Sunday, October 14, 2012

Kurangkan makan

Imam Ibrahim bin Adam mengatakan:"Aku bersahabat dengan sebahagian ahli ibadat di Gunung Lebanon hidup.Mereka menasihati aku:"Jika engkau kembali ke tengah-tengah masyarakat,nasihatilah mereka dengan empat perkara.Barangsiapa banyak makan nescaya tidak akan merasakan nikmat ibadat.Barangsiapa banyak tidur,nescaya hidupnya tidak mendapat berkat dalam hidup,Barangsiapa memginginkan keredhaan orang lain jangan berharap redha Allah .Barangsiapa  yang banyak bercakap sesuatu yang tidak bermanfaat,maka dia akan mendapat suul khatimah dan terkeluar dari Islam."

Saidina Sahl berkata:"Berkumpulnya segala kebaikan adalah empat perkara di atas.Kemudian,dengan empat perkara berikut,wali-wali Allah mendapat darjat abdal:

a.Mengosongkan perut (Memperbanyakkan puasa)

b.Tidak banyak berkata-kata

c.Menjauhkan diri dari pergaulan bebas

d.Mengerjakan ibadat malam

Thursday, September 13, 2012

Teladan dari Sultan Muhamad Al Fateh



Sempat memberi tazkirah pagi selepas bacaan Surah Yaasin kepada pelajar-pelajar SMKUB,mengenai kehebatan Sultan Muhamad AlFateh yang berjaya menawan kota Constantinople,iaitu yang sangat kebal temboknya setebal 4 lapis,setinggi 25 kaki dan sejauh 125 kaki.Peperangan selama 54 hari penuh dengan kesabaran dan diiringi dengan sifat keberanian serta tawaduk tentera Islam.Sememang benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika menggali parit dalam peperangan Khandak ,"Constantinople akan jatuh ketangan tentera Islam,rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera"
Apabila tentera Islam hendak mendirikan sembahyang yang pertama di Gereja Aya Sophia,maka Sultan Muhamad Fateh telah bertanya kepada tenteranya tiga soalan bagi menentukan siapa yang sepatutnya ,menjadi imam.Baginda bertanya siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardu sejak baligh,diminta duduk, tidak seorang pun duduk kerana semuanya tidak pernah meninggalkan sembahyang fardu.Baginda bertanya lagi siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sejak baligh,ada diantara tentera yang duduk.Baginda bertanya lagi siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang tahajud diwaktu malam sejak baligh ,semua tentera duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al Fateh.Jadi memang jelas bahawa untuk berjaya dalam apa jua munajat dan berserah kepada Allah ada perkara nombor wahid di dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam.

Wednesday, September 12, 2012

Cara mendidik anak


Mendidik anak mengikut tiga peringkat umur

1.Peringkat pertama : 7 tahun pertama (1 hingga 7 tahun)

2.Peringkat kedua   :  7 tahun kedua (7 hingga 14 tahun)

3.Peringkat ketiga   :   7 tahun ketiga (15 hingga 22 tahun)


Sewaktu 7 tahun pertama:

Ayah dan ibu sepatutnya membelai dan memberi kasih sayang sepenuhnya bermain-main serta bergurau dengannya.Pada peringkat inilah ayah dan ibu memberi kasih sayang dan perhaatian secukupnya.

Sewaktu 7 tahun kedua:

Ayah dan ibu sepatutnya membentuk jiwa dan menjadikan kita sebagai contoh dan teladan yang baik dan sama-samalah kita melakukannya.Ajaklah sama-sama solat dan melakukan kerja rumah secara bersama-sama dan jangan hanya menyuruh.Diperingkat kedua ini seharusnya ayah dan ibu berusaha bersungguh-sungguh untuk membentuk anak menjadi baik.Selalu mengambil berat tentang diri dan pelajarannya serta sering mendoakan kebaikannya.

Sewaktu 7 tahun ketiga:

Peringkat remaja ini sangat penting,ketika inilah mereka memerlukan perhatian.Ayah dan ibu patut menjadikan anak sebagai KAWAN disamping pendorong dan nasihat.Jika anak itu bercerita jadilah pendengar yang baik,janganlah kita terus memarahinya,jika apa  yang dilakukan itu salah berilah nasihat dan panduan dengan lembut supaya dia dapat menentukan sendiri apa yang dibuat itu betul atau buruk.Jika anak itu diam banyaklah bertanya berbuallah dengannya supaya kita tahu apa masalahnya.
Remaja tidak suka dimarahi,mereka akan memberontak dan akhirnya akan mencari rakan sebaya untuk berkongsi cerita,akibatnya anak-anak tidak rapat dengan ibu bapa tetapi lebih rapat dengan kawan-kawan yang tidak semuanya baik.Berjaya atau tidak ibu bapa sebagai kawan kepada anak ialah apabila nak percayakan kita.Menjadikan kita tempat bercerita sehingga tiada rahsia disembunyikan.Segala perkara dan masalah kitalah rujukannya.Jadilah kawan pada anak-anak,diumur manapun tidak terlambat untuk kita mulakan persahabatan dengan anak-anak.Persahabatanlah yang merapatkan hubungan dan menanmkan rasa kasih dan hormat.Tanpanya anak-anak akan menjadi jauh dari ibu bapa.

Tuesday, September 11, 2012

Gaya hidup sihat sekadar ingatan


Sekadar ingatan bagi yang banyak sangat jemputan rumah terbuka sempenan Hari Raya Aidil Fitri

Maksud  dari AlQuran,

"makan dan minumlah,dan janganlah berlebih-lebihan'
(surah al-A'raf ayat 31)

Tips untuk menjaga kesihatan

Makan hanya 80% kenyang

Makan malam sebelum pukul 8

Minum 8 gelas air sehari

Jalan 8,0000 langkah sehari

Tidur 8 jam sehari

Ingat perut kita hanya boleh menampung 1/3 ruang untuk udara,1/3 untuk makanan dan 1/3 lagi untuk air

Monday, September 10, 2012

DISIPLIN DAN BERDISIPLIN








PENGAWAS YANG DIHARAPKAN DAPAT MENJAGA DISIPLIN PELAJAR.

DISIPLIN DAN BERDISIPLIN








PENGAWAS YANG DIHARAPKAN DAPAT MENJAGA DISIPLIN PELAJAR.

Saturday, September 1, 2012

Wednesday, March 14, 2012

'KITA PERLU YAKINKAN PELAJAR,BARU BOLEH BERJAYA"

Berbual dengan para atlet yang mewakili sekolah dalam MSSD Hilir Perak pada 20 hingga 22 Mac ini di Padang Sukan Sabak Bernam.Nampak meyakinkan sekurang-kurangnya 3 emas bagi menepati slogan UB Top 3.Sempat juga mencuba lontar peluru dan menunjukkan sisa bakat yang ada
sewaktu menjadi pelajar dulu.

Memang pernah mewakili sekolah dalam acara 4x100,boleh dikatakan pelajar yang aktif juga terpilih mewakili pasukan hoki dan keriket sekolah pada masa itu,namun semua menjadi kenangan lama yang tersimpan kemas dalam memori bersama kawan-kawan dan mauduk itu juga menjadi bualan sewaktu berjumpa atau semasa berchating dalam facebook.

Sempat pula memberi motivasi kepada pelajar supaya sasaran emas itu tercapai,malangnya tidak dapat bersama kerana pada minggu hadapan terpaksa menghadiri kursus pembangunan organisasi (ProD), siri 3 di IAB Utara.Cuma agak terkejut apabila berbual dengan guru dan merupakan jurulatih atlet ini,bahawa dengan nada yang seolah-olah merendah diri menyatakan bahawa jika kita tidak dapat emaspun tidak apa asalkan dapat pingat sama ada perak atau gangsa.Tergambar nada yang tidak meyakinkan dan tidak bersemangat dan saya membuat tanggapan berjiwa kecil.Terus saya menyatakan kepadanya bahawa sebagai seorang ketua atau guru atau jurulatih kita mesti berji meniupkan besar sentiasa meniupkan semangat kepada pelajar-pelajar bahawa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan memperolehi target atau sasaran yang telah ditetapkan.Kata saya "Kita perlu meyakinkan pelajar,baru kita boleh berjaya".Saya nyatakan kepadanya keyakinan akan menjana idea,kemahiran dan tenaga yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang disasarkan.Apabila kita menyatakan kepada pelajar kita boleh,apa saja cara untuk mencapai matlamat itu akan terbayang diminda kita dan juga pelajar secara automatik.Dengan muka ceria dan senyuman yang seolah-olah bersemangat ,menggambarkan beliau faham apa yang saya nyata dan jelaskan.

Tuesday, March 13, 2012

CABARAN.......

Pagi ini awal-awal lagi sudah berada dikebun pisang yang terkena virus.rasa kecewa sudah bersarang didada,pokok yang elok dan subur dan sudah mengeluarkan hasil yang agak lumayan pada peringkat awal telah diserang oleh satu penyakit yang menyentap semangat untuk terus berusaha bagi menambah tabung PIBG sekolah.Kemudian sedang aku sendirian dalam kebun itu datang pula dua orang tukang kebun yang aku minta mengusahakan kebun tersebut dari peringkat awal lagi.Ternyata kedua-dua pekerja tersebut turut kecewa dengan apa yang berlaku.
Sebagai seorang pemimpin aku mesti bersikap positif dihadapan mereka,apa yang mampu aku nyatakan bahawa setiap kejayaan biasanya ada cabaran yang terlibih dahulu diuji oleh ALLAH SWT,tetapi yang perlu ada pada diri kita ialah sejauhmana kita tidak patut mengalah,perlu bertenang,bermuhasabah diri dan seterusnya mencari jalan untuk mengetahui masalah tersebut.Disinilah terletaknya fikiran yang perlu fokus,bernas dan jelas.Bila fikiran kita bernas dan jelas ,insya ALLAH pada masa itu ,alternatif yang kita pilih mengatasi cabaran yang kita hadapi.
Saya katakan kepada mereka lagi dalam apa juga keadaan kita ada tempoh bertenang.Setelah habis tempoh bertenang jika tidak ada perubahan ataupun cabaran tadi tidak dapat diatasi itu akan menjadi kegagalan yang berterusan.
Aku teringat kata-kata seorang petani yang bersembang dengan aku,katanya "kita tidak boleh terlalu berani tetapi tidak boleh terlalu takut",terutama dalam membuat keputusan.
Oleh itu,untuk menjadikan sesuatu cabaran bermanfaat,satu keputusan perlu dibuat dengan doa dan harapan agar keputusan yang dibuat itu tepat dan bersesuaian serta membawa kepada kejayaan.

Tuesday, January 17, 2012

Sunday, January 15, 2012

ISTERI YANG SANGAT KU SAYANGI

DIMUZIUM KAABAH
DIMASJID NABAWI

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Monday, January 9, 2012

Sunday, January 8, 2012

JABAL TSHUR


Begitu sukarnya Nabi Muhamad SAW dan Abu Bakar bersembunyi didalam gua Tshur,sebelum berhijrah ke Madinah.

Saturday, January 7, 2012

DIKILANG MENCETAK ALQURAN


Bergambar bersama dengan pegawai dikilang cetak AlQuran,penerangan beliau dalam bahasa inggeris amat jelas.

Friday, January 6, 2012

BERDIRI ATAS BUKIT MARWAH

Semua berasa letih setelah selesai tahalul.Relaks kejap.

Tuesday, January 3, 2012

TAZKIRAH DI HOTEL SYARAYA IMAN MEKAH


Menjadi pengerusi majlis tazkirah,bersama Prof.Muhd Kamil Ibrahim,penulis Travel Log Haji mengubah sempadan iman,terima kasih Prof.

Monday, January 2, 2012

UMRAH 16 DIS HINGGA 27 DIS 2011



Kami sentisa berdoa agar dapat umrah yang mabrur dan makbul