Assalamuallaikum wr.wbt.
Sudah agak lama tidak menulis dalam blog bukan kerana apa,sejak sekolah dipukul ribut pergerakkan saya pun macam ribut,terpaksa kesana sini bukan setakat urusan sekolah tetapi urusan keluarga yang kadangkala membuatkan kita berasa pabila malam mula hendak merehatkan badan dan letih dan seterusnya mulalah mata mengantuk dan menghilangkan kita untuk mengadap komputer jadi akhirnya terpaksa mata dilelapkan bagi merehatkan badan dan mata serta otak.Kesan ribut itu akan menyebabkan keadaan pembelajaran disekolah tidak selesa dan pelajar-pelajar pun belajar dalam keadaan tidak selesa.Alhamdulilah semalam telah bermula pembaikan atap-atap yang bocor dan diterbangkan oleh angin dalam pada itu sempat juga guru-guru memindahkan barang bila hujan lebat yang melimpahi dalam bilik guru petang semalam,diharapkan hari ini bahagian-bahagian penting dapat disiapkan. Semoga SMKUB akan kembali seperti biasa dan sama-sama berdoa agar bala bencana seperti itu dijauhkan dari berlaku lagi.
Wednesday, April 28, 2010
Wednesday, April 21, 2010
MACAM-MACAM ADA
Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini dua kali meronda sekolah,macam-macam perkara yang kena tengok dan terus buat arahan untuk disettlekan cepat,pekerja ini kalau kita buat lepa aje mulalah mereka culas sikit,selalu kena buat teguran dan arahan mungkin mereka belum faham tempat ini merupakan tempat mereka mencari makan,satu lagi mungkin soal mentaliti agaknya.Jenuh diingatkan tetapi apabila sudah lama mulalah buat perangai.Masalah penapis air Ressington satu perkara lagi tidak selesai sudah bertahun-tahun,belanja yang dikeluarkan tidak tahulah berapa ribu ringgit direct dari MOE.Tetapi hasilnya belum begitu mantap dari segi membekalkan air.Hampir tengahari ada dua orang pelajar yang dihantar oleh guru kerana dalam aduannya sudah hampir 4 bulan pelajar ini tidak ada buku latihan,jadi macam mana dia buat latihan tidak tahulah mungkin tulis atas tapak tangan kut.Apabila saya cek bukunya satu-satu ada pula buku latihan untuk subjek lain. Susah juga hendak menduga murid-murid ini. Saya minta mereka beli dan tunjukkan buku latihan yang mereka beli pada terus pada saya .Macam-macam ada disekolah ini.

ENGLISH WEEK SMKUB
Assalamuallaikum wr.wbt.
Mesyuarat dengan guru-guru Bahasa Inggeris bagi mengadakan minggu Bahasa Inggeris peringkat sekolah sebagai satu usaha untuk meningkatkan dan menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk lulus Bahasa Inggeris dan menanamkan minat Bahasa Inggeris di kalangan mereka.Langkah ini terpaksa dibuat agar Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi killer subjek dalam PMR .Satu lagi saya sebagai pengetua perlu mendorong agar semua guru-guru dapat bersama-sama memberi idea aktiviti yang sesuai dengan pelajar di SMKUB.Semoga segala perancangan yang telah diatur dan diputuskan mendapat kerjasama dari semua pihak dan membuahkan hasil yang baik kepada pelajar khususnya.

Tuesday, April 20, 2010
GURU MENGAJAR MURID BELAJAR
Assalamuaalaikum wr.wbt.
Suasana tenang hari ini kerana telah tiga hari bercuti,sempat meronda memang sunyi pada waktu P&P itu petandanya cikgu mengajar didalam kelas tidak ada yang ponteng,masuk mengikut jadual yang telah ditetapkan apabila cikgu mengajar sudah tentu murid pula belajar dan jika sekiranya mereka memberi tumpuan di dalam kelas sudah semestinya segala yang diajar oleh guru dapat disimpan didalam kotak fikiran,difahami dan seterusnya dapat diterjemahkan dalam bentuk kejayaan dalam peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka tidak kira sama ada peperiksaan awam dan peperiksaan yang berasaskan schoolbase.Namun demikian persediaan guru juga memainkan peranan penting untuk menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran lebih berkesan .Lebih-lebih lagi dizaman kemudahan ICT yang macam-macam ada dialam maya ini,cuma guru yang ada inovasi dan motivasi serta dengan ilmu yang tinggi sahaja yang akan dapat memanfaatkan apa yang telah ada disiber yang luas ini.Sempat juga berjoging di Stadium Sabak Bernam,kena paksakan diri kalau tidak tak menjadi joging ini,bukan senang hendak disiplinkan diri.Kecergasan fizikal perlu dijaga lebih-lebih lagi jika makan tidak berjaga.

Monday, April 19, 2010
MEE UDANG BANJIR BNO
Assalamuallaikum wr.wbt.
Hampir dua tiga hari sudah tidak update blog,mengambil sempena cuti yang agak panjang so cuti betul-betul dan relakskan kepala,dengan bermain golf tiap-tiap hari ,malam tidur awal.Hari minggu sempat juga bawa keluarga ke BNO(Bagan Nakhoda Omar) Selangor,dulu masa saya kecik-kecik selalu orang tua kampung sebut Bagan Gedumo,berhampiran dengan Sg.Bernam juga teringin hendak test Mee Udang Banjir.Biasa lalu tetapi tidak pernah singgah.Agak ramai juga orang pada hari minggu mungkin keluarga yang balik ke kampung sempena cuti hujung minggu.Tempat yang agak selesa cuma parking terlalu sedikit,order le mee udang ok juga rasanya berbeza dengan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang dan Mee Udang Norzety di Changkat Jering.Yang pasti harganya lebih murah udang tetap fresh.Hari Isnin seperti biasa cuti tambahan menghantar si Aizat ke Ipoh,sempat bagi nasihat pada anak jantan sorang ni,perlu diingatkan selalu,sempat juga tasmik Mathutrat itupun selalu kena ingatkan selalu kalau tidak mula lupa dan buat tak tahu sahaja.Walaubagaimanapun Abah dan Emak doakan Aizat dan semua anak-anak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Thursday, April 15, 2010
Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini dari pagi sampai tengahari mesyuarat dan taklimat bersama PPD dan pegawai-pegawainya.Diantara yang penting ialah beliau mengingatkan Pengetua tentang tugas utama sebagai pemimpin kurikulum di sekolah yang meliputi 70% tugas utama iaitu sebagai:
1. Pemimpin Kurikulum
2. Pemantau Kurikulum
3. Penilai Kurikulum
Beliau juga menyatakan bahawa jika P&P guru cemerlang dan berkesan sudah tentu 60% murid akan berjaya.
Kemudian menjelaskan lagi sepatutnya guru membuat soalan mesti menggunakan prinsip 5-3-2
iaitu 50% mudah.30% sederhana,20% susah.Barulah murid boleh berjaya.
Beliau menginagatkan lagi tentang management cara orang Jepun iaitu 5 S:
1.Seiri-Sisih
2.Setsuka-Susun
3.Seiton-Sapu
4.Setsuke-Seragam
5.Seiso-Sentiasa amal.
Cubalah disekolah.

Tuesday, April 13, 2010
PEMIMPIN TAHAP LIMA
Assalamualaikum wr.wbt
Kepimpinan tahap lima merujuk kepada hierarki tertinggi dalam satu sistem piramid yang mempunyai lima tahap, Hieraki kepimpinan ialah seperti berikut:
Tahap 5 :Eksekutif
Tahap 4:Pemimpin berkesan
Tahap 3:Pengurus yang kompeten
Tahap 2:Ahli Pasukan yang meyumbang
Tahap 1:Individu yang berkemampuan tinggi
Tahap 1 merujuk kepada individu berkemampuan tinggi.Dia berkebolehan dan boleh memberi sumbangan yang positif dengan bakat dan pengalamannya yang banyak.Walaupun individu di tahap satu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak,dia belum dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada oraganisasinya.
Tahap 2 merujuk kepada individu yang boleh memberi sumbangan kepada mencapai matlamat kumpulan.Dia bekerja dengan berkesan bersama kawan sekerja dalam suasana kumpulan kerja.Dia menjadi penggerak kepada kumpulan kerja dan boleh mengetuai kumpulannya melakukan yang bermanfaat kepada organisasinya.
Tahap 3merujuk kepada pegurus yang kompeten tetapi belum dianggap sebagai pemimpin yang berkesan.Individu pada tahap ini dapat mengurus dengan baik dan berkesan,iaitu melebihi jangkaan pihak atasan.Walaubagaimanapun dia belum boleh menunjukkan sifat kepimpinan yang berkesan.
Tahap4adalah individu yang telah menjadi pemimpin yang berkesan,Individu ini mempunyai kesungguhan,berkeyakinan dan keberanian bagi mengejar visi organisasi.Dia juga boleh menggalak,mendorong dan memberi perangsang kepada kumpulan warga kerja ke taraf prestasi yang tinggi.
Tahap5adalah pemimpin yang berupaya membangunkan dan membawa organisasi daripada tahap baik ke tahap cemerlang (good to great ).Pemimpin pada tahap ini menunjukkan dua ciri yang hebat yang dinamakan personel humility dan profesional will.Pemimpin tahap ini meraikan kejayaan organisasi bersama-sama pekerjanya tetapi menanggung sendiri kegagalan yang melanda organisasinya.Pemimpin ditahap ini mengutamakan organisasinya melebihi kepentingan peribadinya.
Agak-agak kita ini pemimpin ditahap mana agaknya?

FIKIRKANLAH
Assalamuallaikum wr.wbt.
Cuba fikirkan pernyataan -pernyataan berikut yang ada kaitan dengan sekolah:
1.' What is difference between school and life"
in school,you are taught a lesson and they given a test"
in life,you are given a test that teaches you a lesson.
2. " It is true that the present is coloured by the past.BUT
it is also true that we can choose the colours of the future."
3. "If you try to improve another person by setting a good example,
then you are really improving two people"
Hari ini chair mesyuarat kewangan,minta cikgu berbelanja untuk peningkatan akademik sekolah.Esei PTK belum beres.

Monday, April 12, 2010
PTK OH PTK
Assalamulaikum wr.wbt.
Sempat menghadiri mesyuarat panitia sejarah kali kedua,so kali ini ketua panitia telah mula berfokus kepada perkara-perkara yang penting lebih kepada untuk menterjemahkan pernyataan visi iaitu "What do we want to become? dan mengingatkan ahli panitia secara tidak langsung bagi menjawab pernyataan misi sekolah "What is our business".semua ahli kena faham apa yang perlu dilakukan dan bagaimana hendak mencapai dan apa alat yang digunakan untuk menggapai matlamat sekolah. Saya tidak mahu guru-guru masih teraba-teraba dan tidak mengetahui apa yang hendak ditujui sedangkan sudah empat bulan sesi persekolahan bermula.Saya menyatakan kepada guru bahawa "If they aren't learning then you aren't teaching".
Tetapi yang memeningkan kepala ialah esei PTK belum siap lagi,sempat juga menaip mana yang boleh ditaip dan mana idea yang singgah dikepala.Hari sabtu ini jawab sahajalah mana yang boleh.Jika usaha telah dibuat insyaAllah pertolongan dari yang ESA akan bersama dengan kita.

Sunday, April 11, 2010
SMALL PLACE WITH A BIG HEART
Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari minggu ini kami berdua bertolak ke Muar,dengan tujuan menziarahi anak yang belajar disana.Sampai agak petang dan terus mengambil anak untuk dibawa keluar dan terpaksa menyewa hotel,rasanya sejak anak belajar di Muar hampir semua hotel di Muar yang telah sewa kali ini hotel Classic,hotel yang agak lama dan murah dan bersekali dengan shoping kompleks WETEX.Mudah sedikit hendak membeli pelbagai barangan.Malam sempat makan di Medan Ikan Bakar di Sabak Awor,sudah agak lama mencari tempat ini,tetapi baru dapat sampai,tempatnya berhampiran dengan Sungai Muar dan hutan bakau.Masakannya boleh tahan dan agak berpatutan dari segi harga.Pengunjungpun agak ramai penuhlah meja walaupun banyak gerai disediakan.Service boleh tahan cekap dan cepat,tidaklah hilang kesabaran menanti pesanan sampai .Balik ke hotel ingatkan hendak menonton bola final antara N.Sembilan dan Kedah tetapi tv dihotel tidak ada chanel tersebut,melopong sajalah.Pagi Ahad pergi joging di Tanjung Emas, ramai orang yang berjoging mungkin kesedaran menjaga kesihatan orang Muar tinggi,dari yang tua hingga kanak-kanak tempat pun agak baik cuma pihak Majlis perbandaran kena upgrade sikit dari segi kebersihan dan frasarana.Berhampiran dengan padang Golf tetapi biasalah padang golf majlis tidak begitu cantik,bolehlah main .Satu aktiviti mengeluarkan peluh yang paling mudah ialah dengan berjoging dimana pun boleh dilakukan,cuma sediakan kasut dan stokin dalam kereta.Tetapi kalau asyik tidur saja kemana pun tidak menjadi.Sewaktu berjalan ternampak seorang kanak-kanak kecil bersama ibunya ,yang menarik tulisan pada T.Shirtnya iaitu "Small Place with a Big Heart". mempunyai makna tersirat yang mendalam jika difikirkan.Slogan tersebut merupakan slogan Tadika yang dimasuki kanak-kanak tersebut.Menarik dan penuh makna yang proaktif dan menuju kearah gemilang dan cemerlang. Sebagi pengetua disekolah yang terpinggir dan di Ulu saya sangat touching dan teruja dengan slogan tersebut.Balik ke Hutan Melintang dan sebelum itu singgah di KUIS ,sempat makan mihun sup utara direstoran sedap juga tetapi perlu sabar menanti hidangan sampai service agak lembab.

Friday, April 9, 2010
TUK KATIB MASJID SERI PERKASA
Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini bersembahyang di Masjid Seri Perkasa Hutan Melintang,setelah mengadakan sedikit perbincangan dengan Manager UP Ulu Bernam mengenai tawaran pihak sekolah untuk mengusahakan tanah sekolah yang penuh dengan lalang bagi tanaman kelapa sawit,positif juga perbincangan tadi tetapi masih diperingkat awal kerana ada beberapa perkara yang perlu dibereskan sebelum dibuat kata putus dapat dibuat,perkara tersebut sepatutnya diselesaikan sejak dahulu lagi,tetapi kadangkala tidak ada inisiatif dan faktor "hear and say" menyebabkan perkara yang menguntungkan tidak dapat dilaksanakan.Harap-harap kali ini masalah tanah yang seluas itu dan kesusahan untuk menyelenggara akan dapat diselesaikan.
Teringat kata-kata Tuk Katib di Masjid Seri Perkasa tadi,yang menceritakan tentang perkara yang susah dan senang.Tuk Katib menyatakan bahawa perkara yang susah merupakan cabaran dan perlu usaha untuk mengatasinya,manakala perkara yang senang juga merupakan cabaran yang perlu berhati-hati menekuninya agar kita tidak lalai dan alfa.Namun sambungnya lagi usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan dalam apa jua yang kita lakukan agar segala yang kita inginkan dapat dicapai.
Sempat juga bermain golf bagi menghilangkan pening kepala dan stress bagi menduduki peperiksaan PTK DG 48 ,bilalah hendak dihapuskan?

Thursday, April 8, 2010
JADI FASILITATOR
Assalamualaikum wr.wbt.
Dua hari tidak dapat update blog,perlu menghadiri kursus penolong kanan di Taiping Golf Resort ,bertugas sebagai fasilitator bagi slot menonton filem 'Lean on Me' tekun pula PK PK ini menonton wayang teringat masa dulu-dulu duduk dalam panggung tidak berdetik selama 1 jam 45 minit ada juga kesannya filem ini yang ditonton secara santai,dua malam disana sempat juga bermain golf di Bukit Jana Golf Club,tetapi sempat main 9 lubang sahaja kerana tee off dimulakan agak lewat,ada program.Begitu juga sempat makan Mee Udang Banjir Mak Teh di Kuala Sepetang,tetapi yang tidak berapa sedap ialah balik sakit perut sampai ke pagi tidur pun jadi tidak begitu lena.Aktiviti joging selepas sembahyang subuh terpaksa di batalkan kerana perut meragam sampai hendak balik kerumah.Breakfast pun sedikit sahaja dekat R&R Sg.Perak Kuala Kangsar.Dari situ sempat singgah di sekolah anak jantan,belikan biskut dan makanan ringan yang seadanya kerana minggu ini niatnya hendak pergi ke Muar,pergi menziarah anak perempuan yang belajar disana.Tidak lupa menitipkan sedikit duit belanja untuk anak jantan ni.Sudah agak petang baru dia telefon.Sampai rumah terfikir pula hendak bermain golf di TIGC,sakit perut pun sudah mula reda,makan roti sahaja hari ini takut hendak makan pedas-pedas.

Monday, April 5, 2010
DO IT NOW
Assalamuallaikum wr.wbt.
Agak panjang mesyuarat kurikulum hari ini,lebih berfokuskan kepada ujian selaras dab bagiaman hendak mencapai target keumpulan cemerlang PMR dan perlukan 33 prang lulus semua mata pelajaran,begitu juga dengan peperiksaan SPM juga perlu perancangan yang rapi untuk mengekalkan kelulusan 100% dan sekurang-kurangnya ada seorang yang semua A plus mungkin nampak terlalu ideal untuk SMKUB tetapi masih ditahap realistik berdasarkan calon yang ada dan guru-guru yang hebat.Sempat juga saya menyatakan apa yang pernah dinyatakan oleh Bruce Lee,ahli kung fu dari negeri China yang terkenal "KNOWING IS NOT ENOUGH,YOU MUST APPLY."WILLING IS NOT ENOUGH,YOU MUST DO".Jadi saya harap agar guru-guru faham dan sefaham dengan apa yang saya inginkan dan cita-citakan untuk kemajuan pelajar-pelajar SMKUB.Disamping itu saya menerangkan bagimana cara untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.Mesti ada kesedaran diri ,tidak cukup dengan ilmu tetapi mesti ada kehendak(desire) dan sikap "do it now".

Sunday, April 4, 2010
BERMUNAJAT BERSAMA
Assalamuallaikum wr.wbt.
Semalam agak sibuk dari pagi hingga tengahari terpaksa menolong jiran depan rumah menguruskan kenduri walimarulurus anakanya,alhamdulillah selamat semua dari pagi marhaban hinggalah ke majlis persandingan pukul 1.00 tengahari,saya diminta menguruskan kumpulan marhaban,bacaan yaasin,tahlil hinggalah ke doa pengantin datang semua terpaksa dibincangkan dengan mereka yang arif dalam bidangnya.Kalau tidak ada barulah saya yang akan ke depan bukan tidak boleh tetapi,perkara yang tidak biasa kita buat dihadapan orang ramai menggigil juga rasanya.Tetapi lambat laun kena buat juga bila golongan yang arif ini sudah tiada.

Sempat juga merihatkan badan melelapkan mata sebelum balik kerumah emak di Parit Tujuh untuk bersama-sama adik berdik yang balik kampung bagi menunaikan sembahyang jemaah Magrib dan Isyak bersama,disamping itu kami bersama bersolat hajat da mengadakaan bacaan yaaasin dan tahlil,setakat ini rasanya sudah kali ketiga,Jika boleh kami merancang untuk mengadakan sekali sebulan dan kalau boleh semua adik beradik ada bersama termasuk anak dan isteri.Biar kita sama-sama berdoa agar semua keluarga sentiasa sihat dan sejahtera dan dipelihara oleh ALLAH SWT dalam apa jua kami lakukan.Rasanya tidak ada cara yang paling baik untuk merapatkan kembali silaturahim antara adik berdaik yang seramai sembilan orang yang sudah tentu banyak kerenah dan ceritannya. Sudah tentu masa yang paling seronok lagi ialah sewaktu makan bersama semua keluarga yang hadir.
Friday, April 2, 2010
TAHNIAH AIZAT
Assalamualaikum wr.wbt.
Nampak gaya cuaca sudah mula kembali kepada hujan setiap hari,berbanding dengan sebelum ini panas berbahang,kadangkala tidak tertahan juga panas yang menyebabkan segala yang kita lakukan tidak selesa.Hujan diwaktu petang ini menyebabkan aktiviti joging atau bermain golf tergendala,kecewa juga rasanya.Macam semalam,baru dapat satu lubang sudah kena kembali balik,bukan senang pula dapat peluang bermain dalam keadaan tugas yang sentiasa perlukan fokus dan comitment.Tetapi tidak boleh Stress sangat perlu bermain mengeluarkan peluh dan perlu bertukar-tukar fikiran dengan orang lain,nanti asyik syok sendiri tidak berkembang pula kepala otak kita.
Hari ini sempat juga bermain golf.baru rasa lega kepala dan badan apabila peluh keluar baru rasa sedap sikit dan terasa fit,jika tidak asyik berasa mengantuk saja .Mendapat panggilan telefon dari anak jantan yang semalam balik kesekolah,berita gembira dapat result subjek Sejarah dan Bahasa Melayu ,dah dapat A bersemangat bunyinya.Tahniah dari Abah.Saya kata Aizat bukan tidak boleh tetapi perlu dicabar,fokus dan banyak latihan dan perlu berhati-hati supaya soalan yang mudahpun tidak akan kehilangan markah.Lagi satu perlu dijadualkan dari segi latihan.TAHNIAH AIZAT,YOU WILL BE THE BEST AND STRIVE FOR EXCELLENCE.

Subscribe to:
Posts (Atom)