Berbual dengan para atlet yang mewakili sekolah dalam MSSD Hilir Perak pada 20 hingga 22 Mac ini di Padang Sukan Sabak Bernam.Nampak meyakinkan sekurang-kurangnya 3 emas bagi menepati slogan UB Top 3.Sempat juga mencuba lontar peluru dan menunjukkan sisa bakat yang ada
sewaktu menjadi pelajar dulu.
Memang pernah mewakili sekolah dalam acara 4x100,boleh dikatakan pelajar yang aktif juga terpilih mewakili pasukan hoki dan keriket sekolah pada masa itu,namun semua menjadi kenangan lama yang tersimpan kemas dalam memori bersama kawan-kawan dan mauduk itu juga menjadi bualan sewaktu berjumpa atau semasa berchating dalam facebook.
Sempat pula memberi motivasi kepada pelajar supaya sasaran emas itu tercapai,malangnya tidak dapat bersama kerana pada minggu hadapan terpaksa menghadiri kursus pembangunan organisasi (ProD), siri 3 di IAB Utara.Cuma agak terkejut apabila berbual dengan guru dan merupakan jurulatih atlet ini,bahawa dengan nada yang seolah-olah merendah diri menyatakan bahawa jika kita tidak dapat emaspun tidak apa asalkan dapat pingat sama ada perak atau gangsa.Tergambar nada yang tidak meyakinkan dan tidak bersemangat dan saya membuat tanggapan berjiwa kecil.Terus saya menyatakan kepadanya bahawa sebagai seorang ketua atau guru atau jurulatih kita mesti berji meniupkan besar sentiasa meniupkan semangat kepada pelajar-pelajar bahawa kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan memperolehi target atau sasaran yang telah ditetapkan.Kata saya "Kita perlu meyakinkan pelajar,baru kita boleh berjaya".Saya nyatakan kepadanya keyakinan akan menjana idea,kemahiran dan tenaga yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang disasarkan.Apabila kita menyatakan kepada pelajar kita boleh,apa saja cara untuk mencapai matlamat itu akan terbayang diminda kita dan juga pelajar secara automatik.Dengan muka ceria dan senyuman yang seolah-olah bersemangat ,menggambarkan beliau faham apa yang saya nyata dan jelaskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment