Diantara jenis-jenis kepimpinan-jenis kepimpinan
1.Kepimpinan strategik
Berpegang kepada konsep hala tuju dan masa depan dan menggerakkan organisasi menuju ke hadapan
2.Kepimpinan Transformasi
Memperaku perhubungan saling bergantungan antara kepemimpinan dan pengurusan adalah penting untuk sekolah mencaapai kejayaan.
3.Kepimpinan invitational
Pendekatan kepemimpinan mengundang berfokus kepada pembangunan modal insan dengan mengambil kira kepemimpinan interpersonal serta memberi penekanan kepada nilai pendidikan.
4.Kepimpinan Etikal
Kepimpinan etikal mengutamakan sifat kemanusiaan.Kepimpinan strategik,transformasi dan mengundang adalah asas kepada seorang pemimpin etikal.
5.Kepemimpinan Berpusatkan murid
Kepemimpinan ini juga dikenali sebagai instructional leadership iaitu fungsi utama sekolah,keinginan dan tanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran murid merupakan ciri yang membezakan pemimpin sekolah dengan organisasi lain.
6.Kepimpinan Konstruktif
Pendekatan ini berpegang kepada prinsip pembelajaran,pengajaran dan memimpin yang saling berkait.
7.Kepimpinan Poetikal dan Politikal
Kepemimpinan poetical memastikan keseimbangan antara jiwa dan budaya dengan masa kini.Kepemimpinan politikal memerlukan kebiasaan dengan strategi dan taktik kuasa dan konflik.
8.Kepimpinan Emosional
Pemimpin menggunakan situasi luar jangka sebagai peluang untuk membina perhubungan dan pembelajaran.
9. Kepimpinan Entrepreneurial
Amalan terbaik adalah berfokus untuk mencari penyelesaian masalah bagi mencapai objektif yang belum terlaksana.
10.Kepimpinan Distrubuted
Amalan-amalan terbaik adalah pengagihan dan perkongsian tanggungjawab serta membuat keputusan
11.Kepimpinan sustainable
Kepemimpinan untuk mewujud dan mengekalkan pembelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment