Sunday, April 4, 2010

BERMUNAJAT BERSAMA




Assalamuallaikum wr.wbt.

Semalam agak sibuk dari pagi hingga tengahari terpaksa menolong jiran depan rumah menguruskan kenduri walimarulurus anakanya,alhamdulillah selamat semua dari pagi marhaban hinggalah ke majlis persandingan pukul 1.00 tengahari,saya diminta menguruskan kumpulan marhaban,bacaan yaasin,tahlil hinggalah ke doa pengantin datang semua terpaksa dibincangkan dengan mereka yang arif dalam bidangnya.Kalau tidak ada barulah saya yang akan ke depan bukan tidak boleh tetapi,perkara yang tidak biasa kita buat dihadapan orang ramai menggigil juga rasanya.Tetapi lambat laun kena buat juga bila golongan yang arif ini sudah tiada.
Sempat juga merihatkan badan melelapkan mata sebelum balik kerumah emak di Parit Tujuh untuk bersama-sama adik berdik yang balik kampung bagi menunaikan sembahyang jemaah Magrib dan Isyak bersama,disamping itu kami bersama bersolat hajat da mengadakaan bacaan yaaasin dan tahlil,setakat ini rasanya sudah kali ketiga,Jika boleh kami merancang untuk mengadakan sekali sebulan dan kalau boleh semua adik beradik ada bersama termasuk anak dan isteri.Biar kita sama-sama berdoa agar semua keluarga sentiasa sihat dan sejahtera dan dipelihara oleh ALLAH SWT dalam apa jua kami lakukan.Rasanya tidak ada cara yang paling baik untuk merapatkan kembali silaturahim antara adik berdaik yang seramai sembilan orang yang sudah tentu banyak kerenah dan ceritannya. Sudah tentu masa yang paling seronok lagi ialah sewaktu makan bersama semua keluarga yang hadir.

No comments:

Post a Comment