Saturday, November 14, 2009

SIKAP MAHMUDAH LAWANNYA MAZMUMAH

Assalamuallaikum wr.wbt

Masih ada penerbangan ke tanah suci ,pagi tadi aku bergegas balik dari bermain golf untuk memenuhi jemputan rakan yang mengadakan bacaan yaasin dan doa selamat.Alhamdulillah ini merupakan kali kedua beliau dapat mengerjakan haji,untuk umrah yang aku ingat sudah banyak kali beliau pergi sama ada bersama keluarga atau berdua dengan isteri.Kehidupannya sederhana,tutur kata tidak pernah menyakiti hati orang lain,apa yang beliau tuturkan keluar dari hati yang ikhlas,beliau bukan seorang hipokrit dan aku kira tidak pernah bersangka buruk dengan orang lain.

Satu lagi aku lihat apabila beliau memuji orang lain pujiannya memang datang dari hati yang luhur dan jujur dan amat disenangi oleh orang lain.Mungkin kerana itu rezekinya dimurahkan dan ada keberkatan bukan saja dari segi kerja dan harta tetapi dari usianya.

Bukan mudah hendak mencari dan meniru insan yang bersikap sedemikian,masa kini yang ramai ialah orang yang sombong,riak,meninggi diri,hipokrit,ampu mengampu,memfitnah orang lain,dendam,irihati,tidak mempercayai orang lain,tamakkan harta,pentingkan diri sendiri,tidak bertanggungjawab dan pelbagai lagi sikap yang tidak baik.

Setiap kali lepas sembahyang aku sentiasa berdoa semoga aku,isteri dan anak-anak dapat bermuhasabah diri dan mempunyai sikapMahmudah dan meninggalkan terus sikap Mazmumah.

No comments:

Post a Comment