Seseorang pemimpin sekolah sewajarnya mampu menjadi motivator kepada guru-guru di sekolahnya.Dalam hal ini seseorang pemimpin sekolah dapat mengayati dan memahami serta sedaya upaya mempraktikkan makna perkataan MOTIVATE seperti yang dijelaskan oleh Dunham (1995).
M = Make a point of being accesible to team members
O = Opinions,contributions and experience shoul be valued
T = Treat colleagues as equals in the team and treat them as individual in a profesional capacity.
I = Improve communication in teams by showing respect to others
V = Value team and individuals by fostering responsibility
A = Allocate time for planning and discussion
T = Teams members appreciate praise and contructive critism
E = Encourage initiative taking and the need to work together.
Secara umumnya,seseorang pemimpin sekolah yang bersifat motivator itu mempunyai ciri-ciri seperti mudah didampingi,menghargai dan mempertimbangkan pendapat guru,memberi layanan yang sama kepada semua guru tetapi mengambil kira kebolehan individu guru dalam usaha perkembangan profesionalisme,bersedia untuk menghormati guru dan orang lain,menjelaskan tanggungjawab individu dan kumpulan,bersedia meluangkan masa bersama guru untuk berbincang dan merancang,menyedari bahawa guru memerlukan penghargaan dan kritikan membina,dan menggalakkan inisiatif guru dalam melaksanakan tugas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment