Saturday, March 12, 2011

MEDAN BUKANNYA TANJUNG MEDAN




ATAS NAK PERGI SAMOSIR NAIK BOT,BAWAH POSING KAT ISTANA MAIMOON

Sunday, March 6, 2011

GOLF

Seronoknya dapat bermain golf ni




Kalau tak mahu tarik troli naik buggy tak ade letih sangat

WISATA KE MEDAN INDONESIA

SEWAKTU MELAWAT KUBUR RAJA BATAK KARO KENA PAKAI KAIN SELEMPANG


Sunday, February 13, 2011

AIR DAN PANAS

Assalamuallaikum wr.wbt,

Cuaca yang panas sekarang ni,memang terasa bahangnya,mungkin sudah lama hujan,apabila panas memang terasa sangat,tadi dalam ucapan perhimpunan ada disentuh perlunya pelajar-pelajar banyak minum air kerana cuaca panas mempercepatkan proses perpeluhan,tapi memang sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar ini mana ada standard mereka membawa air dari rumah,mungkin mereka merasakan cukup minum segelas air dari kantin yang dibeli sewaktu mereka bersarapan waktu rehat,ataupun yang hendak menjimatkan duit ,tadah aja tangan dan teguk air dari paip,teringat pula sewaktu disekolah rendah dahulu itulah yang sering saya lakukan,dapat minum air paip pun sudah cukup nikmat,kerana air paip terpaksa diangkut dari paip awam diluar,seksa pada masa itu,kalau selepas bermain silap-silap teguk sahaja air dari tempayan yang digunakan untuk menadah air dipancur rumah,kadangkala jentik-jentik yang ada pun buat tak nampak sahaja.Tetapi cuba minum sekarang sudah tentu bermacam-macam penyakit yang akan datang.Itu belum lagi cerita mandi dalam kolam yang airnya dah cetek dan keruh,terpaksa menceduk air perlahan-lahan kalau tidak terceduk lumpur atau bermandikan ikan telapia atau puyu .Bila musim panas dan kemarau terasa benar keperluan air dan nikmat air.Semoga panas ini tidak berpanjangan.

Sunday, February 6, 2011

MUNAJAT KEPADA MU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sesi persekolahan sudahpun masuk ke bulan Februari,diam tidak diam masa terus menghambat kita tanpa disedari begitu cepat berlalu rasanya,usia semakin tua,kerja semakin bertambah.Bagi sistem persekolahan pula ,langkah pula digerakkan lebih laju dan penuh strategi supaya tidak kecundang dan boleh menggapai kecemerlangan.Program-program yang diatur lebih awal perlu dimulakan terutama yang melibatkan akademik.Mungkin kita rasa program yang kita atur yang terbaik tetapi apabila kita melihat sekolah-sekolah yang hebat program yang mereka rancang dan aturkan lebih baik dan sudah nampak impaknya.Pelbagai program kita rancang dan atur tetapi pelaksanaannya yang paling penting,seperkara lagi ialah pemantauan ,jika dapat dilaksanakan dengan berkesan insya Allah kejayaan akan memihak kepada kita.Dan satu perkara lagi yang sangat penting ialah munajat kita kepada ALLAH SWT jangan dilupa,bersama guru , pelajar dan ibu bapa keberkatan dipohon doa disusun .

Wednesday, January 26, 2011

CIKGU SAID SAHABATKU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Malam tadi sempat menghadiri majlis jamuan makan malam sempena persaraan seorang sahabat, bekas penolong kanan SMK Horley Methodist Tn.Hj.Mohamad Said bin Mohamad,sorang guru yang saya kenali sewaktu mengajar di SMK Khir Johari Sg. Sumun ,mungkin disebabkan saya merupakan mantan AJK Majlis Penolong Kanan Peringkat Daerah membolehkan saya dijemput untuk menghadiri majlis anjuran Penolong kanan Daerah Hilir Perak.Bercerita kembali tentang Tn.Hj. Mohamad Said yang saya kenali merupakan seorang guru yang hebat sama-sama mengajar subjek sastera dikelas tingkatan 6,kombinasi kamilah yang mengajar pada tahun tersebut menyebabkan subjek kesusasteraan melayu melonjak dari segi calon yang mendapat A.Rasanya hampir tiga tahun berturut-turut,selepas itu masing-masing ditukarkan kesekolah lain atas alasan dinaikkan pangkat saya ke Seri Muara dan Cikgu Said ke Tun Razak Selekoh,memberi kesan yang besar juga kepada Tingkatan enam pada tahun-tahun berikutnya,tanpa sifu-sifu yang hebat dalam sastera ni. Satu lagi Cikgu Said ini merupakan rakan saya sama-sama memancing dan menjaring serta menjala ikan,itu merupakan hobinya dan hobi saya juga pada masa itu,memang satu memori yang indah pada masa yang tidak dapat dilupakan sama-sama meranduk selut menjala ikan dan udang berlawan siapa yang memperolehi ikan yang banyak .Sesekali terkenang amat merindui suasana itu.Satu perkara lagi ialah kami juga sama-sama belajar ilmu homeopathy,ada le saya mengikuti satu dua bulan begitu juga Cikgu Mohd Said tetapi cita-cita cikgu said dieruskan oleh anaknya Yusuf yang akhirnya membuka klinik sendiri di Simpang Empat Hutan Melintang ,Setelah perkhidmatan selama lebih kurang 33 tahun bersaralah cikgu said sahabat ku.Semoga Cikgu Said diberi kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk meningkatkan ibadah kepadaMU YA ALLLAH

Sunday, January 23, 2011

NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)

"The future belongs to those who have knowledge ,passion and energy tu push way beyond the norm.In doing what they do,they transform the world and influence the lives of millions.",sedikit penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar SMKUB sewaktu ucapan saya dalam perhimpunan tadi sempena pelancaran NILAM peringkat sekolah,bukan apa cuma hendak menceritakan pentingnya ilmu yang kita cedok dari pembacaan yang boleh mengubah diri dan minda pelajar-pelajar,tanpa membaca sebagai satu cara menambahkan ilmu sudah tentu diri tidak akan berubah dan kita sendiri tidak mampu mempengaruhi orang lain untuk berubah.So saya memotivasi pelajar-pelajar supaya terus membaca dan menjadikan NILAM sebagai satu platform untuk memupuk minat membaca dikalangan pelajar.Target yang ditetapkan oleh penyelaras pusat sumber ialah 1 pelajar ,1 bulan 10 buah buku minima mesti dicapai.