Thursday, September 13, 2012
Teladan dari Sultan Muhamad Al Fateh
Sempat memberi tazkirah pagi selepas bacaan Surah Yaasin kepada pelajar-pelajar SMKUB,mengenai kehebatan Sultan Muhamad AlFateh yang berjaya menawan kota Constantinople,iaitu yang sangat kebal temboknya setebal 4 lapis,setinggi 25 kaki dan sejauh 125 kaki.Peperangan selama 54 hari penuh dengan kesabaran dan diiringi dengan sifat keberanian serta tawaduk tentera Islam.Sememang benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika menggali parit dalam peperangan Khandak ,"Constantinople akan jatuh ketangan tentera Islam,rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera"
Apabila tentera Islam hendak mendirikan sembahyang yang pertama di Gereja Aya Sophia,maka Sultan Muhamad Fateh telah bertanya kepada tenteranya tiga soalan bagi menentukan siapa yang sepatutnya ,menjadi imam.Baginda bertanya siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardu sejak baligh,diminta duduk, tidak seorang pun duduk kerana semuanya tidak pernah meninggalkan sembahyang fardu.Baginda bertanya lagi siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sejak baligh,ada diantara tentera yang duduk.Baginda bertanya lagi siapa diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang tahajud diwaktu malam sejak baligh ,semua tentera duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al Fateh.Jadi memang jelas bahawa untuk berjaya dalam apa jua munajat dan berserah kepada Allah ada perkara nombor wahid di dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam.
Wednesday, September 12, 2012
Cara mendidik anak
Mendidik anak mengikut tiga peringkat umur
1.Peringkat pertama : 7 tahun pertama (1 hingga 7 tahun)
2.Peringkat kedua : 7 tahun kedua (7 hingga 14 tahun)
3.Peringkat ketiga : 7 tahun ketiga (15 hingga 22 tahun)
Sewaktu 7 tahun pertama:
Ayah dan ibu sepatutnya membelai dan memberi kasih sayang sepenuhnya bermain-main serta bergurau dengannya.Pada peringkat inilah ayah dan ibu memberi kasih sayang dan perhaatian secukupnya.
Sewaktu 7 tahun kedua:
Ayah dan ibu sepatutnya membentuk jiwa dan menjadikan kita sebagai contoh dan teladan yang baik dan sama-samalah kita melakukannya.Ajaklah sama-sama solat dan melakukan kerja rumah secara bersama-sama dan jangan hanya menyuruh.Diperingkat kedua ini seharusnya ayah dan ibu berusaha bersungguh-sungguh untuk membentuk anak menjadi baik.Selalu mengambil berat tentang diri dan pelajarannya serta sering mendoakan kebaikannya.
Sewaktu 7 tahun ketiga:
Peringkat remaja ini sangat penting,ketika inilah mereka memerlukan perhatian.Ayah dan ibu patut menjadikan anak sebagai KAWAN disamping pendorong dan nasihat.Jika anak itu bercerita jadilah pendengar yang baik,janganlah kita terus memarahinya,jika apa yang dilakukan itu salah berilah nasihat dan panduan dengan lembut supaya dia dapat menentukan sendiri apa yang dibuat itu betul atau buruk.Jika anak itu diam banyaklah bertanya berbuallah dengannya supaya kita tahu apa masalahnya.
Remaja tidak suka dimarahi,mereka akan memberontak dan akhirnya akan mencari rakan sebaya untuk berkongsi cerita,akibatnya anak-anak tidak rapat dengan ibu bapa tetapi lebih rapat dengan kawan-kawan yang tidak semuanya baik.Berjaya atau tidak ibu bapa sebagai kawan kepada anak ialah apabila nak percayakan kita.Menjadikan kita tempat bercerita sehingga tiada rahsia disembunyikan.Segala perkara dan masalah kitalah rujukannya.Jadilah kawan pada anak-anak,diumur manapun tidak terlambat untuk kita mulakan persahabatan dengan anak-anak.Persahabatanlah yang merapatkan hubungan dan menanmkan rasa kasih dan hormat.Tanpanya anak-anak akan menjadi jauh dari ibu bapa.
Tuesday, September 11, 2012
Gaya hidup sihat sekadar ingatan
Sekadar ingatan bagi yang banyak sangat jemputan rumah terbuka sempenan Hari Raya Aidil Fitri
Maksud dari AlQuran,
"makan dan minumlah,dan janganlah berlebih-lebihan'
(surah al-A'raf ayat 31)
Tips untuk menjaga kesihatan
Makan hanya 80% kenyang
Makan malam sebelum pukul 8
Minum 8 gelas air sehari
Jalan 8,0000 langkah sehari
Tidur 8 jam sehari
Ingat perut kita hanya boleh menampung 1/3 ruang untuk udara,1/3 untuk makanan dan 1/3 lagi untuk air
Monday, September 10, 2012
Saturday, September 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)