Assalamuallaikum wr.wbt.
Semalam makan malam kumpulan KKPP pengetua dan guru besar,penuh jadual kursus petang kena buat perbincangan untuk persembahan pada hari jumaat,namun begitu sempat juga bersama Hj.Nan dan Hj.Husni makan mee bandung kat Goh Tong Jaya,memang sedap awak tengok si Nan habis di hirupnya kuah mee bandung tu.Memang hebat Hotel Awana ini.kalau tidak kerana tajaan Datuk Seri Junaini Kassim isteri MB Pahang yang berkursus bersama mungkin kami tak dapat masuk ke Awana Hotel Five Star yang dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing.Saya diamanaahkan untuk membaca doa sempat dowmload doa dari internet sebab pen drive yang ada doa tersebut telah tertinggal kat manapun tak tahu.Pengarah IAB Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud pun turut sama bersama dengan semua pensyarah,makanan sedap-sedap termasuk ibu rebus dan pisang rebus,masing-masing menunduk sahaja makan tidak berhenti-henti program yang santai dan mesra.Ada juga pensyarah dan pengetua yang cuba menyanyi tapi tidak ada sorang pun yang betul-betul boleh menyanyi semuanya sumbang live band juga yang sedap.Semua balik dalam keadaan kenyang dan terus tidur.
No susu - yes susu
4 years ago
Elok beno le yop lepas berdoa deme nyanyi
ReplyDelete