Monday, October 24, 2011
CABARAN PEMIMPIN SEKOLAH ABAD 21
Perbandingan pemimpin sekolah masa kini dengan masa dulu.
1. Pemimpin sekolah masa kini membangunkan modal insan.Semua guru dan staff mesti dibimbing untuk membangunkan content knowledge,pedagogical knowledge dan interpersonal knowledge.
2. Berupaya membangunkan JERI pelajar.
3. Lebih terlatih,diberi kuasa dan mempunyai lebih tanggungjawab tetapi boleh menurunkan kuasa.
4. Sebagai penyelesai masalah,krisis pengurusan dan membuat keputusan bukan lagi sekadar mengurus dan mentadbir sekolah.
5. Mengurus kemudahan fizikal supaya berfungsi dan digunakan secara berkesan.
6. Sebagai pemimpin instruksional bukan sekadar memastikan sekolah memperolehi guru yang mencukupi.
7. Lebih bertanggungjawab ke atas prestasi sekolah.
8. Menguruskan komunikasi dengan peringkat yang lebih tinggi seperti Kementerian dan pemimpin pelbagai pihak.
9. Perlu mengurus dan menjana sumber-sumber bukan sekadar mengurus rekod sekolah.
10.Kriteria pemimpin sekolah sekarang berdasarkan prestasi dan kualiti yang tinggi,mempunyai etika profesional yang teguh dan pembangunan profesional yang terbaik.
Oleh itu kita mesti responsif kepada cabaran baru dalam bidang pendidikan,supaya tidak tercicir, tertinggal dan terus terpinggir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah le leman.....atas kejayaan SMKUB. Rambut dah nampak memutih tanda semakin matang dlm hidup.
ReplyDelete