Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini agak lega sedikit,kerana esei IAB sudah dihantar dan sudah ada respon dari En.Khairilititov melalui e-learning,takut juga tidak sampai kerana sekarang ini semuanya berada dialam maya,tadi pagi-pagi sempat berada bersama semua Tingkatan Tiga,dalam program NASIRAN,memang apabila diteliti balik,pada tahun 2010 jika tidak ada aral melintang dan diizinkan ALLAH SWT,begitu juga jika ada usaha yang gigih dari cikgu, result akan meningkat untuk PMR pada tahun ini.Semoga slogan UB THE BEST akan dapat difahami.dihayati dan dilaksanakan dengan sokongan semua pihak.Alhamdulillah dapat pula dua guru baru tetapi GSTT,so tidak adalah masalah guru tiada dan terpaksa dibuat relief.Semalam diadakan mesyuarat jawatan kuasa hari kantin,bersama PIBG,sertakat ini kutipan memberangsangkan,semoga target RM15,000.00 dapat dicapai,jumlah itu sudah begitu sangat banyak untuk sekolah yang kecil seperti SMKUB ini.
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
HALA TUJU BERSAMA DAN HALA TUJU YANG JELAS
Assalamuallaikum wr.wbt.agi ma
Alhamdulillah hari ini dapat juga menghantar assigment kursus IAB ,sudah malas hendak edit sangat,nasib baik dapat juga adjust 20 muka surat,tetapi yang meragukan apabila hantar dialam maya ini,macam tidak confident dah hantar ke atau tidak diterima,tetapi suda call penyelia kursus bagi memaklumkan bahawa esei telahpun dihantar dan hari ini merupakan hari terakhir tetapi yang paling awak respect ialah Cikgu Hashim,awak tengok dalam e-learning 17 Jun dia sudah hantar hebat betul orang tua ni.Tetapi sempat juga tulis dalam mail kepada iab "jangan hilang di alam maya sudahlah katanya".Namun begitu ada juga kawan-kawan yang tidak mahu hantar,sebab dia orang sudah lulus PTK .Semalam Mesyuarat JKKS KALI KE 3,banyak perkara telah saya sampaikan bagaimana SMKUB menuju kearah target yang telah ditetapkan,harap-harap apa yang saya dan pihak pentadbir hasratkan dapat difahami secara bersama barulah yang dikatakan "ada halatuju yang jelas dan ada halatuju bersama".Persetujuan bersama sangat perlu barulah boleh cemerlang.

Monday, June 28, 2010
CAKAP ORANG PUTIH
Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini agak awal kesekolah,sampaipun awal sempat bersama dengan pelajar dalam program bacaan Yaasin,sudah agak lama tidak bersama dalam program tersebut.Alhamdulilah kedatangan pelajar pun agak awal dan tidak perlu dikenakan sebarang dendaan ,ada juga guru dan pelajar yang menyatakan bahawa agak lama tidak bertemu dengaan pengetua,padahal hari Isnin buka persekolahan ada saya di sekolah,mungkin itu yang dikatakan bahawa ketidakhadiran pengetua disekolah amat dirasai,jangan sampai hadir pengetua disekolah sangat dibenci sudahlah.Awal pagi sudah masuk kekelas tingkatan lima melaksanakan NASIRAN(Nasihat Motivasi dan Amaran) berdasarkan kepada result pertengahan tahun,sempat masuk dua kelas,banyak yang perlu diperbaiki dan program perlu dipantau jika tidak keputusan sudah tentu menurun.Semalam NASIRAN bersama anak jantan tersayang Aizat,ok juga resultnya kecuali Sains dan Matematik begitu juga Bahasa Arab.Dia kata markah belum dapat begitu juga result kertas Iddadi ,mungkin sibuk sangat uztaznya.Esok mesyuarat JKKS kali ke 3.Sempat juga buat analisa result walaupun sibuk dengan kerja membuat esei IAB,tinggal hendak final touch,hantar sajalah ,sudah tidak mampu hendak fikir dan buat.Dalam masa yang sama sempat juga meninjau aktiviti Englis Week yang bermula hari ini,nampak berjalan dengan lancar,respon dari pelajar juga ok.Pengetua sempat juga bercakap dua tiga patah cakap orang putih dengan pelajar.

Friday, June 25, 2010
NKRA DAN SIP
Assalamuallaikum wr.wbt.
Agak lama tidak menulis diadalam blog ini,sibuk sangat sebelum ini menghaadiri persidangan PKPSM kebangsaan di negeri Cik Siti Wan Kembang,menaiki bas bersama 60 orang perwakilan dari negeri Perak,seluruh Malaysia dikahabarkan hampir 600 orang yang hadir di Hotel Grand Riverview Hotel berhampiran dengan Sg.Kelantan ,besar hotel ini mungkin 4 bintang kut.Banyak juga yang dibincangkan dan dibahaskan,petah pidato perwakilan yang membahaskan banyak perakara yang berkaitan dengan pendidikan,terutam tentan pengisian SIP yang terkandung dalam NKRA,pegawai-pegawai yang datang tidak terjawab kadang-kadang.Sudah diputuskan oleh Pak Menteri ikut sahajalah,SMKUB sudah lampu hijau lebih awal dari tarikh iaitu 27 Jun line kan ditutup,tunggu sahajalah analisanya rasanya SMKUB berada dalam band 6 iaitu sekolah yang perlu dipantau dari segi pencapaian,maklumlah baru hendak merangkak naik. Walau apapun kerja wajib diteruskan,yang penting guru mengajar dan pelajar dapat belajar dengan baik.Sempat beli kain untuk kedua anak perempuan dan bagi isteri tersayang kain baju batik" Kelantan mari" yang dijual oleh Pesona Batik.

Monday, June 21, 2010
ESEI IAB
Assalamuallaikum wr.wbt.
Sudah agak jemu membuat assigment,mulalah boring dan cari kerja lain,baru saja chair meeting guru dah lama tidak berjumpa dengan guru-guru banyak benda yang hendak diceritakan dan dikhabarkan,sekali dengan membuat perancangan hari guru dan hari kantin.Latihan perlu dibuat dari sekarang kalau tidak alamat semput semua guru-guru yang sudah tidak berapa boleh bermain termasuk pengetuanya.Cuma saya mengingatkan guru-guru agar tidak berada ditempat tercorot dari 10 sekolah yang bertanding sudahlah kalu boleh kekal ditempat ke 4 seperti taahun lepas.Pagi tadi sempat membuat perasmian minggu Bahasa Inggeris SMKUB ucapan disediakan oleh guru Bahasa Inggeris.ucapan ok tetapi bunyi slang Perak dan ada sedikit jawa.Agak sibuk hari ini esok sudah hendak ke Kelantan persidangan PKPSM peringkat kebangsaan yang sudah tentu assingment belum siap lagi tetapi sudah masuk muka surat 17,ada kawan tu belum lagi katanya.Nasiblah bang tidak berenti2 buat asssigment.

Sunday, June 13, 2010
KNOWING AND DOING
Assalamuallaikum wr.wbt.
Tiba-tiba teringat ucapan pengarah IAB Dr.Abdul Ghafar Mahmud,yang mengingatkan pengetua dalam majlis makan malam tempohari tentang impak kursus yang diadakan oleh IAB selama ini sebenarnya terletak pada individu sendiri kerana merekalah yang akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan diberikan oleh pensyarah kerana tanpa praktik segala teori yang diberi tidak akan menunjukkkan keberhasilan.
Konsep "knowing and doing" perlu difahami dan dilaksanakan oleh pengetua untuk menghasilkan kecemerlangan pada masa akan datang.Pengetua sebagai" frontliner" perlu menunjukkan role model kepada orang bawahan supaya kehadiran disekolah sangat dirasai.Pengetua perlu ada "towering personaliti "bagi menterjemahkan visi dan misi sekolah.

Saturday, June 12, 2010
KASUT JOGING TINGGAL KAT IAB
Assalamuallaikum wr.wbt.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku mengikuti kursus kkpp 2010 di IAB dengan jaya sehingga kehari exam 50 soalan berbentuk objektif nampak macam senang tunggu sajalah result apa dapatnya.Sempat juga mengambil farha di LCCT fligh dia agak lewat sedikit,jadi terpaksalah naik ke Genting balik dalam pukul 1 malam ingatkan dah tidak ada orang rupanya masih ramai lagi pelancong yang naik ke Genting waktu sebegitu.dia orang menginap di Seri Malaysia,senang sedikit hendak mancari makanan.Disebabkan sudah agak lewat dan minum kopi pula sewaktu di MC Donald LCCT mulalah mata susah hendak terlelap,nak study untuk exampun malas sebab banyak sangat hendak dibaca,so tawakal sajalah.Pagi itu tidak sempat hendak joging so kasut joging pun tertinggal dekat berandah bilik,nasib baik dah terkoyak sedikit sedekahkan sahajalah.Alhamdullilah present untuk kumpulan pun tidak ada masalah rasanya kumpulan kami yang nampak menyerlah tengoklah ketuanya siapa.Yang lebih hebat cikgu Hasyim dia yang sediakan powerpoint dan hardcopy.

Wednesday, June 9, 2010
MAKAN MALAM DI AWANA GENTING HIGHLAND
Assalamuallaikum wr.wbt.
Semalam makan malam kumpulan KKPP pengetua dan guru besar,penuh jadual kursus petang kena buat perbincangan untuk persembahan pada hari jumaat,namun begitu sempat juga bersama Hj.Nan dan Hj.Husni makan mee bandung kat Goh Tong Jaya,memang sedap awak tengok si Nan habis di hirupnya kuah mee bandung tu.Memang hebat Hotel Awana ini.kalau tidak kerana tajaan Datuk Seri Junaini Kassim isteri MB Pahang yang berkursus bersama mungkin kami tak dapat masuk ke Awana Hotel Five Star yang dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing.Saya diamanaahkan untuk membaca doa sempat dowmload doa dari internet sebab pen drive yang ada doa tersebut telah tertinggal kat manapun tak tahu.Pengarah IAB Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud pun turut sama bersama dengan semua pensyarah,makanan sedap-sedap termasuk ibu rebus dan pisang rebus,masing-masing menunduk sahaja makan tidak berhenti-henti program yang santai dan mesra.Ada juga pensyarah dan pengetua yang cuba menyanyi tapi tidak ada sorang pun yang betul-betul boleh menyanyi semuanya sumbang live band juga yang sedap.Semua balik dalam keadaan kenyang dan terus tidur.

Tuesday, June 8, 2010
SIFU TAI CHI
Assalamuallaikum wr.wbt.
Masih lagi dalam kursus KKPP di IAB,sempat beriadah masuk GYM dan belajar Tai Chi dengan Mr.Peh Pengetua SMK Kemayan yang sentiasa tersenyum dan nampak sihat.Bersungguh-sungguh beliau mengajar hanya 6 step,bagus juga biasalah senaman orang cina yang ada ciri-ciri seni kung fu dan seni menjaga pernafasan tetapi nampak segar selepas senaman dibuat.Beliau menjelaskan bahawa setiap step dia terpaksa belajar selama 2 bulan dan beliau sendiri sudah mengambil peperiksaan berbentuk praktikal dan telah pun lulus,hebat dengan umurnya sudah hampir pencen lebih kurang 7 bulan lagi.Ramai pula kawan-kawan yang berminat dan turut serta.Dapat SMS dari farha yang sedang berada divietnam cuma dia kata masalah kamera sahaja yang baterinya lemah so tidaklah dapat bergambar dengan kamera sendiri.Malam terpaksa buat perbincangan untuk buat persembahan pada hari jumaat ini ,sebagai ketua kenalah mempengerusikan perbincangan,nampak gaya oklah kerana soalan bersifat teknikal dan jawapanpun sudah disediakan oleh cikgu Hasyim,tinggal hendak touchup sahaja.So esok masa rehearseal pula. Aizat dengan emaknya sudahpun berada di KL.

Monday, June 7, 2010
NASI DAGANG IAB
Assalamuallaikum wr.wbt. a son
Hari ini terasa sangat mengantuk bukan kerana apa waktu rehat tadi teringin sangat hendak makan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol atau ikan kayu,mulalah rasa letih dan mengantuk.semalam baru buat ujian kecergasan,kandungan lemak 24 tapi ada yang hampir 30 dan lebih sepatutnya kurangkan lemak tetapi kali ini tambah lemak tetapi tidak apa kerana pagi dan petang cover dengan joging berat badan hanya turun 0.2 kg sahaja.Semalam pensyarah baru bagi tahu iaitu breakfast like a king,lunch like a queen and dinner like son.Tetapi yang berlaku lain pula biasanya dinner like a king itu yang berat badan tidak turun-turun.

UJIAN KECERGASAN
Assalamuallaikum wr.wbt.
Agak mengantuk kuliah yang disampaikan semalam,mungkin pensyarah baru yang belum begitu mantap dari segi keilmuan yang masih takut-takut dan curiga dengan audien yang terdiri dari pengetua yang kononnya mempunyai ilmu yang lebih dan khuatir jika sekiranya soalan yang mencabar yang tidak boleh dijawab.Sebenarnya tidak begitu lebih kurang sama sahaja.Cuma yang menyeronokkan semalam ialah ujian kecergasan dan keputusannya akan dibincangkan pada hari ini.Cuba buat juga tetapi setakat dua dan tiga bintang,maksudnya diperingkat sederhana belum begitu mantap lagi.Aizat dan isteri memerap di Gohtong Jaya Hotel,hari ini mereka berdua akan ke KL.

Sunday, June 6, 2010
DUA MINGGU KURSUS IAB
Assalamuallaikum wr.wbt.
Terlalu sibuk minggu ini,balik dari kursus KKPP dari IAB Genting Highland,letih dan terpaksa menghantar anak ke LCCT untuk menyertai rombongan kembara SAMURA ke Vietnam ,sempat balik ke IAB untuk kursus minggu kedua,alhamdulilah selamat sampai mengikut masa yang ditetapkan,sempat hantar Aizat dan isteri untuk check in di Gohtong Jaya Hotel tempat di Seri Malaysia,tetapi boleh check in pagi masuklah dulu,tidak payahlah tunggu pukul dua belas.Sempat jumpa cikgu farha Hj.Zainudin,diharapkan rombongan farha ke Vietnam sentiasa dipelihara oleh ALLAH SWT,dan dipermudahkan segala hal yang hendak dilakukan.Aizat dan isteri tersayang bolehlah berjalan ke KL sempena cuti ini.Diharapkan farha selamat sampai dari vietnam mengikut masa yang telah ditetapkan pada hari khamis malam jumaat ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)