingga pelajar-pelajarnya tidak lulus waimma dalam menguasai basic skills.

Mungkin pendekatan kepimpinan Autoritarian yang dibawanya tidak begitu sesuai dengan dunia pendidikan kita,tetapi pendekatan seperti ini kadangkala sangat perlu untuk 'short term changes 'sehinggakan dalam satu meeting Clark menyatakan tidak ada siapa yang boleh bercakap hanya perlu dengar,menulis dan melaksanakan.

Namun begitu pendekatan demokratik ada juga ditonjolkan bagi memberi peluang guru membuat perubahan yang dirasakan sesuai dengan iklim persekolahan dan ada timbang tara perasaan pelajar.Sikapnya yang suka mendengar dan menyelesaikan masalah pelajar semerta,membuatkan akhirnya dia sangat disukai oleh pelajar malah guru serta ahli lembaga pengurus sekolah yang sebelumnya menentang akhirnya memberikan sokongan sehingga sekolah itu kembali sebagai satu institusi yang disegani dan pelajarnya sukses dan dapat menguasai basic skills.

Kerajinannya membuat pemantauan dan menjadi orang yang pertama sampai jika belaku sesuatu masalah serta dapat menyelesaikan secara berhemah merupakan kekuatan yang boleh ditiru.Disamping itu kekuatan mental dan fizikalnya juga merupakan satu aspek yang penting untuk menjadi pemimpin pendidikan yang berjaya seperti katanya "A Spirit will not die".

1 comment:

  1. Nak ngajor pengetuani cukup sekadar nengok filem jer yop....

    ReplyDelete