Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini dari pagi fikiran tak tentu hala sebab dapat perkhabaran visa anak dara aku dua orang ada masalah ,sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengerjakan umrah bersama keluarga esok libang libu dibuatnya.Balik awal dari sekolah terus ambil isteri dan balik rumah terus buat solat hajat .Dalam perjalanan balik jangan ceritalah sepanjang jalan bertalbiah ,dengan harapan dapat jadi tetamu ALLAH.Banyak pula cabaran dan dugaan yang kami tempuhi.Namun seperti dahulu aku yakin dengan power of doa and the miracle of doa.Sembahyang Asar dimasjid terus berdoa namun runtunan hati yang emosional membuatkan aku tak dapat menahan air mata mengalir apabila aku mendapat khabar dari agen sekali lagi yang mengatakan bahawa harapan untuk menyelesaikan masalah visa anak aku tipis oleh itu harapan untuk aku membawa keluarga bersama hampa.Namun aku terus berharap dengan agen agar terus berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.Anak-anak aku mulalah menangis terutama puteri sulungku.Aku minta semua keluarga terus berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan.Maghrib aku masih terus berdoa agar perkara itu dapat diselesaikan,terus berzikir dan membaca AlQuran .Tepat jam 8.15 aku mendapat berita yang sangat mengembirakan untuk kami sekeluarga masalah itu dapat diselesaikan pagi esok .Tak dapat digambarkan betapa gembiranya kami terus buat sujud syukur ALHAMDULILLAH terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.Doakan kami dapat umrah yang maqbul.Dua minggu terpaksa meninggalkan blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah yop, itulah yang sebaik-baiknya. Moga mika selamat,janganlah ada apa-apa lagi yang menyusahkan lagi diri mika dan keluaraga. Moga setiap langkah/urusan mika senantiasa di permudahkan Allah. Amin...
ReplyDelete