Assalamuallaikum wr.wbt.
Sudah sehari berpuasa,alhamdulillah dalam cuaca yang begitu panas dan terik,masih segar dan cergas untuk menjalankan tugas-tugas harian,pelajar-pelajar pun setakat ini,masih tetap menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran,guru-guru terus bersemangat untuk meneruskan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi .Semalam masih sempat memberi tazkirah dengan pelajar-pelajar selepas program bacaan Yaasin,berkisar dengan soal puasa dan waktu yang mustajab berdoa,diantara waktu yang mustajab sebelum berbuka puasa,saya memberitahu kepada pelajar bukan waktu itu digunakan untuk melihat,memilih dan mengambil makanan yang paling sedap untuk dimakan sewaktu berbuka,tetapi sepatutnya berdoa tentang apa yang dihajati,berzikir dan bermunajat tentang perkara yang diingini,dari dulu telah saya jelaskan kepada pelajar bahawa doa mestilah sesuatu yang spesifik tentang apa yang kita pohonkan,bukan secara umum , selain itu waktu yang mustajaab berdoa ialah selepas sahaja kita menjamah makanan,diharapkan dapat masuk dalam kotak fikiran mereka dan dilakukan.Semoga bulan yang penuh rahmat,berkat dan magfirah ini dipenuhi dengan ibadat-ibadat yang sebanyak mungkin.
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
KARI AYAM HUTAN
Assalamuallaikum wr.wbt.
Alhamdulillah,dah sampai 1 ramadhan almubarak dan bulan penuh magfirah,semoga segala dosa diberi keampunan oleh ALLAH SWT,penuhi bulan ini dengan ibadat sebanyak mungkin,sempat mengingatkan pelajar2 dan guru yang menghadiri bacaan Yaasin pada pagi tadi,agar ibadah puasa pada tahun ini dapat disempurnakan dengan baik.Semalam selesai program lawatan kerja pengarah ,alhamdulillah segalanya berjalan lancar,persediaan yang rapi,sgt perlu dalam program seperti itu,banyak mendapat pujian dari pegawai2 yang hadir,terima kasih juga kepada guru2 ,staf sokongan dan pekerja swasta yang telah banyak memberi kerjasama dalam persiapan menyambut pengarah,look simple,but meaningful and nostalgic. Ada yang kata saya terlalu bersemangat sewaktu membuat persembahan depan audien semalam.sememangnya sebagai pemimpin instruksional mestilah kena tunjuk impressive ,kalau tidak bermaya sudah tentu,anak buah pun hilang semangat.Sempat berbual dengan ppd yang sememangnya beliau yaang memilih Ulu Bernam sebagai tempat lawatan dihujung selatan Perak,ucapan tahniah juga dari belliau ,dan disaambung lagi dengan layanan yang begitu istemewa,terutama kari ayam utan

Monday, August 9, 2010
LAWATAN PENGARAH
Assalamuallaikum wr.wbt.
Dah lama sangat tidak menulis dalam blog,walaupun pelbagai peristiwa dilalui sebelum ini,disekolah agak sibuk dengan persiapan menyambut lawatan kerja menyambut pengarah berserta rombongannya dari JPN dan PPD,kalau boleh kita hendak lakukan yang terbaik supaya adab menyambut tetamu seperti dalam agama dapat dipraktikkan,semoga,persiapan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut ketetapan,tadi sudahpun membuaat reheaseal bersama pelajar dan guru,nampak macam mudah tetapi takut fumble,terutama kawad statik,ucapan pun kena tengok juga suapaya tridak tergagap-gagap,maklumlah ramai yang datang,kadangkala mereka melihat kelemahan kita .Selalu saya memberitahu guru-guru bahawa dalam apa jua yang kita lakukan mestilah kita cuba buat yang terbaik.Tadi PPD pun ada berbincang dalam telefon agar persiapan biar kemas dan teratur dan dia yang beria-ria benar hendak membawa pengarah ke Ulu Bernam,sebagai tanda penghargaan PPD diatas pencapaian sekolah dalam peperiksaan SPM yang membuat lompatan saujana.Semoga segala perjalanan esok dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Subscribe to:
Posts (Atom)