Tuesday, November 3, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Asskum wr.wbt
Hari ini aku masih lagi meneruskan urusan pemergian umrah yang dijadualkan pada 16 Disember,sewaktu di feri teringat kawan yang sekarang tinggal di Kajang bertanya pejabat imegresyen dikajang nanti tidaklah aku tercari-cari jika destinasi sudah diketahui.Namun tugas rutin sebagai pengetua tidak kuabaikan pagi biasanya bersama pelajar islam di surau mengadakan majlis bacaan yaasin diteruskan semoga ALLAH sentiasa memelihara anak-anak murid ku yang sangat kusayangi.Sempat pula menghantar surat secara faksimili ke Sains Muar supaya guru disana memberi kebenaran untuk membawa anak keluar bagi membuat pemeriksaan doktor.Perancangan perlu dibuat dengan teliti supaya masa tidak terbuang dan banyak perkara dapat diselesaikan esok jalan masa yang singkat.Lambaian kaabah sudah mula memangil-manggil aku dan famili untu berkunjung kesana.Semalam urusan puteri sulungku telah diaturnya dengan baik .TAHNIAH kerana telah menyahut cabaran abah dan bonda.Wallahuallam

1 comment:

  1. Ate dah selesai ke yop keroje mika semalam. Moga mika sekeluarga anak beranak selamat mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur.

    ReplyDelete