Sunday, October 25, 2009

IBU DAN AIR MATA

Assalamualikum wr. wbt.

Semalam selepas menghadiri kenduri,dalam perjalanan ke Ipoh unuk menziarahi anak, saya dan isteri sempat menumpangkan seorang ibu tunggal yang hendak pergi ke Kelang bagi menghadiri konvokesyen anaknya di UITM Shah Alam pada hari ini.Dari cerita beliau yang kadang kala diselang seli dengan rasa sebak, kata-kata beliau tergambar tentang kesusahan yang beliau alami untuk menyekolahkan anak-anaknya.Alhamduliialah dua orang anaknya telah bergelar graduan dan seorang lagi baru saja memasuki universiti.Beliau hampir patah semangat untukmeneruskan pengajian anak-anaknya jika memikirkan tetang wang dan cerita-cerita dari orang kampung yang bukan ingin membantu dari segi material tetapi kadangkala mematahkan semangatnya dengan mengatakan bahawa belajar sampai tinggi pun buat masa sekarang bukan tentu mendapat pekerjaan.Pelbagai semangat,dorongan,panduan dan nasihat yang diberikan kepada anak-anaknya untuk meneruskan pengajian mereka supaya menjadi orang yang berilmu.Saya dapat merasakan sudah berapa banyak air mata yang mengalir untuk mengiringi kejayaan anak-anaknya.Suatu perkara yang menarik tentang ibu ini ialah jika beliau tidak dapat memberi nasihat kepada anak-anak secara terus disebabkan tidak tahan air mata akan mengalir beliau akan menulis di atas kertas untuk dibaca oleh anak-anaknya.Apa yang berlaku pada ibu ini juga ada persamaan dengan apa yang dialami oleh ibu ku sendiri sewaktu menyekolah adik beradik ku seramai 9 orang.Ibu pernah menyatakan bahawa bukan setakat di cemuh kerana kemiskinan ,bukan hendak dibantu dari segi kewangan tetapi ada orang kampung dan saudara yang dikira mempunyai kewangan yang kukuh pada ketika itu memarahi ayah dan ibu kerana begitu bersusah payah membanting tulang empat kerat,bermandi peluh,mengikat perut untuk menyekolahkan anak-anak.Dari air muka ibu sudah tergambar keperitan masa silam mereka.Dalam tempoh tersebut sehingga kini sudah tidak terhitung air mata yang berjurai dan tumpah kebumi.Kenangilah WAHAI ANAK-ANAK.WALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment