Assalamuallakum wr.wbt.
Hari ini sehari penuh di Bandaraya Johor Baharu,bermula dengan berjoging dikeliling stadium Larkin,sambil mengintai barangan yang dijual di Pasar Tani berhampiran stadium,dapat juga tiga pusingan bersama isteri,tetapi peluh tidak keluar kerana cuaca yang redup dan sejuk.Parkir disekeliling stadium hampir penuh sejak jam 6.45 pagi lagi.Pelbagai barangan yang dijual di Pasar Tani ini dari pakaian hinggalah makanan sama ada yang terus boleh dimakan dan pelbagai sayuran ,ikan dan ubat-ubatan.Terkejut juga melihat harga ikan puyu yang saiznya kecil RM 14 sekilo lebih mahal dari ikan kembong,tidak sia-sia saya memancing ikan puyu.Siput sedut pula RM 10 sekilo,masa kecil-kecil dahulu saya kutip sahaja dekat dalam hutan berhampiran rumah.Sempat juga membeli botok-botok,otak-otak ,limau bali,pisang,susu kambing segar dan lontong dan minyak rambut ALHAM menghilangkan uban ,biasalah tukang jual ubat mujarab katanya.Warga Singapura pun berduyun-duyun datang,bukan senang hendak mencari barangan kampung dam sudah tentu murah harganya pada pandangan mereka.
Balik rumah selepas sarapan tidur pula ,selepas membaca Solusi keluaran baru.tidak sedar hari hujan cuaca yang memang sesuai untuk mengoloh,bercutilah katakan.Dikejutkan dengan panggilan oleh Hj.Cherel yang menyuruh saya membeli Sinar keluaran hari ini,dia kata ada cerita tentang SMKUB yang dapat 100 peratus SPM,siap dengan gambar pengetuanya,rupanya sebelum itu kawan lama si Usop Din dari Kuala Kangsar ada SMS ucap tahniah,bukan apa bagi semangat sedikit kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Ulu Bernam,tidaklah mereka rasa terpinggir sangat.Tapi apa kan daya saya berada di JB mana ada sinar edisi Perak.
Petang pergi shopping di Angsana,sempat bermain boling bersama Aizat,abahnya tetap mendahului dari segi kiraan mata.Selepas itu terpaksa pergi mencari klinik kerana mata Aizat semakin merah dan berair,mana didapatnya sakit mata tu aku pun tidak tahu.Didoakan agar sakit matanya tidak merebak sebab esok akan pulang ke asrama,yang sudah tentu makan tengah hari berselera sangat sebab emak mertua masak asam pedas ikan Mayung dibeli di Sg.Besar semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment