Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini pagi-pagi dah rasa amarah yang teramat sangat,dapat laporan yang tidak begitu baik dari salah seorang guru,sebelum ini ada juga laporan tentang guru yang sorang ini,tentang hubungannya dengan pelajar perempuan yang terlalu akrab sehingga pelbagai cerita yang saya dengar,tetapi masih bertahan lagi sekadar memperingatkankan secara umum dalam mesyuarat,tetapi kali ini tidak boleh jadi kerana ceritanya semakin panas,perlu dicari jalan penyelesaian sebelum menjadi lebih gawat.Pada minggu lepas baru saja memanggil seorang guru tentang hubungan dia dengan pelajar lelaki untuk bersemuka bagi mendengar cerita sebenar,kita tidak mahu mendengar cerita "hear and say" selepas itu rasanya selesai ,semoga tidak ada lagi cerita yang tidak baik .Tetapi kali ini ,cerita cikgu lain pulak,kacau pulak dibuatnya.Banyak perkara saya ceritakan kepadanya,tentang perubahan sikap dan perlakuan yang perlu dibuat bagi menjernihkan keadaan.Saya panggil PK sebagai saksi supaya apa yang saya nasihat dan perkatakan ada yang mendengarnya sebagai bukti dan dicatatkan.Ribut juga dibuatnya bila ramai guru bujang ini tetapi yang sudah berkahwin pun belum tentu tidak ada cerita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteApe susahnye yop pasei nak memikiokan yang bujang-bujang tu tiru macam bos teman ambik jadi kawan kan ade tiga kota yang kosong.