Saturday, November 7, 2009

HIKMAH PEMBERIAN,HADIAH DAN SEDEKAH

Assallamuallaikum wr.wbt.

Sewaktu aku berada dipadang golf,tiba-tiba sahaja deringan handpon ku berbunyi,tertera nama dipaparan rakan lama yang sudah agak lama tidak kedengaran cerita.Sahabat ini memberitahu bahawa dia sedang berada dihadapan rumahku dan tujuannya hanya hendak menghantar durian dan rambutan dari kebunnya ,masakini memang sedang musim buahbuahan aku sekadar dapat mengucapkan terima kasih dan alhamdullilah kepada teman ini walaupun sudah lama kami tidak berjumpa masih lagi dia ingat pada aku.Sempat juga dia bergurau dengan aku dia kata inilah yang dinamakan kawam musim durian.Aku tahu dia ikhlas dengan pemberian ataupun sedekahnya.Aku mendoakan agar rakan ku ini dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Sememangnya aku teringin juga hendak membeli duria dan rambutan lebih-lebih lagi dalam perjalanan ke Bota Kanan sepanyang jalan aku melihat longgokan durian dari penjual dan peraih durian terutama di kawasan Kg.Gajah itulah ysng dinamakan rezeki datang bergolek.Tetapi aku percaya selagi kita rajin memberi dan bersedekah insyaALLAH akan kita terima sedekah dan pemberian dari orang lain dan kadangkala ganjaran yang diberi oleh ALLAH dalam pelbagai bentuk,baru semalam saja aku menderma kepada seorang rakan yang menelefon dan mengatakan bahawa surau dikampungnya perlu wang untuk membuat pendawaian elekterik.Teringat aku bagaimana rakan pengetua yang sekarang ini sedang menunggu naik ke Gred Jusa C .Laluannya begitu mudah ,aku kira sikapnya yang rajin bersedekah menjadi puncanya.Malah baru ini ada beliau terkenang kepada ku jika orang lain menjadi pengetua akan hidup mewah,tetapi dia sekadar senang saja.Oleh itu aku menginatkan anak-nak supaya rajin bersedekah dan memberi kepada orang lain terutama orang yang dalam kesusahan.

2 comments:

  1. Pertama: Tahniah! Blog mika dah berwajah baru.
    Kedua: Kalo rajin bersedekah semata-mata endakkan Jusa C tak payahle yop.Kita ubah niat lain.Jangan lupa belanja teman lagi ayam kampong goreng kat Chow Kit.tk

    ReplyDelete
  2. bukan sangat nak jusa tapi kalau dah rezeki kita nak buat macam mana usaha dan doa tetap kena buat yop

    ReplyDelete