Friday, November 20, 2009

NASIRAN YANG BERTERUSAN

Assalallamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009,sekejap rasanya hari persekolahan berlalu,pejam jelik pejam celik sudah hampir 10 bulan aku di SMK Ulu Bernam,mungkin tidak begitu terasa kerana keseronokan bekerja , setakat ini komitmen yang begitu baik dari semua pihak memudahkan aku untuk mentadbir dan mengurus sekolah.

Pagi seperti biasa rutin aku membaca Yaasin bersama pelajar Islam disurau,bagi aku satu perkara yang penting walaupun ada pelajar yang masih tidak tahu membaca dan ada yang masih merangkak sekurang-kurang bibir dan telinga mereka diperdengarkan dengan ayat-ayat suci setiap pagi.

Hari terakhir ini aku manfaatkan semasa guru sibuk dengan tugas-tugas mengemaskini tugas-tugas akhir tahun ,diatur pertemuan dengan pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2010 melalui program NASIRAN(Nasihat,Motivasi dan Amaran).Pertemuan bersandarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2009,banyak juga aku perkatakan sama ada dalam bentuk tahniah,motivasi sudah semestinya dan amaran kepada pelajar yang tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

Aku harap pelajar faham akan hasrat pengetua yang terlalu prihatin dan berhasrat agar pelajar menjadikan cuti persekolahan satu cuti yang sangat bermakna untuk meningkatkan kecemerlangan,sehinggakan aku menyatakan bahawa mungkin pada hari ini akulah satu-satunya pengetua yang membuat program ini dihari terakhir persekolahan, satu jam bersama tingkatan dua dan satu jam lagi bersama tingkatan empat .

Aku harap ketiga-tiga anakku yang sedang bercuti juga dapat merancang dan menjadikan cuti ini lebih bermanfaat.Namun yang lebih membanggakan aku dan isteriku apabila melihat Aizat anak lelaki memakai serban sewaktu kami menjemputnya pulang dari asrama ALHAMDULILLAH AKU DAN ISTERI SENTIASA BERDOA SEMOGA KETIGA TIGA ANAKKU MENJADI ANAK YANG SOLEH. Oleh itu program NASIRAN bukan setakat di sekolah tetapi akan berterusan di rumah juga.

1 comment:

  1. Biasanya 9 bulan dah keluor ke dunia. Kalo 10 bulan tak keluo keluo kena bedahtu yop.

    ReplyDelete