Tuesday, June 8, 2010

SIFU TAI CHI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Masih lagi dalam kursus KKPP di IAB,sempat beriadah masuk GYM dan belajar Tai Chi dengan Mr.Peh Pengetua SMK Kemayan yang sentiasa tersenyum dan nampak sihat.Bersungguh-sungguh beliau mengajar hanya 6 step,bagus juga biasalah senaman orang cina yang ada ciri-ciri seni kung fu dan seni menjaga pernafasan tetapi nampak segar selepas senaman dibuat.Beliau menjelaskan bahawa setiap step dia terpaksa belajar selama 2 bulan dan beliau sendiri sudah mengambil peperiksaan berbentuk praktikal dan telah pun lulus,hebat dengan umurnya sudah hampir pencen lebih kurang 7 bulan lagi.Ramai pula kawan-kawan yang berminat dan turut serta.Dapat SMS dari farha yang sedang berada divietnam cuma dia kata masalah kamera sahaja yang baterinya lemah so tidaklah dapat bergambar dengan kamera sendiri.Malam terpaksa buat perbincangan untuk buat persembahan pada hari jumaat ini ,sebagai ketua kenalah mempengerusikan perbincangan,nampak gaya oklah kerana soalan bersifat teknikal dan jawapanpun sudah disediakan oleh cikgu Hasyim,tinggal hendak touchup sahaja.So esok masa rehearseal pula. Aizat dengan emaknya sudahpun berada di KL.

No comments:

Post a Comment