Wednesday, March 31, 2010

STRATEGY

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sun Tzu(Art of War)pernah menyatakan bahawa perancangan akan membawa peluang untuk mencapai kemenangan.

"More planning shall give more chances victory,while less planning less chances.So how about totally without planning".

Jack Trout pula menyebut bahawa perancangan akan menghasilkan strategi dan ia juga boleh dilihat dari pelbagai dimensi.

a.Strategy is all about survival
b.Strategy is all about perception
c.Strtegy is all about different
d.Strategy is all about competition
e.Strategy is all about simplicity
f.Strategy is all about leadership
g.Strategy is all about reality

Sun Tzu menyatakan lagi.

"If you know the enemy know yourself,you need not fear the result of hundred battles.If you know yourself but not the enemy,for every victory gained you will also suffer a defeat.If you know neither the enemy nor yourself,you will succumb in every battle"

Untuk memperkasakan oraganisasi,perlu mengambil langkah strategik yang beranjak dari langkah biasa kepada langkah yang diluar dari kebiasaan,walaupun perlu mengubah "Rules of the game"

Sunday, March 28, 2010

BANYAK PETUA MEMANCING NI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Memang hendak menceritakan tentang memancing ikan puyu lagi,selepas bermain golf waktu pagi dan menunaikan jemputan kenduri perkahwinan anak cikgu zul,apalagi membuta selepas zohor,selepas bangun ingat hendak buat kempen kebersihan didalam rumah,tiba-tiba Wak Ardani,Pengetua Sains Bagan Datoh(SABDA) mengajak memancing puyu pulak ditempat yang aku dapat banyak ikan puyu hari itu.Bagus juga ,dapat juga relakkan otak dan release tension.Tetapi malangnya kali ini tidak dapat seperti hari itu,mungkin kerana selepas hujan,kata Wak Dani ikannya bubar sekejap,tunggulah air kering sedikit.Banyak petua memancing ni yang kita kena tahu,kalau ke laut lagi banyak yang kita kena tahu,jenis pancingnya ,umpannya,airnya,tempatnya,cara menariknya,cara ikan makan umpan semua kena tahu kalau tidak balik kosonglah jawabnya.Dulu saya gila juga memancing ke sungai dan kelaut ni,tapi masa yang diambil terlalu lama dan masa senggangpun sudah terlalu sedikit maka hobi itu terpaksa ditinggalkan cuma memancing sekejap-kejap bolehlah hendak melepaskan gian menarik ikan.Namun tadi walaupun saya hanya dapat empat ekor tapi dapat Puyu yang paling besar yang pernah saya pancing,tetapi tidak sempat hendak menyiang sebab sudah hampir maghrib,esok kalau ada masa kena gorenglah engkau wahi ikan puyu.

Saturday, March 27, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN

ASSALAMUALLAIKUM WR.WBT.

Hari sabtu begini sudah tentu ada jemputan kenduri kahwin,selepas bermain golf dapat juga meyempurnakan hajat orang menjemput untuk walimatulurus perkahwinan anaknya yang sememenngnya saya kenal sangat ,selalu membantu sekolah dari segi penyelenggaraan elekterik bila berlaku pelbagai masalah,cuma di SMKUB ini,tidak lagi menggunakan khidmatnya.Balik selepas solat Zohor mula membuta,sempat membaca bahan untuk assigment PTK habis juga satu chapter kemudian lelap,sedarnya bila bunyi deringan telefon panggilan dari anak jantan di IPOH yang melaporkan tentang penyakit mata yang tidak baik-baik,so esok dia kena balik,ayatnya abah dont worry,tidak payah susah hati esok petang aizat akan terpacak depan rumah,abah jangan susahkan diri hendak mengambil aizat,hebat anak jantan aku yang sorang ni.
Selepas Asar ingat hendak memancing puyu,tetapi dibatalkan,buat satu aktiviti lain,iaitu membersihkan kawasan rumah termasuk taman yang berhampiran yang penuh dengan sampah.Minggu hadapan jiran dihadapan rumah hendak membuat walimatulurus anak lelakinya,jadi tolonglah kemas-kemaskan bahagian taman,ajaklah kanak-kanak yang sudi membantu ,Abbi,Faiz,Iskandar,Naila dan rakan-rakannya yang lain.Kutip sampah dan membakarnya.Kemudian dibantu pula oleh Haji Sahid,barulah nampak kemas sedikit taman permainan sebelah rumah.Hendak mengharapkan kontrak pembersihan tak adalah nampak gayanya,walaupun sudah beberapa kali dikomplen tetapi tidak menunjukkan kesan nampaknya.Saya memberitahu kanak-kanak yang membantu "ini kempen kebersihan",mereka juga perlu ditanamkan dengan sikap sentiasa inginkan kebersihan alam sekitar.

Thursday, March 25, 2010

PENGHAYATAN SEJARAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Assalamualaikum wr.wbt.

Hari ini saya berpeluang hadir dalam perhimpunan bulanan JPN Perak,atas kapasiti penerima anugerah sekolah cemerlang peperiksaan awam SPM untuk sekolah yang telah membuat lompatan saujana peringkat negeri Perak.Bukan senang hendak sampai ke tahap ini sekolah kerdil di Ulu yang lain merupakan sekolah-sekolah hebat.Sempat bergambar bersama Pengetua SM Teknik Manjung dan STAR IPOH bagi kategori SPM,sekolah ini masing-masing menerima kategori Kualiti dan Kuantiti.Hendak sampai keperingkat itu bukannya mudah.

Saya tertarik dengan tema perhimpunan iaitu "Penghayatan Sejarah Pemangkin Kecemerlangan"Ketua Sektor Akademik dalam ucapannya mengingatkan agar sejarah dulu perlu dijadikan iktibar dan sejarah sepatutnya menjadikan seseorang bertambah matang dan seharusnya setiap individu dapat mengeksploitasi maklumat agar kesedaran tentang peradaban akan terus berkembang,Jangan kita seperti Antan dan Lesung,Dihayun naik dibiarkan turun.Sewajibnya sebagai warga pendidik meletakkan nilai dan pelaksanaan kerja dua kali ganda dari biasa agar kejayaan menjadi luar biasa.

Banyak juga ucapan tahniah yang saya dari guru-guru yang berada diperhimpunan tersebut juga dari orang kuat jabatan dan PPD.Cuma mereka tidak tahu hampir-hampir saya terpaksa memakai selipar sewaktu menerima hadiah kerana ,kelam kabut hendak bertolak awal pagi kasut dalam rak terlupa diambil,nasib baik ada kasut sesat dalam boot kereta.Suatu pengajaran yang sangat bermakna.

Wednesday, March 24, 2010

BANYAKNYA SIJIL KECEMERLANGAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini sehari suntuk mesyuarat,pagi di SMK Seri Perak,perjumpaan profesional kali ketiga 2010.sebenarnya perjumpaan pertama dengan PPD Baru Hilir Perak,Encik Zainal Abidin Osman,hebat orangnya dan hebat ucapannya,pernah menjadi Guru cemerlang Bahasa Melayu,kemudian menjadi pengetua di SMK Rungkup dan kemudian ke Unit Jaminan Kualiti JPN Perak.Dari segi visi dan misi kerja nampak nombor wahid,jelas apa yang hendak dicapai dan dilaksanakan.Beliau memerlukan kerjasama semua untuk menjadikan pendidikan dan modal insan yang ada di Daerah Hilir Perak ke arah kecemerlangan.Satu frasa yang amat menarik ialah beliau menyatakan bahawa "kita perlu faham dan sefaham",barulah perkara yang hendak dilaksanakn akan menjadi .

Sempatnya juga dia,mengucapkan tahniah beberapa kali sewaktu beliau memberikan sijil penghargaan kepada saya , kejayaan SPM 100% ,dan ada disebut pula nama saya dalam ucapannya,kononnya boleh menjadi contoh,glamor juga jadinya hari ini.tetapi beliau lupa untuk memberi ruang kepada saya untuk present bagaimana hendak menjadi cemerlang seperti yang beliau janjikan,mungkin kerana terlalu leka dengan ucapan yang penuh bersemangat.Petang pula mesyuarat di PPD,sempat juga saya memberi idea agar program-program peningkatan akademik ini tidak tersasar biarlah fokus kepada perkara yang sebenar agar hasrat peningkatan itu benar-benar tercapai.Esok sebelum subuh terpaksa ke Ipoh,hendak menerima sijil penghargaan dari JPN Perak kategori lompatan saujana,penuh sijil SMKUB tahun 2010 ini.

Monday, March 22, 2010

LOMPATAN SAUJANA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Semalam tidak berkesempatan menulis didalam blog terlalu letih sangat,sampai dirumah hampir watu maghrib,bertolak dari JB lebih kurang pukul 8.30 pagi,perjalanan yang agak jauh menghantar anak di Sains Muar,kemudian singgah di bandar Seri Putera,menghantar anak yang belajar di KUIS dan terus ke Ipoh,menyinggahkan anak bongsu yang berlajar di Izuddin Syah.Destinasi terakhir pulang kerumah,selepas sembahyang maghrib terbuntang atas sejadah,letih sangat.

Hari ini disekolah,seperti biasa,pagi-pagi melawat kawasan,melihat apa lagi yang perlu diperkemaskan dan diselenggara supaya ada sahaja perubahan yang dilakukan walaupun sedikit perubahan tetap ada.Tengahari diadakan mesyuarat bersama guru,khas membincangkan tentang keputusan SPM.Sekalung tahniah untuk guru,namun saya mengingatkan agar kita jangan leka dengan lompatan saujana yang telah diraih,tetapi kecemerlangan berterusan perlu dikekalkan dan strategi dan program perlu di atur dengan baik,dilaksanakan dan dipantau bagi memastikan semuanya memberi impak kepada pelajar.Bantuan,dorongan,tunjuk ajar,nasihat dan ingatan kepada pelajar perlu dijalankan sampai kepada hari terakhir mereka menduduki peperiksaan malah saya nyatakan lagi kita mesti bertindak sebagai guru sampai ke hari mereka mendapat keputusan kerana budak kampung di Ulu Bernam perlu nasihat dari guru mereka dari darjah satu hinggalah kepada soal memilih kursus selepas mereka tamat belajar disekolah.Waima,kadangkala sampai waktu hendak berkahwinpun mereka masih meminta bantuan dan nasihat guru.Sasaran yang saya tetapkan ialah masih 100% dan GPS hanya bawah 5.5 diperingkat SPM .Tetapi saya mengharapkan agar di peringkat PMR, SMKUB ,membuat kejutan pula dan dapat anugerah lompatan saujana ,pelbagai strategi telah saya bentangkan dalam mesyuarat tadi.Tetapi yang sudah tentu SMKUB akan menerima anugerah lompatan saujana SPM 2009 pada hari Khamis ini di Perhimpunan pagi di JPN Perak. .Bukan ka saya dah kata UB THE BEST.

Saturday, March 20, 2010

SEHARI DI BANDARAYA JOHOR BAHARU

Assalamuallakum wr.wbt.

Hari ini sehari penuh di Bandaraya Johor Baharu,bermula dengan berjoging dikeliling stadium Larkin,sambil mengintai barangan yang dijual di Pasar Tani berhampiran stadium,dapat juga tiga pusingan bersama isteri,tetapi peluh tidak keluar kerana cuaca yang redup dan sejuk.Parkir disekeliling stadium hampir penuh sejak jam 6.45 pagi lagi.Pelbagai barangan yang dijual di Pasar Tani ini dari pakaian hinggalah makanan sama ada yang terus boleh dimakan dan pelbagai sayuran ,ikan dan ubat-ubatan.Terkejut juga melihat harga ikan puyu yang saiznya kecil RM 14 sekilo lebih mahal dari ikan kembong,tidak sia-sia saya memancing ikan puyu.Siput sedut pula RM 10 sekilo,masa kecil-kecil dahulu saya kutip sahaja dekat dalam hutan berhampiran rumah.Sempat juga membeli botok-botok,otak-otak ,limau bali,pisang,susu kambing segar dan lontong dan minyak rambut ALHAM menghilangkan uban ,biasalah tukang jual ubat mujarab katanya.Warga Singapura pun berduyun-duyun datang,bukan senang hendak mencari barangan kampung dam sudah tentu murah harganya pada pandangan mereka.

Balik rumah selepas sarapan tidur pula ,selepas membaca Solusi keluaran baru.tidak sedar hari hujan cuaca yang memang sesuai untuk mengoloh,bercutilah katakan.Dikejutkan dengan panggilan oleh Hj.Cherel yang menyuruh saya membeli Sinar keluaran hari ini,dia kata ada cerita tentang SMKUB yang dapat 100 peratus SPM,siap dengan gambar pengetuanya,rupanya sebelum itu kawan lama si Usop Din dari Kuala Kangsar ada SMS ucap tahniah,bukan apa bagi semangat sedikit kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Ulu Bernam,tidaklah mereka rasa terpinggir sangat.Tapi apa kan daya saya berada di JB mana ada sinar edisi Perak.

Petang pergi shopping di Angsana,sempat bermain boling bersama Aizat,abahnya tetap mendahului dari segi kiraan mata.Selepas itu terpaksa pergi mencari klinik kerana mata Aizat semakin merah dan berair,mana didapatnya sakit mata tu aku pun tidak tahu.Didoakan agar sakit matanya tidak merebak sebab esok akan pulang ke asrama,yang sudah tentu makan tengah hari berselera sangat sebab emak mertua masak asam pedas ikan Mayung dibeli di Sg.Besar semalam.

Friday, March 19, 2010

QUNUT NAZILAH

Assalamuallakum wr.wbt.

Hari ini kami sekeluarga berada di JB Jalan Serindit Larkin,menziarahi emak mertua ,agak lama juga kami tidak balik ke JB.Bertolak 6.30 pagi sempat bersembahyang jumaat di Masjid Larkin,itupun singgah minggah banyak tempat.Berhenti sebentar di Pasar Sg.Besar membeli ikan,itu perkara rutin yang saya buat sebelum balik ke JB,ada empat jenis ikan yang saya beli,ikan mayung,ikan tenggiri,ikan mambong dan tetuka(anak pari),bukan apa hendak beli ikan dekat JB ini mahal harganya,singgah pula dekat Simpang Lima Sg.Besar beli benih jambu dan benih anggur kakak ipar kirim,siap dalam kereta benih kelapa pandan belakang rumah bersepah-sepah benihnya bawalah sedikit ke JB.Selepas itu singgah pula di KUIS ambil anak sulung dan terus saja perjalanan sebab hendak mengejar sembahyang jumaat di Larkin.Pelik pula anak jantan,sebab waktu sembahyang jumaat ada bacaan Qunut Nazilah.Sebenarnya biasa di Johor ni,terutama apabila ada berlaku musibah, sudah tentu perlukan doa untuk memulihkannya .Nasib baik dia tidak Rukuk lagi.Selepas makan tidur lena habis,kemudian niat hendak berjoging,hujan pula berbanding di Hutan Melintang yang cuacanya agak panas.Jadi relakslah bercuti sampai Ahad. NO GOLF.

Thursday, March 18, 2010

MERPATI DUA SEJOLI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini saya mengambil cuti selama dua hari,niat hati hendak pulang ke Johor Baharu awal sedikit,tetapi terpaksa ditangguhkankan dengan jemputan kenduri di depan rumah yang mengharapkan saya sebagai pengerusi Taman untuk mengadakan mesyuarat bagi persiapan kenduri walimatulurus anaknya yang akan dilaksanakan pada 3 April ini.Jadi saya mengambil kesempatan untuk bermain golf bersama rakan-rakan di Teluk Rubiah Golf Club.Sudah lama juga saya tidak bermain disana,di khabarkan kelab ini akan ditutup pada bulan Mei atau Jun nanti,sayang juga dengan keadaan padang yang banyak cabaran sudah tentu satu kerugian pada golfer yang ada disekitarnya.Nampak ok juga aku bermain hari ini kerana tiada gangguan dan fokus sudah tentu permainan yang agak cantik berbanding semalam.

Yang kedua saya hendak bercerita tentang sepasang merpati dua sejoli yang sedang berusaha membuat sarang di kawasan rumah,pada mulanya bahagian hadapan rumah,sudah banyak rumput yang dibawa untuk membuat sarang,tetapi mungkin ada gangguan asyik mendengar kereta keluar masuk maka sepasang burung ini beralih keatas bahagian yang melengkung diatas tingkap rumah.Pada mulanya saya cuba menghalau tetapi ditegur oleh isteri,betul juga apa salah burung ini hendak menumpang sebentar membuat sarang,tetapi yang peliknya kenapa rumah saya yang dipilih sedangkan rumah lain sama sahaja paternnya,dan saya pun tidak tahu dari mana datang burung merpati itu.Perkara yang perlu diambil ikhtibar dari sepasang burung merpati itu ialah kerajinan berusaha membuat sarang,membawa rumput kering sedikit demi sefikit,membentuk sarang tersebut,yang kadangkala rosak ditiup angin,membuat dan menganyamnya semula tanpa jemu,sehingga siap dan selesa untuk pasangannya bertelur.mengeram dan menetas seterusnya menjaga zuriatnya hingga besar.Semoga dalam tempoh dua tiga hari kami pulang ke JB,suasana rumah yang agak sunyi tanpa ganguan maka siaplah sarangnya,teruskan usaha kamu wahai merpati dua sejoli.

Wednesday, March 17, 2010

SUARA PENGETUA SMKUB (1) 2010

Assalamuallaikum wr.wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat buat pertama kalinya dalam tahun 2010,saya berbicara dalam Suara Pengetua.Sebagai pengetua SMKUB yang sudahpun mencecah usia setahun, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru,kakitangan sekolah dan PIBG,kakitangan swasta dan pelajar yang telah bersama-sama menjadikan suasana sekolah dalam keadaan harmoni dan sejahtera dalam tempoh bermula hari pertama persekolahan hingga kini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMKUB yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR sekolah.Kejayaan melonjakkan peratus kelulusan hampir kepada 8 peratus sangat-sangat dihargai.Kejayaan itu sebenarnya harus dikongsi bersama oleh guru-guru yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu,menenepikan rasa penat dan jerih demi menggarap kejayaan.

Kejayaan dari segi akademik diteruskan pula dengan kejayaan dalam peperiksaan SPM 2009,kejayaan luar biasa SMKUB memperolehi 100 peratus kelulusan merupakan satu sejarah sejak SMKUB dibuka pada tahun 1982.Kejayaan ini bertambah manis kerana 11 mata pelajaran mencatatkan rekod kelulusan 100 peratus dan semua subjek yang selebihnya menunjukkan peningkatan yang mendadak.Semoga komitmen guru dan pelajar dapat diteruskan agar kejayaan yang dilakar pada tahun 2009 akan berterusan pada tahun 2010.

Sebagai pengetua,saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh guru,kakitangan serta PIBG yang telah menjayakan Kejohanan sukan SMKUB pada tahun ini.Bermula dari latihan,pemilihan,saringan dan seterusnya acara kemuncak kejohanan pada hari itu sangat-sangat dihargai.

Sukan merupakan satu bidang yang sangat penting kepada seseorang individu terutamanya golongan pelajar."Otak yang cerdas terletak kepada badan yang sihat" sudah cukup membuktikan bahawa kecemerlangan seseorang pelajar dari segi akademik perlu disekalikan dengan keaktifan mereka dalam bidang sukan.

Akhir bicara,saya teringat kata-kata seorang sarjana iaitu,"Kehidupan ini ibarat menunggang basikal kamu tidak akan jatuh kecuali kamu berhenti mengayuh".Semoga semua warga SMKUB sama-sama terus berusaha dan berdoa agar slogan "U B THE BEST" benar-benar dihayati dan dapat diterjemahkan dalam bentuk kejayaan yang berterusan serta berpanjangan.

Tuesday, March 16, 2010

PPD UCAP TAHNIAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Pergi kesekolah pagi lagi,sunyi bila cuti sekolah begini,memang tidak mewajibkan guru mengadakan kelas tambahan kerana baru saja mereka bertungkus lumus mengadakan sukan tahunan sekolah,cuma kerja sekolah masa cuti diwajibkan dan pemantauan selepas cuti perlu dibuat terhadap kelancaran mereka membuat kerja-kerja rumah,kalau tidak ada yang tidak menghiraukan langsung kerja dan latihan yang diberikan oleh guru.Terkejut juga bila CC sekolah memberitahu bahawa Tuan PPD baru ada menelefon sekolah,untuk bercakap dengan pengetua,jadi saya pun telefon balik bertanyakan hal perkara apa yang ditanyakannya,memanglah pada hari itu balik awal sedikit kerana cuti peristiwa sempena sukan tahunan sekolah.Rupanya dia hendak mengucapkan tahniah atas kejayaan SMKUB mendapat 100 peratus lulus dalam peperiksaan SPM,rasa bangga juga dibuatnya dan dia meminta saya menyampaikan sedikit pengalaman dan program yang telah dibuat untuk berkongsi pengalaman tersebut dengan pengetua yang hadir dalam mesyuarat profesional pada minggu hadapan.Kena bersedia dengan power pointlah jawabnya.Dia bagi masa 10 minit saja untuk penyampaian tersebut so kena bersedialah dari sekarang.Dia menyatakan rasa bangganya kerana SMKUB telah mencipta sejarah baru menewaskan sekolah-sekolah harian lain,dan kalau boleh dia hendak saya menyampaikan pengalaman tersebut dalam perhimpunan mingguan di JPN dihadapan Pengarah Pelajaran Perak.Panik juga yop,tetapi tidak mengapa kita tahu apa yang kita buat sehingga memperoleh keputusan begitu.Barulah dia orang tahu hebatnya SMK ULU BERNAM .Tidak lupa hari ini merupakan hari lahir lahir puteri sulungku .So selamat hari lahir semoga tingkatkan ibadah kepada ALLAH SWT.Abah dengan emak sentiasa mendoakan yang terbaik.Teringat pula sewaktu kakak lahir di Hospital Lau King Howe Sibu 20 tahun dahulu.

Sunday, March 14, 2010

MIMUMLAH AIR KELAPA MUDA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Terbaca tentang artikel yang saya baca mengenai khasiat minum air kelapa.Di Bagan Datoh ini memang terkenal dengan penanaman kelapa yang paling luas.Walaupun sekarang ramai yang menukarnya kepada tanaman kelapa sawit kerana harga kelapa sawit yang semakin meningkat bebanding dengan harga kelapa yang tidak menentu harganya macam yo-yo ada turun naik.Tetapi masih banyak yang kekal dengan kelapa.Air kelapa muda amat elok dijadikan minuman yang mendokong gaya hidup sihat.

Antara kahsiatnya:
1.Enak diminum
2.Pemawar racun dan alergi
3.Memudahkan proses untuk berhenti merokok
4.Penawar untuk gatal dan eksim
5.Menyembuhkan luka terbakar
6.Boleh mengubati demam yang berdarah
7.Cacingan pada anak
8.Disentri
9.Menghilangkan jerawat
10.Mencegah kerutan diwajah
11.Mencegah uban
12.Meningkatkan ghairah seksual
13.Membuat suara merdu
Begitu banyak khasiatnya,itu sebab orang Cina cukup suka minum air kelApa muda,dekat belakang rumah saya ada dua batang pokok kelapa pokok kelapa pandan pula tu,tetapi yang paling malas ialah hendak mengaitnya,habis sampai tua dan gugur kebumilah kelapa ini terbiar.Kadang-kadang kalau teringin hendak minum,bila pergi mengahala ke Setiawan beli saja ditepi jalan kat Lekir,minta air kelapa pandan yang ori,duduk dan minum habis cerita.Jadi banyakkanlah minum air kelapa muda untuk menyihatkan badan.

Saturday, March 13, 2010

BERJAGA-JAGA DENGAN PERUT

Assalamuallaium wr.wbt.

Minggu ini musim orang mengadakan kenduri kahwin,sempat menghadiri 3 majlis kenduri kahwin sampai ke Lekir sahaja,yang ke Ipoh tidak upaya lah hendak pergi sebab masa dah ke penghujung tengahari bila hendak sampainya.Bermacam-macam jenis juadah disediakan dalam majlis sekarang,jika mengikut nafsu hendak makan mulalah semua hendak dicuba,tetapi dalam keadaan umur yang sudah semakin meningkat ini kenalah berhati-hati sedikit dan makan pun perlu memilih mana yang tidak banyak kolesterolnya.Jangan harus kolesterol lebih dari 7 macam hari itu,berpinar-pinar mata dibuatnya.Hendak jaga kesihatan ini bukan setakat makan sahaja perlu dijaga tetapi senamanpun perlu dilakukan selalu.Buat masa ini yang sempat saya lakukan ialah berjoging dan bermain golf,bila peluh keluar rasa sedap sedikit badan,cergas tidaklah lesu dan layu sahaja.Pergi sekolah pun penuh dengan semangat dan iltizam yang berkobar-kobar untuk memajukan sekolah.Sampai disekolah kena berjalan-jalan dikawasan sekolah melihat segala ceruk penjuru mana yang perlu diperbaiki dan dinaik taraf atau di touchup,tidaklah bertahun-tahun terbiar begitu sahaja.Adalah pembaharuan sedikit,sebagai pemimpin sekolah jangan asyik terlepap dalam bilik sahaja,rupa macam buat kerja sangat tetapi lebih kepada berangan dan terlelap dalam bilik,lebih-lebih lagi kalau yang berhawa dingin.Apa-apa pun musim kenduri ini perut kena jaga jangan cepat sanga dapat PJK(Perut jalan ke Depan).Hari minggu lagi banyak jemputan kahwin,bukan setakat letih badan tetapi letih duitnya yop.

Friday, March 12, 2010

100 PERATUS SMKUB SEJARAH TERCIPTA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Semalam sukan tahunan sekolah kali ke 20,aku berasa sangat gembira apabila diminta berucap,bukan sekadar memberi semangat pelajar-pelajar supaya melibatkan diri dalam aktiviti sukan tetapi menjadikan sukan sebagai satu cara yang perlu dilakukan secara berterusan agar badan sentiasa sihat dan otak menjadi cerdas.Jadi barulah pakej untuk menjadi pelajar hebat berjaya.Jadi satu perkara lagi yang sangat mengembirakan aku dan warga SMKUB ialah kejayaan kami mencipta sejarah dengan calon SPM tahun 2009 berjaya mendapat kelulusan 100% berbanding dengan tahun 2008 hanya 65.52% .Cuba bayangkan peningkatan yang terlalu besar,begitu bersemangat aku mengumumkan dalam ucapan aku semalam,bergemuruh tepukan dari para pelajar dan guru.Semuanya hasil jerih payah guru dan pelajar yang menunjukkan komitmen untuk melonjakkan kecemerlangan SMKUB.Bertepatan dengan slogan yang kami laungkan diawal tahun sewaktu aku mula masuk dahulu iaitu "UB THE BEST".Kejayaan yang paling manis ialah 11 subjek mendapat kelulusan 100% dan tidak ada satu subjekpun yang menurun.Tahniah aku ucapkan untuk guru-guru yang menyahut cabaran aku.Semoga pelajar tahun 2010 lebih bersemangat untuk mencipta sejarah dari segi kualiti result pula INSYAALLAH.

Monday, March 8, 2010

Memancing Ikan Puyu

Assalamuallaikum wr.wbt.

Semalam hari minggu,seronok juga pagi dipenuhi dengan bermain golf,walaupun cuaca panas bila bermain di padang panas terik kadang-kadang tidak terasa sangat.Mungkin kerana keseronokan dan fokus pada permainan.Petang setelah berehat,pergi pula memancing ikan puyu bersama Cikgu Cherel pakar memancing ikan puyu aku dapat seekor dia dah dapat tiga ekor,entah apa jampinya aku pun tidak tahu.Tetapi kali ini aku tak kalah teruk kerana hampir dua puluh ekor juga aku dapat.Sememangnya memancing ini perlu kesabaran dan disamping itu perlu ada kesesuaiaan dari segi mata pancing dan umpan yang digunakan,jika tidak sudah tentu umpan tidak mengena.Orang kata saat yang paling seronok seseorang pemancing ialah sewaktu menarik ikan,mesti ada taktik dan tekniknya jika tidak sudah tentu ikan akan terlepas.Sempat pula kami berjemaah Asar berdua di surau yang sudah semakin usang dan tidak ada jemaah yang hadir mungkin kalau ada pun waktu Maghrib dan Isyak sahaja.

Friday, March 5, 2010

Membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa

Assalauallaikum wr wbt.

Agak lama dan hampir sejuk air selasih,ada kawan sms dia kata air selasih dah tawo ke? sebab sudah agak lama menyepi,bukan apa sibuk dengan kerja-kerja sekolah dan baru saja balik dari kursus di IAB Genting Highland.Dekat sana dibilik tiada pula dapat capaian internet leceh betul.

Ini pun baru sampai dirumah ,dari genting terus ke Bandar Seri Putra mengambil puteri sulung yang baru saja bercuti setelah tamat peperiksaan semester 4.Sempat bersembahyang jumaat di Masjid Baru Batang Kali.Kursus pengurusan Kewangan Sekolah,masih tidak faham walaupun sudah banyak kali berkursus,tetapi kali ini nampak agak lebih faham sedikit berbanding dengan dahulu.Mengambil kata-kata seorang penceramah kursus ini diantara tujuannya ialah membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.Dalam urusan kewangan sekolah jangan buat sebarang kesalahan nanti kena audit berteguran habislah jawabnya.Sampai disini dulu.Wallahuallam