Pagi ini awal-awal lagi sudah berada dikebun pisang yang terkena virus.rasa kecewa sudah bersarang didada,pokok yang elok dan subur dan sudah mengeluarkan hasil yang agak lumayan pada peringkat awal telah diserang oleh satu penyakit yang menyentap semangat untuk terus berusaha bagi menambah tabung PIBG sekolah.Kemudian sedang aku sendirian dalam kebun itu datang pula dua orang tukang kebun yang aku minta mengusahakan kebun tersebut dari peringkat awal lagi.Ternyata kedua-dua pekerja tersebut turut kecewa dengan apa yang berlaku.
Sebagai seorang pemimpin aku mesti bersikap positif dihadapan mereka,apa yang mampu aku nyatakan bahawa setiap kejayaan biasanya ada cabaran yang terlibih dahulu diuji oleh ALLAH SWT,tetapi yang perlu ada pada diri kita ialah sejauhmana kita tidak patut mengalah,perlu bertenang,bermuhasabah diri dan seterusnya mencari jalan untuk mengetahui masalah tersebut.Disinilah terletaknya fikiran yang perlu fokus,bernas dan jelas.Bila fikiran kita bernas dan jelas ,insya ALLAH pada masa itu ,alternatif yang kita pilih mengatasi cabaran yang kita hadapi.
Saya katakan kepada mereka lagi dalam apa juga keadaan kita ada tempoh bertenang.Setelah habis tempoh bertenang jika tidak ada perubahan ataupun cabaran tadi tidak dapat diatasi itu akan menjadi kegagalan yang berterusan.
Aku teringat kata-kata seorang petani yang bersembang dengan aku,katanya "kita tidak boleh terlalu berani tetapi tidak boleh terlalu takut",terutama dalam membuat keputusan.
Oleh itu,untuk menjadikan sesuatu cabaran bermanfaat,satu keputusan perlu dibuat dengan doa dan harapan agar keputusan yang dibuat itu tepat dan bersesuaian serta membawa kepada kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment