Monday, July 12, 2010
TAZKIRAH 1 SYAABAN
Tadi sempat buat tazkirah kepada pelajar selepas program bacaan Yaasin dengan pelajar dan guru dan berjanji dengan uztaz agar diadakan setiap hari selama lima minit sehingga tamat bulan Ramadhan nanti secara bergilir-gilir dengan uztaz .Tadi membicarakan bagaimana hendak mendekatkan diri atau Taqqarub dengan Allah SWT.Diantaranya ilah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam,ibadat perlu ditingkatkan agar diri kita rasa takut dan patuh kepada segala perintah ALLAH SWT,ramai dikalangan pelajar melalaikan perintah Allah yang sangat penting,ada yang sembahyang 5 waktu alhamdulillah,tetapi masih ramai yang sembahyang 4 waktu,3 waktu,2 waktu,1 waktu dan ada yang langsung tidak mengerjakan sembahyang .Saya mengingatkan bahawa sembahyang merupakan tiang agama.Disamping itu saya mengingatkan juga bahawa hari ini merupakan 1 Syaaban,menandakan lagi sebulan kita akan berpuasa bulan ramadan ,yang menandakan bahawa kita amat digallakkan menggandakan amalan baik agar pahala yang kita dapati akan berganda jumlahnya,bermula dari bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan.Semoga anak muridku sentiasa berada dalam keberkatan Allah dan keredhaanNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu je teman mintak jangan tazkirah pasai golf depan bebudaktu. Masa lain banyak lagi (waktu koku).
ReplyDelete