Assalamulaaikum wr.wbt.
Alhamdulillah pada hari ini saya dapat bersama guru-guru mengadakan mesyuarat kurikulum sekolah kali ke 4 yang dianggap kali terakhir pada tahun 2009.Pejam celik sudah hampir kepenghujung sesi persekolahan.Telah banyak kami bincangkan tentang program peningkatan untuk pelajar pada tahun ini,lebih lebih lagi dalam mesyuarat khas postmortem bagi membincangkan keputusan peperiksaan percubaan Tingkatan lima.Saya selalu mengingatkan guru-guru supaya mengamalkan dasar POLICE iaitu (Planning,Organise,Leading,Involve,Continues improvement and Evaluate) dalam apa jua yang ingin dilakukan terutama dalam program peningkatan.Bagi saya yang penting dalam mesyuarat kurikulum kali terakhir ini ialah tentang pengukuhan program SPM yang sedang dijalankan agar benar-benar menbantu pelajar untuk sukses dalam peperiksaan sebenar bermula pada pertengahan September ini.Namun begitu, saya juga telah menunjukkan kepada guru-guru nama-mana pelajar yang perlu diambil perhatian bagi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010.Guru-guru seharusnya mengenali mereka suapaya dapat dibimbing,didorong,diberi semangat untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah.Nama-nama pelajar tingkatan satu juga saya tunjukkkan bersama dengan analisis peperiksaan pertengahan tahun supaya ada sedikit gambaran subjek mana yang perlu diberi perhatian agar handicap pelajar tersebut dapat diperbaiki dari awal lagi,bermula Januari 2010.Walaupun begitu pelajar HALUS iaitu harapan lulus juga tidak dikesampingkan ,pelbagai program akan diatur menjelang tahun 2010 dan perancangannya ialah dalam mesyuarat panitia yang terakhir.Kita mahu program yang berterusan agar kejayaannya berpanjangan. Wallhuallam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment