Saturday, October 31, 2009

Nawaitu Kak Besah yang telah tercapai

Asslamuallaikum wr.wbt.

Selepas menghadiri seminar kecemerlangan PIBG di Teluk Batik Resort yang nampak tidak begitu memberangsangkan pengisiannya saya dan isteri singgah di Masjid Lekir untuk sembahyang Zohor.Selepas itu saya terus menuju kerumah kakak saudara yang dikhabarkan akan bertolak menunaikan fardu haji ke Mekah.Bukan senang untuk kerumah kak besah ni,hampir acap kali saya terpaksa berpusing-pusing dilorong-lorong yang terdapat di perumahan Felcra Changkat Lada,tidak sah kalau saya tidak bertanya kepada orang disitu .Akhirnya saya sampai juga ke Jalan Manggis 3.Kebetulan Kak Besah sedang memotong serai dihalaman rumah.Dia tersenyum dan berasa bangga agaknya seolah-olah didalam hati kecilnya tidak sabar-sabar hendak memberitahu kepada isteri saya bahawa impiannya selama ini telah dimakbulkan ALLAH SWT,lambaian Kaabah sudah memanggil-manggil dirinya untuk sampai kesana.Jika saya imbau kenangan silam saya tidak nampak kakak saudara ini mampu untuk menunaikan fardu haji keMekah,tetapi kuasa ALLAH dengan niat yang berulangkali dilafazkan dengan usaha yang dilakukannya akhirnya nawaitu kak besah telah tercapai.Cuma yang agak menyedihkan tanpa bersama suami yang tersayang yang sama-sama membanting tulang empat kerat berusaha menjadi peneroka felcra kerana telah pulang kerahmatullah terlebih dahulu.Tidak mengapa kak, doakan agar rohnya dicucuri rahmat sewaktu berada di Makatulmukarramah dan diMadinatulMunawaarrah,saya penuh yakin doanya yang beribu kali telah termakbul akhirnya.Sebelum pulang sempat saya berdoa agarKak Besah mendapat haji yang MABRUR dan dipermudahkan segala perjalanan pergi dan balik serta meminta kak besah berdoa disana agar saya dan family dapat sampai kesana untuk mengerjakan umrah pada bulan Disember ini.LABBAIKALLAHUMMALABAIK

Friday, October 30, 2009

Macam Pahat dengan Penukul

Assalamuallaikum wr.wbt.

Mungkin masalah ini dihadapi hampir semua sekolah yang ada perkhidmatan pembersihan swasta dan pengawal keselamatan.Cuma yang membezakan berat atau ringan sahaja.Pekerja swasta perlu dipantau selalu,semua perlu diarah,disebut,ditunjuk dan dilihat berulang kali baru kerja boleh berjalan dengan lancar.Mungkin mereka tidak ada SKT kerja dan mungkin juga tidak ada APC malah ada yang memegang prinsip ISA (Ikut Suka Aku),hendak bekerja mereka bekerja tidak mahu mereka berhenti.Gajinya pun kurang memberangsangkan.Banyak sekolah saya telah bertugas dan masalah ini masih berterusan dan berpanjangan pekerja malas,penyelia tak nampak muka dan kontraktor entah dimana,cuma kali ini masalah saya kurang sedikit kerana kesemuanya menurut kata ,tetapi perlu sentiasa diperhatikan .WAYS(Walk Around Your School).Pantang lepa mulalah ada yang curi tulang.Mereka tidak sedar tentang keberkatan rezeki dan keberkatan usia."The man who does not work for the love of work,but only for money nor to find much fun in live" .Sampai bila tak tahulah?

Thursday, October 29, 2009

Brand Yourself or be Branded

Assalamuallaikum.wr.wbt.
Walaupun dalam keadaan sibuk hari ini,sempat juga saya membaca buku tulisan Lim Kok Wing bertajuk 'Inovation Enabling Transformation".Bahasanya mudah difahami dan banyak pengajaran yang boleh diambil dari buku tersebut.Saya amat tertarik dengan pernyataan yang ditulisnya,"In competitive environment you either brand yourself or you will be branded".Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan aspek pendidikan.Semua pihak perlu berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,perlu ada niche area,perlu tonjolkan watak sekolah dan hebat dalam semua aspek,seolah-olah sekolah umpama barang yang perlu ada jenama yang tersendiri.Jenama mesti hebat,terserlah,digilai,digeruni dan sentiasa menjadi sebutan ramai.Sebaliknya jika merosot,lemah,tercorot,terkebawah menghadapi banyak masalah juga menjadi sebutan dan dijenamakan dalam bentuk negatif,atau dalam erti kata lain"Be Branded".Oleh itu persaingan antara sekolah dalam segala bidang tidak boleh diketepikan dan diambil ringan.Persaingan merupakan motivasi untuk maju kehadapan.Mengambil pernyataan Lim Kok Wing lagi,Even if we are ahead,we must constantly remind ourselves that nothing remains the same overtime.If we don't stay one step or several a head of the competitors,they will eventualy catch up and move a head of us.In any competitive environment winners can become losers and losers can become winners.Renungkanlah dan berusaha untuk terus cemerlang .Wallahuallam

Tuesday, October 27, 2009

Integriti bukan pelan atau perancangan tetapi soal dalaman

Assalamullaikum wr.wbt

Hari ini saya berpeluang menghadiri satu majlis ilmu anjuran Jabatan Agama Islam Daerah Hilir Perak.Dulu dikenali sebagai Eksekutif Talk.Alhamdulillah bukan mudah hendak mendengar ceramah dari tokoh-tokoh yang dijempat iaitu Dr.Zulkifli Muhamad Al-Bakri dan Dr.Ahmad Bashir Aziz. Tajuk "Integriti Penjawat awam dari perpekstif Islam" sudah selalu diperkatakan,mengambil ungkapan Dr.Bashir dengan loghat Kedah dah cemus namun bukan senang hendakdiamalkan.Bersikap tawaduk dan takwa merupakan asas utama untuk menjadi lebih integriti.DrBashir mengambil contoh sewaktu perang Uhud tentera islam hampir tewas kerana kurangnya integriti pasukan pemanah yang ditempatkan diatas bukit.Apabila melihat tentera musuh tewas meninggalkan harta, mereka mula lupa akan pesanan nabi dan turun dari bukit untuk mendapatkan harta rampasan tersebut,namun begitu Nabi Muhamad SAW walaupun sebagai nabi masih mengakui kelemahannya yang masih menyatakan bahawa baginda belum cukup mentarbiyahkan pasukan tentera pemanahnya.Seterusnya Dr.Zulkifli menjelaskan bahawa integiti memerlukan kejujuran dan amanah,beliau menyatakan orang hebat mempunyai sedikit masa tetapi banyak kerja yang boleh dilakukan tetapi orang yang lemah masa banyak tetapi sedikit sahaja kerja yang mampu dilakukan.Orang yang hebat juga bekerja before time Seperti yang pernah nyatakan sebelum ini sebenarnya integriti terletak pada individu,seperti juga sifat IHSAN seseorang hanya insan itu sendiri yang tahu sejauh mana ihsannya dan sejauhmana beritegritinya mereka.Tahniah dan didoakan agar cepat sembuh kepada Uztaz Roslin (PTA) walaupun dalam keadaan uzur masih mampu untuk membuat program yang begitu besar,namun yang mengecewakan tidak ramai Ketua Jabatan yang hadir termasuk Pengetua.Wallahuallam.

Pentingnya Perancangan dalam Pendidikan

Assalamulaaikum wr.wbt.

Alhamdulillah pada hari ini saya dapat bersama guru-guru mengadakan mesyuarat kurikulum sekolah kali ke 4 yang dianggap kali terakhir pada tahun 2009.Pejam celik sudah hampir kepenghujung sesi persekolahan.Telah banyak kami bincangkan tentang program peningkatan untuk pelajar pada tahun ini,lebih lebih lagi dalam mesyuarat khas postmortem bagi membincangkan keputusan peperiksaan percubaan Tingkatan lima.Saya selalu mengingatkan guru-guru supaya mengamalkan dasar POLICE iaitu (Planning,Organise,Leading,Involve,Continues improvement and Evaluate) dalam apa jua yang ingin dilakukan terutama dalam program peningkatan.Bagi saya yang penting dalam mesyuarat kurikulum kali terakhir ini ialah tentang pengukuhan program SPM yang sedang dijalankan agar benar-benar menbantu pelajar untuk sukses dalam peperiksaan sebenar bermula pada pertengahan September ini.Namun begitu, saya juga telah menunjukkan kepada guru-guru nama-mana pelajar yang perlu diambil perhatian bagi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010.Guru-guru seharusnya mengenali mereka suapaya dapat dibimbing,didorong,diberi semangat untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah.Nama-nama pelajar tingkatan satu juga saya tunjukkkan bersama dengan analisis peperiksaan pertengahan tahun supaya ada sedikit gambaran subjek mana yang perlu diberi perhatian agar handicap pelajar tersebut dapat diperbaiki dari awal lagi,bermula Januari 2010.Walaupun begitu pelajar HALUS iaitu harapan lulus juga tidak dikesampingkan ,pelbagai program akan diatur menjelang tahun 2010 dan perancangannya ialah dalam mesyuarat panitia yang terakhir.Kita mahu program yang berterusan agar kejayaannya berpanjangan. Wallhuallam

Sunday, October 25, 2009

PROGRAM PENTADBIR BERSAMA TINGKATAN 5 2009

Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini dalam saya diberi kesempatan berucap dalam program bersama dengan pelajar tingkatan 5, 2009.Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah berjaya melonjakkan peratus lulus peperiksaan percubaan SPM 2009 jika dibuat perbandingan daripada keputusan tahun 2008.Keputusan 95.35 yang telah dicapai berdasarkan subjek Bahasa Melayu suatu keputusan yang memberangsangkan.Dua orang pelajar yang gagal dalam Bahasa Melayu telah berjanji dan berikrar dihadapan saya dan rakan-rakannya untuk berjaya dalam peperiksaan sebenar.Saya mahu kedua-dua pelajar ini mengikrarkan janji dari hati dan diterjemahkan dalam bentuk usaha.Saya juga telah menjelaskan kepada pelajar bahawa guru-guru dalam mesyuarat postmortem telah sepakat untuk melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM sebenar.Saya juga meniupkan sedikit semangat dan motivasi kepada pelajar bahawa "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang,kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat".Pelajar sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya potensi dan kemampuan yang ada diri mereka untuk mengejar kecemerlangan.Sememangnya pelajar ada kelemahan dan sering membuat kesilapan, namun begitu saya mengingatkan mereka"Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan,tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan".Jauhilah sikap suka merendah diri.Saya juga inginkan pelajar dapat membuktikan bahawa slogan yang sering dilaungkan oleh mereka iaitu "UB THE BEST" diserlahkan melalui keputusan SPM pada tahun 2009.Alangkah hebat dan gahnya SMK Ulu Bernam jika berjaya membuat lompatan saujana daripada keputusan SPM 2008 iaitu 65.52 dan seterusnya memperolehi keputusan GPS bawah 6.0.Pengetuanya sudah tentu lebih berbangga.Akhirnya saya memberitahu pelajar-pelajar bahawa " KEMENANGAN,KEJAYAAN,KECEMERLANGAN SEBENARNYA BERMULA DALAM FIKIRAN".Walaahuallam

GOLF PERMAINAN FOKUS DAN PERLU BERTENANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Petang tadi seorang rakan menelefon dan memberitahu bahawa dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan golf anjuran Bank Rakyat yang diadakan di Damai Laut.Rakan ini juga bertanya saya sama ada saya ada bermain pada pagi ini.Beliau menasihati anak-anaknya bahawa kemenangan yang beliau perolehi selama ini merupakan hasil dari latihan yang tidak pernah jemu dilakukannya pada setiap hari.Beliau sanggup membuat lorong putting sendiri dirumah begitu juga melakukan chipping setiap hari jika tidak berkesempatan untuk bermain dikelab golf yang berhampiran.Nasihat beliau kepada anak-anaknya dalam waktu belajar juga latihan perlu dilakukan setiap hari dalam apa juga subjek yang ada disekolah perlu ada latihan dan pengukuhan jika ingin untuk berjaya.Sikap ambil mudah dan tidak cakna dengan ajaran orang yang tahu dari kita atau guru perlu dikikiskan jika ingin cemerlang dalam pelajaran.Disamping itu saya tambah lagi seseorang pelajar perlu sentiasa FOKUS terhadap pelajaran dan setipa latihan perlu dilakukan berulang kali.Hormat pada guru dan sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapa.Sembahyang jangan diringankan disamping berdoa dan sentiasa percaya tentan The Power of Doa and The Miracle of Doa,InsyaALLAH akan mengabulkan doa kita .Sebenarnya rakan ini ingin juga mengingatkan saya supaya memperbanyakkan latihan dalam permainan golf kerana permainan saya semakin buruk sejak akhir-akhir ini dan sentiasa fokus dan bertenang sewaktu bermain juga mendapat banyak PAR dan BIRDIE. Masa untuk bermain sudah terlalu sedikit dan terlalu bannyak kekangannya. Walaahuallam

IBU DAN AIR MATA

Assalamualikum wr. wbt.

Semalam selepas menghadiri kenduri,dalam perjalanan ke Ipoh unuk menziarahi anak, saya dan isteri sempat menumpangkan seorang ibu tunggal yang hendak pergi ke Kelang bagi menghadiri konvokesyen anaknya di UITM Shah Alam pada hari ini.Dari cerita beliau yang kadang kala diselang seli dengan rasa sebak, kata-kata beliau tergambar tentang kesusahan yang beliau alami untuk menyekolahkan anak-anaknya.Alhamduliialah dua orang anaknya telah bergelar graduan dan seorang lagi baru saja memasuki universiti.Beliau hampir patah semangat untukmeneruskan pengajian anak-anaknya jika memikirkan tetang wang dan cerita-cerita dari orang kampung yang bukan ingin membantu dari segi material tetapi kadangkala mematahkan semangatnya dengan mengatakan bahawa belajar sampai tinggi pun buat masa sekarang bukan tentu mendapat pekerjaan.Pelbagai semangat,dorongan,panduan dan nasihat yang diberikan kepada anak-anaknya untuk meneruskan pengajian mereka supaya menjadi orang yang berilmu.Saya dapat merasakan sudah berapa banyak air mata yang mengalir untuk mengiringi kejayaan anak-anaknya.Suatu perkara yang menarik tentang ibu ini ialah jika beliau tidak dapat memberi nasihat kepada anak-anak secara terus disebabkan tidak tahan air mata akan mengalir beliau akan menulis di atas kertas untuk dibaca oleh anak-anaknya.Apa yang berlaku pada ibu ini juga ada persamaan dengan apa yang dialami oleh ibu ku sendiri sewaktu menyekolah adik beradik ku seramai 9 orang.Ibu pernah menyatakan bahawa bukan setakat di cemuh kerana kemiskinan ,bukan hendak dibantu dari segi kewangan tetapi ada orang kampung dan saudara yang dikira mempunyai kewangan yang kukuh pada ketika itu memarahi ayah dan ibu kerana begitu bersusah payah membanting tulang empat kerat,bermandi peluh,mengikat perut untuk menyekolahkan anak-anak.Dari air muka ibu sudah tergambar keperitan masa silam mereka.Dalam tempoh tersebut sehingga kini sudah tidak terhitung air mata yang berjurai dan tumpah kebumi.Kenangilah WAHAI ANAK-ANAK.WALLAHUALAM

Saturday, October 24, 2009

AMALAN GEJOBOS,REWANG DAN LAGAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini saya dan isteri pergi memenuhi jemputan walimatul urus anak saudara sahabat di sebuah kampung yang kebanyakan penduduknya berturunan jawa. Apa yang saya lihat dari sehari kesehari amalan masyarakat jawa terutama dilaksanakan dalam kenduri iaitu gejobos,rewang dan lagan telah mula dilupakan.Pada masa kini amalan itu telah mula ditinggalkan dengan alasan membuang masa kerana mengambil masa yang agak lama,masyarkat kampung telah mula memikirkan bahawa mereka perlu menggunakan masa untuk gejobos,rewang dan lagan itu mencari wang bagi mengisi poket sendiri.Oleh itu syarikat-syarikat catering telah mula mengambil tempat dimajlis kenduri dikawasan kampung amalan makan secara meladen(berhidang)telah digantikan dengan amalan makan secara buffet.Pada masa sekarang dianggap wang adalah segala-galanya sehinggakan bagi meminta seseorang menjemput kenduri dan mengahantar terpaksa dibayar upah.Sedangkan pada masa dahulu mereka yang akan mengadakan kenduri tidak bersusah payah menggunakan wang yang banyak kerana masyarakat dahulu bukan sahaja bekerjasama dari segi tenaga untuk menyediakan makanan tetapi mereka menyumbang segala keperluan bahan mentah yang perlu unuk menyediakan kenduri yang akan diadakan sehinggakan dahulu jika sekiranya seseorang didalam sesuatu kampung tidak dijemput untuk lagan,gejobos atau rewang terasa diri mereka diketepikan.Kita tidak mahu suatu ketika nanti kerusi dan meja pun tiada akan makan secara berdiri dengan alasan ringkas dan menjimatkan wang.Wallahuallam

Friday, October 23, 2009

INTEGRITI DALAM PEPERIKSAAN AWAM

Assalamualaikum wr.wbt.

Integriti merupakan satu perkataan keramat yang sewajibnya ada pada setiap manusia perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak.Jika sekiranya setiap insan didunia ini mempunyai integriti yang tinggi sudah tentu tidak akan berlaku perkara-perkara yang mungkar didunia ini.Namun dalam banyak perkara perkataan ini sering dikesampingkan oleh manusia.Dalam peperiksaan awam juga banyak berlaku ketidakaturan dan kebocoran soalan disebabkab ramai yang terlibat dengan pengurusan peperiksaan tidak mempunyai integriti yang tinggi,sehinggakan pada masa kini banyak peraturan baru terpaksa dilaksanakan bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar dan mempunyai kesahan yang tinggi.Namun peraturan yang ketat dan prosedur yang pelbagai mungkin tidak dapat memastikan sesuatu peperiksaan awam dapat berjalan denga lancar.Bagi saya yang penting ialah sikap jujur,tulus dan telus yang ditunjangi dengan keimanan yang kukuh pada setiap individu merupakan suatu perkara nombor wahid untuk mengelakkan penyelewengan dalam sesuatu peperiksaan dari berlaku.Wallhuallam

Thursday, October 22, 2009

Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini dalam ucapan perasmian penutupan perkhemahan koku peringkat sekolah saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam perkhemahan tersebut.Tahniah kepada guru-guru yang telah sanggup bersama dengan pelajar selama satu hari satu malam demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Disamping itu juga sekalung tahniah juga kepada pelajar yang sememangnya perlu menjadikan bidang kokurikulum disekolah sebagai satu tempat untuk mematangkan fikiran,menunjukkan ketrampilan,menguji kelasakan supaya mereka mempunyai pakej yang lengkap untk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.Selari dengan hasrat kerajaan pada masa akan datang yang tidak lagi menjadikan peperiksaan sebagai kayu ukur kecemerlangan pelajar.Pentaksiran secara holistik yang akan menentukan kedudukan pelajar pada masa akan datang.Pelajar yang terlibat dalam bidang kokurikulum akan mendapat merit ditambah lagi ciri-ciri inovasi,kreativiti dan mempunyai EQ dan SQ yang baik disamping IQ akan mendapat tempat pada masa akan datang.Oleh itu guru dan pelajar disekolah harus mempunyai first class mindset.Mereka yang mempunyai first class mindset mampu bersaing with the best in the world,akhirnya sudah tentu akan lahirlah bakal pemimpin dan bukan hanya sebagai pengikut.Wallahuallam

Wednesday, October 21, 2009

Assalamualaikum wr.wbt.Semalam saya tak sempat untuk menulis dalam blog ini kerana kesibukan menghnatar dua orang anak yang belajar dikolej dan disekolah berasrama penuh dan terpaksa mangambil cuti untuk menghadiri hari anugerah Sekolah Raja Permaisuri Bainun dimana salah seorang anak saya yang pernah belajar disana sehingga tingkatan tiga.Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar anak saya sehingga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2008.Pengorbanan guru sewajibnya sentiasa dikenang oleh pelajar dan ibu bapa pelajar.Saya tertarik dengan ucapan pengetua sekolah tersebut yang begitu bersemangat untuk menjadikan sekolah tersebut sekolah yang terbilang dikalangan sekolah rancangan khas JPN Perak dan sekolah tersebut juga telah dipilih sebagai salah satu sekolah kluster negeri Perak.Beliau sentiasa mengingatkan pelajar supaya menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat dan sentiasa mengingatkan kembali asal usul kita dimana kita mendapat pelajaran sehingga berjaya dalam hidup.Beliau juga menyatakan bahawa usia sekolah tersebut yang mencecah 25 tahun dianggap sudah cukup matang jika dianalogikan sebagai seorang manusia.Begitulah hasrat seorang pengetua dan juga seorang guru yang tidak jemu-jemu memikirkan tentang kejayaan sekolah dalam semua aspek pendidikan bagi menjadikan modal insan disekolah sebagai yang berguna pada suatu masa nanti.Hasrat tersebut sewajibnya disambut oleh semua pihak agar dapat diterjemahkan dalam bentuk kerjasama dan permuafakatan agar keyaaan dapat dihasilkan

Monday, October 19, 2009


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT,diharapkan agar kita dapat bertukar-tukar idea terutama dengan tugas saya sebagai pengetua bagi membangunkan modal insan agar generasi kita akan lebih berjaya pada masa kan datang dan tidak dijajah fikiran mereka walaupun sudah lama kita merdeka.Disamping itu kita sama-sama berdoa agar diri kita sentisa sihat sejahtera dan negara aman sentosa.

Assalamualaikum wr.wbt. semoga kita dapat berbicara dan bertukar idea melalui blogs saya