Sunday, July 17, 2011

SUARA PENGETUA SMKUB HARI KUALITI 2011

Assalamuallaikum wbt,

Alhamdulillah,terima kasih kerana diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan yang sangat bernilai ini.Terlebih dahulu jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi alam menjayakan Hari Kualiti SMKUB 2011,sama ada dalam bentuk idea,moral dan material.
Hari kualiti merupakan hari yang sangat penting bagi sesuatu sekolah kerana pada hari inilah segala kejayaan dan kecemerlangan sekolah dapat diterjemahkan dalam bentuk penganugerahan kepada semua pihak terutamanya pelajar-pelajar.Kejayaan sekolah dan pelajar tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerjasama dari semua warga SMKUB.

Warga sekolah berasa bangga kerana pada tahun 2011,kita masih mampu bertahan dengan kejayaan yang kita perolehi seperti sebelumnya.Kecemerlangan itu bukan saja ditunjukkan dalam bidang akademik tetapi juga dan bidang sahsiah dan kokurikulum.Justeru,dengan kejayaan itu sudah tentu imej dan ranking sekolah semakin meningkat.Oleh itu pada tahun ini kita telah ditawarkan Baiah ataau New Deal kepada pemimpin sekolah seperti yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA),semuanya hasil perancangan dan kerjasama semua warga sekolah.

Akhir kata,terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Hari Kualiti 2011.Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar yang bejaya.Atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat sepanjang majlis ini ribuan ampun dan maaf dipohonkan.

"We have the talents and skills.We have the resources and the resilience.We have the unique advantage of cultural diversity.We have the creativity needed.We have the ability to create and innovate.We have all the ingredients tu succeed."