Wednesday, October 21, 2009

Assalamualaikum wr.wbt.Semalam saya tak sempat untuk menulis dalam blog ini kerana kesibukan menghnatar dua orang anak yang belajar dikolej dan disekolah berasrama penuh dan terpaksa mangambil cuti untuk menghadiri hari anugerah Sekolah Raja Permaisuri Bainun dimana salah seorang anak saya yang pernah belajar disana sehingga tingkatan tiga.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar anak saya sehingga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2008.Pengorbanan guru sewajibnya sentiasa dikenang oleh pelajar dan ibu bapa pelajar.Saya tertarik dengan ucapan pengetua sekolah tersebut yang begitu bersemangat untuk menjadikan sekolah tersebut sekolah yang terbilang dikalangan sekolah rancangan khas JPN Perak dan sekolah tersebut juga telah dipilih sebagai salah satu sekolah kluster negeri Perak.Beliau sentiasa mengingatkan pelajar supaya menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat dan sentiasa mengingatkan kembali asal usul kita dimana kita mendapat pelajaran sehingga berjaya dalam hidup.Beliau juga menyatakan bahawa usia sekolah tersebut yang mencecah 25 tahun dianggap sudah cukup matang jika dianalogikan sebagai seorang manusia.Begitulah hasrat seorang pengetua dan juga seorang guru yang tidak jemu-jemu memikirkan tentang kejayaan sekolah dalam semua aspek pendidikan bagi menjadikan modal insan disekolah sebagai yang berguna pada suatu masa nanti.Hasrat tersebut sewajibnya disambut oleh semua pihak agar dapat diterjemahkan dalam bentuk kerjasama dan permuafakatan agar keyaaan dapat dihasilkan

No comments:

Post a Comment