Assalamuallaikum wr.wbt.
Semalam tidak berkesempatan menulis didalam blog terlalu letih sangat,sampai dirumah hampir watu maghrib,bertolak dari JB lebih kurang pukul 8.30 pagi,perjalanan yang agak jauh menghantar anak di Sains Muar,kemudian singgah di bandar Seri Putera,menghantar anak yang belajar di KUIS dan terus ke Ipoh,menyinggahkan anak bongsu yang berlajar di Izuddin Syah.Destinasi terakhir pulang kerumah,selepas sembahyang maghrib terbuntang atas sejadah,letih sangat.
Hari ini disekolah,seperti biasa,pagi-pagi melawat kawasan,melihat apa lagi yang perlu diperkemaskan dan diselenggara supaya ada sahaja perubahan yang dilakukan walaupun sedikit perubahan tetap ada.Tengahari diadakan mesyuarat bersama guru,khas membincangkan tentang keputusan SPM.Sekalung tahniah untuk guru,namun saya mengingatkan agar kita jangan leka dengan lompatan saujana yang telah diraih,tetapi kecemerlangan berterusan perlu dikekalkan dan strategi dan program perlu di atur dengan baik,dilaksanakan dan dipantau bagi memastikan semuanya memberi impak kepada pelajar.Bantuan,dorongan,tunjuk ajar,nasihat dan ingatan kepada pelajar perlu dijalankan sampai kepada hari terakhir mereka menduduki peperiksaan malah saya nyatakan lagi kita mesti bertindak sebagai guru sampai ke hari mereka mendapat keputusan kerana budak kampung di Ulu Bernam perlu nasihat dari guru mereka dari darjah satu hinggalah kepada soal memilih kursus selepas mereka tamat belajar disekolah.Waima,kadangkala sampai waktu hendak berkahwinpun mereka masih meminta bantuan dan nasihat guru.Sasaran yang saya tetapkan ialah masih 100% dan GPS hanya bawah 5.5 diperingkat SPM .Tetapi saya mengharapkan agar di peringkat PMR, SMKUB ,membuat kejutan pula dan dapat anugerah lompatan saujana ,pelbagai strategi telah saya bentangkan dalam mesyuarat tadi.Tetapi yang sudah tentu SMKUB akan menerima anugerah lompatan saujana SPM 2009 pada hari Khamis ini di Perhimpunan pagi di JPN Perak. .Bukan ka saya dah kata UB THE BEST.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment