Sunday, February 13, 2011

AIR DAN PANAS

Assalamuallaikum wr.wbt,

Cuaca yang panas sekarang ni,memang terasa bahangnya,mungkin sudah lama hujan,apabila panas memang terasa sangat,tadi dalam ucapan perhimpunan ada disentuh perlunya pelajar-pelajar banyak minum air kerana cuaca panas mempercepatkan proses perpeluhan,tapi memang sudah menjadi tabiat pelajar-pelajar ini mana ada standard mereka membawa air dari rumah,mungkin mereka merasakan cukup minum segelas air dari kantin yang dibeli sewaktu mereka bersarapan waktu rehat,ataupun yang hendak menjimatkan duit ,tadah aja tangan dan teguk air dari paip,teringat pula sewaktu disekolah rendah dahulu itulah yang sering saya lakukan,dapat minum air paip pun sudah cukup nikmat,kerana air paip terpaksa diangkut dari paip awam diluar,seksa pada masa itu,kalau selepas bermain silap-silap teguk sahaja air dari tempayan yang digunakan untuk menadah air dipancur rumah,kadangkala jentik-jentik yang ada pun buat tak nampak sahaja.Tetapi cuba minum sekarang sudah tentu bermacam-macam penyakit yang akan datang.Itu belum lagi cerita mandi dalam kolam yang airnya dah cetek dan keruh,terpaksa menceduk air perlahan-lahan kalau tidak terceduk lumpur atau bermandikan ikan telapia atau puyu .Bila musim panas dan kemarau terasa benar keperluan air dan nikmat air.Semoga panas ini tidak berpanjangan.

Sunday, February 6, 2011

MUNAJAT KEPADA MU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sesi persekolahan sudahpun masuk ke bulan Februari,diam tidak diam masa terus menghambat kita tanpa disedari begitu cepat berlalu rasanya,usia semakin tua,kerja semakin bertambah.Bagi sistem persekolahan pula ,langkah pula digerakkan lebih laju dan penuh strategi supaya tidak kecundang dan boleh menggapai kecemerlangan.Program-program yang diatur lebih awal perlu dimulakan terutama yang melibatkan akademik.Mungkin kita rasa program yang kita atur yang terbaik tetapi apabila kita melihat sekolah-sekolah yang hebat program yang mereka rancang dan aturkan lebih baik dan sudah nampak impaknya.Pelbagai program kita rancang dan atur tetapi pelaksanaannya yang paling penting,seperkara lagi ialah pemantauan ,jika dapat dilaksanakan dengan berkesan insya Allah kejayaan akan memihak kepada kita.Dan satu perkara lagi yang sangat penting ialah munajat kita kepada ALLAH SWT jangan dilupa,bersama guru , pelajar dan ibu bapa keberkatan dipohon doa disusun .