Assalamualaikum wr.wbt.
Nampak gaya cuaca sudah mula kembali kepada hujan setiap hari,berbanding dengan sebelum ini panas berbahang,kadangkala tidak tertahan juga panas yang menyebabkan segala yang kita lakukan tidak selesa.Hujan diwaktu petang ini menyebabkan aktiviti joging atau bermain golf tergendala,kecewa juga rasanya.Macam semalam,baru dapat satu lubang sudah kena kembali balik,bukan senang pula dapat peluang bermain dalam keadaan tugas yang sentiasa perlukan fokus dan comitment.Tetapi tidak boleh Stress sangat perlu bermain mengeluarkan peluh dan perlu bertukar-tukar fikiran dengan orang lain,nanti asyik syok sendiri tidak berkembang pula kepala otak kita.
Hari ini sempat juga bermain golf.baru rasa lega kepala dan badan apabila peluh keluar baru rasa sedap sikit dan terasa fit,jika tidak asyik berasa mengantuk saja .Mendapat panggilan telefon dari anak jantan yang semalam balik kesekolah,berita gembira dapat result subjek Sejarah dan Bahasa Melayu ,dah dapat A bersemangat bunyinya.Tahniah dari Abah.Saya kata Aizat bukan tidak boleh tetapi perlu dicabar,fokus dan banyak latihan dan perlu berhati-hati supaya soalan yang mudahpun tidak akan kehilangan markah.Lagi satu perlu dijadualkan dari segi latihan.TAHNIAH AIZAT,YOU WILL BE THE BEST AND STRIVE FOR EXCELLENCE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment