Friday, July 23, 2010

GOLF SEPANJANG MINGGU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Lewat balik malam tadi,main golf pskpp,ada ke pihak penganjur buat selepas sembahyang jumaat,lepas sembahyang di masjid dekat dengan kgk tu masing-masing bergegas hendak t off,termasuklah timbalan pengarah dan dua tiga orang ks,dan termasuklah tuan pengetua ulu bernam,kadang-kadang fikir malas main tetapi nanti takut dia orang kata jual mahal pulak,mainlah juga sebab main dalam team kalau salah seorang dari tiga hancur habislah team hilir perak.Satu flight dan satu team dengan awak ialah ks baru jpn,bekas PPD Kinta Selatan,nasib baik sudah biasa dengan dia,dan dia pun bukan jenis protokol sangat,so tidak ada masalah,tetapi permainan awak saja ada masalah,banyak yang double boogie,tetapi masih dapat satu under.Ingatkan boleh membantu daerah tetapi yang ok dua orang saja dari tiga,so kalah wakil pskpp daerah hilir perak,tetapi awak tidaklah terkilan sangat sebab,orang lain yang hancur.baliklah tanpa medal,nasib baik pskpp daerah yang bayar.Hari Ahad ini piala YDP pula.

Wednesday, July 21, 2010

GOLF LAGI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini,pergi kesekolah seperti biasa,semalam habis satu hari di KGK Kinta,main golf 18 lubang,kononnya latihan memanaskan badan sebelum tournament pada hari jumaat ini selepas sembahyang jumaat,dia orang pun macam tidak ada masa lain.Disebabkan dia orang sudah memilih awak untuk bermain,so jangan banyak ragam main sajalah,latihan semalam pun ada surat khas dari ppd.Harap-harap pada hari jumaat ini ada tempat Daerah Hilir Perak,tak ada lah malu sangat,awak main kadang-kadang bagus kadang-kadang teruk sangat, tidak konsisten,main golf ni perlu fokus betul-betul,kalau tidak permainan mesti hancur.Hari ini badan terasa letih ,esok nak main lagi entahlah.

Wednesday, July 14, 2010

AYAM UTAN

Assalamualaikum wr.wbt.

Hari ini,cuaca redup hujan pagi-pagi,terasa nyaman sedikit suasana di SMKUB.jika tidak berbahang dibuatnya .semalam dua orang pegawai ppd datang memantau tengoklah apa yang boleh ditengok.Hairan dia bila melihat suasana yang senyap dan sunyi,macam tiada student katanya.begitulah ulu bernam,kerana bilangan pelajar yang tidak ramai dan cikgunya sentiasa berada di dalam kelas mengajar.Dengar berita heboh seluruh Hilir Perak Pengarah hendak menziarahi ulu bernam bersama KSPA dan KSPS,apalah hendak ditengoknya Ulu Bernam ,yang penting mereka semua sudah mula terfikir bukanlah tertinggal sangat Ulu Bernam ni,masih boleh dipertingkatkan,bukanlah corot sangat tetapi perlukan motivasi ,dorongan dan semangat.Yang penting masa jamuan perlu ada murtabak dan ayam utan

Monday, July 12, 2010

TAZKIRAH 1 SYAABAN

Tadi sempat buat tazkirah kepada pelajar selepas program bacaan Yaasin dengan pelajar dan guru dan berjanji dengan uztaz agar diadakan setiap hari selama lima minit sehingga tamat bulan Ramadhan nanti secara bergilir-gilir dengan uztaz .Tadi membicarakan bagaimana hendak mendekatkan diri atau Taqqarub dengan Allah SWT.Diantaranya ilah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam,ibadat perlu ditingkatkan agar diri kita rasa takut dan patuh kepada segala perintah ALLAH SWT,ramai dikalangan pelajar melalaikan perintah Allah yang sangat penting,ada yang sembahyang 5 waktu alhamdulillah,tetapi masih ramai yang sembahyang 4 waktu,3 waktu,2 waktu,1 waktu dan ada yang langsung tidak mengerjakan sembahyang .Saya mengingatkan bahawa sembahyang merupakan tiang agama.Disamping itu saya mengingatkan juga bahawa hari ini merupakan 1 Syaaban,menandakan lagi sebulan kita akan berpuasa bulan ramadan ,yang menandakan bahawa kita amat digallakkan menggandakan amalan baik agar pahala yang kita dapati akan berganda jumlahnya,bermula dari bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan.Semoga anak muridku sentiasa berada dalam keberkatan Allah dan keredhaanNYA.

Sunday, July 11, 2010

NEGARA PENJAJAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini rasa mengantuk betul,sebab tengok bola malam tadi,itulah pertama kali tengok bola tengah malam,disebabkan final dan terbangun pula tu,itu pun dalam keadaan pejam celik,tetapi sempat juga melihat jaringan penentu juara dunia 2010,akibat kesilapan sedikit sudah tentu membawa padah.Maka gigit jarilah pemain Belanda,walaupun peluang menjaringkan gol adiakana tetapi tidak digunakan dan dipersia-siakan.Tetapi saya melihat aspek lain pula,mengikut Sejarah kedua-dua finalis ini merupakan negara yang pernah berada di Asia Tenggara sebagai penjajah,buka main hebatnya mereka pada zaman itu membahagikan hasil bumi negara di Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu,mereka inilah lanun yang merompak dan meragut hasil kekayaan negara pada masa itu,itu sebab mereka lebih dulu kehadapan,tetapi dikhabarkan Sepanyol negera yang sudah bankrap,padan muka mereka,mungkin dengan kemenangan ini menyebabkan rakyatnya melupakan sekejap cerita kemuflisan negara mereka.Jangan berjangkit ke negara kita sudahlah.

Thursday, July 8, 2010

CIKGU BUJANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini pagi-pagi dah rasa amarah yang teramat sangat,dapat laporan yang tidak begitu baik dari salah seorang guru,sebelum ini ada juga laporan tentang guru yang sorang ini,tentang hubungannya dengan pelajar perempuan yang terlalu akrab sehingga pelbagai cerita yang saya dengar,tetapi masih bertahan lagi sekadar memperingatkankan secara umum dalam mesyuarat,tetapi kali ini tidak boleh jadi kerana ceritanya semakin panas,perlu dicari jalan penyelesaian sebelum menjadi lebih gawat.Pada minggu lepas baru saja memanggil seorang guru tentang hubungan dia dengan pelajar lelaki untuk bersemuka bagi mendengar cerita sebenar,kita tidak mahu mendengar cerita "hear and say" selepas itu rasanya selesai ,semoga tidak ada lagi cerita yang tidak baik .Tetapi kali ini ,cerita cikgu lain pulak,kacau pulak dibuatnya.Banyak perkara saya ceritakan kepadanya,tentang perubahan sikap dan perlakuan yang perlu dibuat bagi menjernihkan keadaan.Saya panggil PK sebagai saksi supaya apa yang saya nasihat dan perkatakan ada yang mendengarnya sebagai bukti dan dicatatkan.Ribut juga dibuatnya bila ramai guru bujang ini tetapi yang sudah berkahwin pun belum tentu tidak ada cerita.

Wednesday, July 7, 2010

Minggu Koperasi

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hujan lebat petang,terpaksa dibatalkan perlawanan Futsal antara tingkatan sempena minggu koperasi,bukan apa takut kilat yang sambar menyambar,nasib baik cikgu ni cekap buat pelan B.Adalah acara untuk pelajar lelaki.Pelajar perempuan dah diatur acara untuk mereka,sememangnya guru-guru ini cekap dan cepat bertindak,sebelum itu menghadiri mesyuarat panitia Sejarah,banyak juga perkara yang saya tegur terutama menghabiskan sukatan mesti kejar dan sesuai dengan apa yang sedang dirancang,jika tidak agak sukar untuk menghabiskan lebih-lebih lagi sekarang sudah memasuki bulan Julai.Reseat untuk peperiksaan pertengahan tahun mesti dilaksanakan cepat,jika tidak akan menjadi basi dan pastikan pelajar lulus untuk reseat kali pertama,jika ada yang gagal buat lagi sampai lulus.Agak lewat sampai ke rumah kerana menunggu acara penyampaian hadiah,begitu aktif pelajar-pelajar SMKUB.Esok pagi-pagi kena pergi Sek Men.Sains Bagan Datoh (SABDA) ,upacara perasmian sekolah, semua turun dari Sultan Azlan sampai lah kepada menteri .

Monday, July 5, 2010

GAGAL 99 KALI

Assalamuallakum wr.wbt.

Agak letih hari ini,apa tidaknya dua hari cuti hujung minggu diisi dengan bermain golf 18 lubang satu hari, mana tidak letih,namun semangat sewaktu berada disekolah seperti biasa,dalam ucapan perasmian minggu koperasi pada hari ini sempat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tentang semangat untuk terus belajar."Jika kita gagal bukan bermakna kita telah gagal sepenuhnya tetapi sebenarnya kita belum berjaya",oleh itu usaha perlu dilipatgandakan untuk memperolehi kejayaan.Saya memberi contoh iaitu bagaimana Mat Saleh yang berambut putih iaitu pengasas KFC yang pernah gagal sebanyak 99 kali untuk mencipta resepi yang paling sedap dan enak bagi memulakan Restoran KFC tetapi akhirnya dengan usaha dan tekad yang kuat berjaya mencipta resepi yang paling sedap sehingga cawangan restoranya berada di seluruh dunia.Begitu juga Tan Sri Syed AlBukhari,yang pernah ditanya dan dipuji tentang kejayaannya menjadi salah satu jutawan di Malaysia ,beliau menyatakan bahawa" orang selalu memuji dan bertanya tentang kejayaannya,tetapi tidak siapa yang pernah bertanya berapa kali beliau telah gagal sebelum mencipta kejayaan".Apa yang boleh diambil iktibar dari cerita ini,saya menyambung ucapan saya kepada pelajar di SMKUB ialah,kejayaan sebenarnya tercipta bermula dari kegagalan,namun perkara itu tidak boleh muncul begitu sahaja,tanpa usaha yang benar gigih.