Monday, November 30, 2009

NILAIAN PRESTASI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini tekun membuat nilaian prestasi guru-guru,ini merupakan kerja rutin akhir tahun bukan suatu kerja yang mudah untuk menilai kerja orang bawahan kita ,biasanya aku memberi nilaian yang terbaik.Ada empat aspek yang perlu dinilai dan ada wajaran tertentu:

1. Penghasilan Kerja
2. Pengetahuan dan kemahiran
3.Kualiti Peribadi
4.Kegiatan dan sumbangan

Jika pada tahun lalu aku menjadi penilai pertama kali ini aku menjadi penilai kedua.Namun soal penilaian prestasi boleh dimanupulasi tetapi sebenarnya tentang kerja adalah datang dari hati seseorang.Jila bekerja dengan ikhlas sudah tentu keberkatan diberikan oleh ALLAH SWT .Tetapi jika sekadar menunjuk-nunjuk walaupun menepati Sasaran Kerja Tahunan atau berdasarkan Key Performances Indicator(KPI) tidaka akan mendapat apa-apa.

Saya selalu bercakap dengan pelajar dan staff saya iaitu:

Anda boleh beri 100 Alasan kenapa prestasi anda kurang memuaskan.TETAPI ANDA SEBENARNYA CUMA PERLU SATU SEBAB YANG KUAT UNTUK BERJAYA.

Sunday, November 29, 2009

WORK AS A TEAM

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini aku mengadakan mesyuarat dengan staff dan kakitangan bukan ramai sangat 7 orang saja tetapi menguruskannya tetap sama,kerenahnya tetap sama terlalu banyak helah bela diri jika kita bertanyakan sesuatu kerja yang tidak beres.Mungkin itu tabiat manusia kalau tidak ada jawapan mungkin seseorang itu rasa dia bersalah walaupun sebenarnya dari jawapan yang diberi menggambarkan dia bersalah.Namun kadangkala perasaan egoistik seseorang itu yang menyebabkan terjadinya sedemikian.Inilah cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang pemimpin atau pengetua disekolah.

Namun saya suka budaya kerja as team

T-TOGETHER
E- EVERYONE
A- ACHIVE
M -MIRACLES

Dulu disekolah lama saya terapkan dengan slogan "One team One Aim",tetapi belum berjaya sangat dan separuh jalan sudah berpindah sekolah.Perubahan tidak boleh dilakukan sekelip mata lebih-lebih lagi apabila melibatkan manusia kalau barangan senang saja hendak diubah.Saya menyatakan kepada mereka bahawa untuk membuat sesuatu kita mesti memulakan terlebih dahulu"Memulakan sesuatu itu adalah hebat,tetapi menyelesaikan adalah lebih hebat"

Saya menyatakan sekali lagi tentang pentingnya perubahan.Memetik kata-kata pujangga "If you dont change you always get the same results".Saya juga memberi contoh tentang perubahan yang dilakukan oleh Syarikat Penerbangan Air Asia sehingga hampir menenggelamkan MAS.Kedai KOPITIAM,STARBUCK,WHITE KOPI yang hampir melumpuhkan kedai kopi biasa.Kedai Nasi Kandar pun sudah mula berubah untuk bersaing kalau tidak mereka akan tertinggal.Jadi sekolah,guru,kakitangan dan pelajar perlukan perubahan untuk bersaing.

ZURIAT DAN TANGGUNGJAWAB KITA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini,terpaksa pergi ke Teluk Intan sebanyak dua kali ,pagi lagi menghantar puteri sulungku yang hendak pulang ke KUIS selepas semester break,seperti biasa bondanya berpesan pelbagai bentuk nasihat,motivasi dan amaran, terpaksa selalu diingatkan anak-anak ini,kadangkala mereka cepat lupa,sesekali aku mencelah juga sekadar mengingatkan kembali nasihat dan teguran lama supaya dia sentiasa ingat.

Ke Teluk Intan kali kedua,menghadiri Walimatulurus anak rakan seperti biasa hari cuti begini semakin ramai yang mengadakan majlis kenduri kahwin,rasanya hampir tiap-tiap minggu ada saja majlis kenduri yang perlu dihadiri.

Sebelum sampai dirumah rakan lama sewaktu di Kolej Islam menelefon ingin singgah dirumah,sebenarnya Pak Tam telah memberitahu malam tadi lagi untuk singgah dirumah,alhamdulillah sampai juga Pak Tam dirumah aku,yang paling aku teruja ialah melihat bilangan anaknya yang ramai dan masih kecil lagi,itulah kurniaan tuhan yang diberi kepada hambanya.Beliau dikurniakan 8 orang anak tetapi seorang meninggal dunia,seronok melihat kekeletahan anak-anaknya.

Dulu pernah juga seorang rakan lama juga Pak Teh singgah dirumah tetapi anaknya hanya seorang ,aku pula hanya 3 orang.Walaubagaimanapun alhamdulillah Allah maha mengetahui akan kurniaan zuriat yang diberikan kepada hambanya.Ada juga rakan yang langsung sampai kini tidak dikurniakan sebarang zuriat.Namun yang penting amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi penyambung zuriat dan diharapka agar didikan yang kita berikan dapat menjadikan anak-anak kita sebagai pewaris Khalifah Allah dibumi ini bukan sebaliknya.

Saturday, November 28, 2009

IBADAT QURBAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Alhamdulillah hari ini Jawatankuasa Masjid Al Aula berjaya mengadakan majlis Qurban sebanyak 10 ekor lembu telah ditumbangkan termasuk 3 ekor sumbangan Ketua Polis Negara.Terlalu rapat hubungan masjid dengan KPN tidak tahu apa sebabnya daripada dulu banyak betul sumbangannya terutama dalam bentuk kewangan.Aku terlibat juga menjadi ketua bagi lembu nombor 9,biasanya aku buat dirumah bonda dikampung tetapi tahun ini hendak relak sikit kononnya tumpang sebahagian saja di Masjid tetapi akhirnya dilantik juga sebagai ketua tetapi pengalaman lalu memudahkan kerja kita disamping rakan-rakan yang aku pilih di kalangan guru terlalu banyak membantu.

Namun agak berbeza pada tahun ini pengurusan lebih cekap berbanding tahun tahun sebelumnya,ada sistem yang nampak lebih profesional ,nampak lebih teratur walaupun ada sedikit kekurangan disana sini, insyaAllah pada tahun hadapan apabila ada penambahbaikan sudah tentu lebih baik lagi,sebab ketuanya orang profesional dan berilmu sudah tentu ada perubahan.

Teringat penceramah dalam televisyen pada pagi ini yang mengatakan bahawa ibadat Qurban ini jatuh wajib bagi yang berkemampuan ,tetapi mungkin ada segelintir lagi umat islam yang masih tidak sanggup berkorban jadi jumlah lembu yang dikorbankan tidaklah begitu banyak,diharapkan agar tahun hadapan semakin ramai yang sanggup mengeluarkan sedikit duit tiap-tiap tahun untuk melaksanakan ibadat qurban at least sebahagian macam aku.

Friday, November 27, 2009

IHRAM DAN MIQAT

Asalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini menyambut hari raya dirumah sendiri,biasanya dirumah emak dikampung,tetapi entah macam mana anak saudara dari Johor dalam perjalanan dari Sg.petani singgah dirumah dan ingin beraya berasama kami.Malam tadi sempat juga membawa mereka balik kampung kejap ada majlis marhaban bonda berhajat sangat untuk cucu yang ke berapa pun aku tak ingat.Majlis bersama adik beradik alhamduliilah ramai berkumpul kecuali seorang saja yang tak balik.

Hari ini khutbah dua kali,sembahyang Raya Aidiladha dan sembahyang Jumaat,aku teringat sewaktu tok katib tadi membaca khutbah JumaatBeliau membicarakan tentang maksud ihram Show alldan miqat.Ihram bermaksud dilarang melakukan pelbagai perkara yang dilarang sewaktu memakainya.Manakala Miqat merupakan sempadan untuk diri.Tok katib memberitahu bahawa sebenarnya sudah lama kita ini mempunyai miqat iaitu sebagai orang Islam kita sepatutnya sentiasa melakukan perkara yang makruf dan menghindarkan diri dari melakukan perkara yang dilarang.Kain ihram yang berwarna putih yang dipakai oleh jemaah yang mengerjakan haji dan umrah itu sendiri merupakan satu tanda bahawa tidak ada bezanya antara kita disisi tuhan ,yang membezakan ialah iman dan taqwa sahaja.

Wednesday, November 25, 2009

HAJI YANG MABRUR DAN UMRAH YANG MAQBUL

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini terasa sunyi sekolah ramai staf yang becuti,mungkin hendak membuat persiapan menyambut AidilAdha esok,ada juga guru yang rajin mengadakan kelas tambahan walaupun tanpa disuruh oleh pengetua,itulah yang dikehendaki dan sepatutnya mendapat pujian.Peperiksaan SPM pun tiada pada hari ini mungkin hendak memberi cuti yang agak panjang pada guru yang mengawas dan pelajar.Hari ini merupakan,hari WUQUF di Arafah,waktu di Malaysia lebih kurang pukul 5 petang Waktu Asar, rukun haji sangat penting,banyakkanlah berdoa pada hari ini dan kami sekeluarga berpuasa pada hari ini harap sampai kepenghujung waktu berbuka, sibuk isteri tersayang menyediakan makanan untuk bersahur pagi tadi.Tadi sempat juga saya membaca kitab-kitab yang berkaitan dengan haji dan umrah,perlu dibaca berulang kali sebab sudah agak lama tersimpan dan perlu persediaan untuk menunaikan umrah pada Disember ini.Diantara yang saya baca ialah:

Tempat-tempat yang dimakbulkan berdoa di Mekah ialah:

1. Ketika mula-mula melihat Kaabah
2. Didalam Kaabah(Dinatara Hijr Ismail dan Kaabah juga di kira kawasan Kaabah)
3. Di Multazam (diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah
4. Dirukun Hajar Aswad
5. Dirukun Yamani
6. DiHijir Ismail
7. Di Makam Ibrahim
8. Ketika Bertawaf
9. Di Telaga Zam-zam
10. Ketika minum air Zam-zam

Jadi rebutlah peluang sewaktu kita berada disana ,kepada para jemaah haji didokan mendapat haji yang MABRUR,dan kami sekeluarga berdoa agar kami mendapat umrah yang MAQBUL.

NAWAITU KENA BAIK SELALU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini berbual secara tidak formal dengan orang kuat sekolah iaitu penolong kanan dan guru kanan tentang beberapa perancangan pembangunan dan prasarana sekolah pada tahun 2010.Apa yang penting saya ingin menyampaikan mesej kepada mereka bahawa hidup dan suasana sekeliling perlu mengalami perubahan.

Change and changes perlu dilakukan untuk menunjukkan kekreativitinya kita dan untuk menaikkan motivasi diri dan pelajar yang akan belajar pada tahun 2010.Hidup kita tidak boleh berada ditakuk lama dan yang paling malang ialah orang lain one step a head tetapi kita berundur setapak kebelakang dan akhirnya terus tertinggal dan terpinggir.

Saya berharap sangat mereka faham kerana anggukan kepala mereka merupakan satu isyarat yang menunjukkan mereka juga sederap melangkah bersama saya menuju kearah kecemerlangan SMKUB pada tahun 2010.

Satu perkara lagi yang saya selesaikan pada hari ini ialah tentang pembayaran untuk menunaikan umrah,terpaksa saya dan isteri menjenguk muka hampir dua tiga bank yang kami mempunyai simpanan.

Alhamdulillah selesai,keluarlah semua tabungan sebelum ini yang penting nawaitu yang baik insyaALLAH mendapat ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan yang telah dilakukan.ESOK MERUPAKAN HARI WUQUF.

Monday, November 23, 2009

SOAL ATTITUDE LAGI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Alhamdulillah hari ini tenang sedikit,sesuai dengan cuaca yang agak cerah pada waktu pagi,terasa cerahnya peluang kami sekeluarga untuk menunaikan umrah.InsyaAllah paspot pun sedang diuruskan untuk dihantar ke Andalusia.Terima kasih kepada Hj.Mohd Nor yang setakat ini banyak membantu semoga tidak timbul masalah pada masa akan datang.Awal pagi tadi saya telah memanggil semua pekerja swasta untuk bermesyuarat untuk melakasanakan skop kerja pada hari cuti sekolah,biasalah pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan ini yang tidak kreatif sewaktu bekerja,selalu salah menyalah anatara satu sama lain dan berkira dengan pekerjaan yang dilakukan,namun tidak semua begitu hanya segelintir dan sedikit sahaja yang perlu dibetulkan.

Seperti yang saya katakan dulu dalam apa juga pekerjaan perkara pokok yang perlu ada pada setiap individu ialah menjaga soal ATTITUDE(sikap) jika pada setiap invidividu ada 80% ATTITUDE yang baik dan positif,sudah tentu segala yang dilakukan akan menjadi baik.

Dalam soal salah menyalah pula sememangnya satu sikap yang buruk sebab kadangkala menuding kesalahan kepada orang lain kesalahan itu akan menyerlahkan kelemahan diri kita sendiri.Saya sekali lagi mengingatkan pekerja tentang keberkatan bekerja dan keberkatan usia kita didunia yang fana ini.

DUGAAN DAN CABARAN PERLU DITEMPUH PENUH KESABARAN n

Assalamuallaikum wr.wbt

Hari ini memang agak letih,semasa mesyuarat perbincangan takwim tadi aku dikejutkan dengan panggilan Tuan Hj.Mohd, Nor bahawa ada kekosongan untuk flight 15 dan balik 27 Dis dengan Amdalusia,aku tidak bertanyaapa-apa lagi, terus membuat urusan untuk mendapatkan pasport kembali dan juga urusan-urusan lain.

Memang betul membuat kerja saat-saat terakhir memang meletihkan.Bukan apa banyak benda yang difikirkan dan hendak dibuat dalam masa yang sama sudah tentu meracau-racau dibuatnya.

Walaupun isteri bertanya pelbagai perkara tetapi yang mampu aku ucapkan ialah kita perlu berusaha sampai berjaya kerana niat sudah ada .InsyaALLAH tuhan akan makbulkan niat kita.Walaupun satu dua perkara belum selesai aku tetap yakin bahawa kami sekeluarga akan pergi menunaikan umrah pada tahun ini.Namun cabaran dan dugaan perlu ditempuh penuh ketenangan dan kesabaran .LABAIKALLAHHUMMALABAIK.

Saturday, November 21, 2009

THE POWER OF DOA AND THE MIRACLE OF DOA

Assalamuallaikum wr.wbt

Masih seperti semalam ,cuaca redup sepanjang hari walaupun ada rakan yang mengajak bermain golf di Damai Laut aku terpaksa menolak,bukan apa terlalu jauh,masa yang terlalu banyak terpaksa diambil.Ole itu aku mengisi masa lapang dengan mengemas rumah yang semakin berselerak ,satu perkara lagi yang menyedihkan ialah hasrat kami sekeluarga untuk mengerjakan umrah mungkin tidak kesampaian kerana pihak agen tiba-tiba mengubah tarikh penerbangan .Tarikh balik yang sampai tahun 2010 agak berat untuk kami penuhi kerana sudah hampir hari persekolahan.Usaha mencari agen lain pun tidak kesampaian setakat ini kerana kebanyakannya sudah penuh.Kebanyakan flight sudah ditempah .Betul kata agen Andalusia yang hadir kerumah aku pagi tadi orang Malaysia sekarang sudah ramai yang berduit.Sampai saja di Tanah Air sudah mula menempah untuk umrah pada tahun berikutnya.Namun aku dan keluarga masih terus berusaha dan berdoa agar hajat kami dipenuhi oleh ALLAH SWT. Aku yakin dengan The Power of doa and The Miracle of Doa

RELAKS BETUL CUTI NI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini suasana yang sejuk dan lembab,sesuai dengan cuaca yang tak nampak mentari muncul sejak pagi,kecewa juga kerana tidak dapat bermain golf.Hujan yang berpanjangan hampir setiap hari menyebabkan padang golf pun terpaksa ditutup.Melengung dirumah,akhirnya mengambil keputusan untuk ziarah bonda di kampung,balik kerumah sempat berkebun sedikit musim begini kalau bercucuk tanam tidak payah disiram.Tetapi yang menimbulkan masalah pakaian dijemuran tidak kering.Sempat juga melelapkan mata sebelum Zohor tadi.Habis idea apa hendak dilakukan berbaringan dedepan televisyen,menonton lah apa yang dihidangkan.Selepas Asyar sempat pula berjoging baru terasa bersemangat sedikit selepas berpeluh ,selepas itu sempat singgah di kebun kawan yang sedang memberi makan kambing peliharaanya,seronok juga melihat kambing yang semakin membiak.Sekadar mengisi masa lapang bersama anak-anaknya bagus juga aktiviti cikgu ni .Dalam perjalanan menaiki motor teringat pekerjaaan Rasullulah SAW yang bekerja sebagai pengembala kembing sewaktu kecil mulia pekerjaan itu .Kesimpulannya hari ini memang relaks tak tentu hala sehingga idea nak menulispun tiada.

Friday, November 20, 2009

NASIRAN YANG BERTERUSAN

Assalallamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009,sekejap rasanya hari persekolahan berlalu,pejam jelik pejam celik sudah hampir 10 bulan aku di SMK Ulu Bernam,mungkin tidak begitu terasa kerana keseronokan bekerja , setakat ini komitmen yang begitu baik dari semua pihak memudahkan aku untuk mentadbir dan mengurus sekolah.

Pagi seperti biasa rutin aku membaca Yaasin bersama pelajar Islam disurau,bagi aku satu perkara yang penting walaupun ada pelajar yang masih tidak tahu membaca dan ada yang masih merangkak sekurang-kurang bibir dan telinga mereka diperdengarkan dengan ayat-ayat suci setiap pagi.

Hari terakhir ini aku manfaatkan semasa guru sibuk dengan tugas-tugas mengemaskini tugas-tugas akhir tahun ,diatur pertemuan dengan pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2010 melalui program NASIRAN(Nasihat,Motivasi dan Amaran).Pertemuan bersandarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2009,banyak juga aku perkatakan sama ada dalam bentuk tahniah,motivasi sudah semestinya dan amaran kepada pelajar yang tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

Aku harap pelajar faham akan hasrat pengetua yang terlalu prihatin dan berhasrat agar pelajar menjadikan cuti persekolahan satu cuti yang sangat bermakna untuk meningkatkan kecemerlangan,sehinggakan aku menyatakan bahawa mungkin pada hari ini akulah satu-satunya pengetua yang membuat program ini dihari terakhir persekolahan, satu jam bersama tingkatan dua dan satu jam lagi bersama tingkatan empat .

Aku harap ketiga-tiga anakku yang sedang bercuti juga dapat merancang dan menjadikan cuti ini lebih bermanfaat.Namun yang lebih membanggakan aku dan isteriku apabila melihat Aizat anak lelaki memakai serban sewaktu kami menjemputnya pulang dari asrama ALHAMDULILLAH AKU DAN ISTERI SENTIASA BERDOA SEMOGA KETIGA TIGA ANAKKU MENJADI ANAK YANG SOLEH. Oleh itu program NASIRAN bukan setakat di sekolah tetapi akan berterusan di rumah juga.

Wednesday, November 18, 2009

BERHEMAH DAN BERHIKMAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini merupakan perbincangan penerbitan takwim sekolah bagi tahun 2010 bersama kumpulan G9,saya merasakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka berbincang bersama untuk penerbitan takwim.Walaupun telah disediakan bahan-bahan dan isi kandungannya tetapi dibincangkan secara bersama sudah tentu ada value added yang sudah tentu menjurus ke arah yang lebih baik.

Saya menyatakan kepada mereka bahawa takwim merupakan cerminan kepada hasrat,aktiviti,program dan apa saja yang hendaklah dilakukan oleh sekolah selama setahun iaitu pada tahun 2010 nanti.Jika sekiranya telah disepakati bersama dan melalui perbincangan yang lama dan bermakna sudah tentu pada tahun hadapan tidak banyak masalah yang timbul.

Takwim sekolah bukan kerja individu ataupun "one man show".Jika kerja berseorangan sudah tentu membebankan dan sudah tentu tidak ada sesi brainstorming dan percambahan idea,yang paling dirisaukan sudah tentu hasilnya tidak mencerminkan permuafakatan bersama atau dalam istilah lain hanya kerja syok sendiri.Saya juga menyatakan bahawa kerja membuat takwim bukan boleh selesai dalam sekali pertemuan tetapi perlu acapkali dan memanfaatkan masa sepenuhnya bukan mengobrol perkara yang tidak berfokus.

Disebabkan masing-masing telah letih memerah otak maka kami menangguhkan pernbicangan dan menyambung lagi pada hariIsnin.

Namun begitu dalam masa tiga hari saya berharap mereka dapat berfikir tentang perkara-perkara yang lebih baik yang perlu dimasukkan dalam takwin.Bukan senang hendak gromming leaders, perlu banyak masa, berhemah dan berhikmah.

Tuesday, November 17, 2009

AMALAN KEPIMPINAN TERBAIK

Assalalamuallaikum wr.wbt

Hari ini saya hendak menceritakan tentang amalan kepimpinan terbaik:

1. Berminda positif

2. Berminda mencipta

3. Mengutamakan kualiti

4. Merealisasikan idea-idea baru

5. Menjana kehebatan

6. Memupuk budaya kompetensi cemerlang

7. Menghayati perasaan orang bawah

8. Bijak mengurus emosi

10.Bertindak sebagai pembimbing

11. Menjadi ikutan

12. Minda berstrategi

13. Minda beretika


Cuba lah membuat senarai semak adakah kita mempunyai semua ciri-ciri tersebut.

Monday, November 16, 2009

BUDAYA KERJA DAN MINDA KELAS PERTAMA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hari kedua air pasang besar di Sg.Bernam naik feri terpaksa mengharungi air,mungkin pelajar-pelajar dan guru-guru di Ulu Bernam sudah biasa dengan keadaan disitu,dalam hati kecil terasa risau juga pada peringkat awal,menurut salah seorang penduduk disitu,keadaan air pasang yang lebih besar pernah berlaku hingga sampai ke pondok jaga yang berdekatan, tidak dapat saya bayangkan.

Saya terbaca satu artikel yang sangat baik tentang budaya kerja kelas pertama.Mengikut makna yang sebenar ia merupakan amalan terbaik dan terpuji yang melebihi kebiasaan.Ia merangkumi aspek pemikiran,pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan,tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta memuaskan kehendak pelanggan.Masyarakat yang berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang,beritegriti dan memiliki kekuatan moral.

Oleh itu jika sekiranya kita mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan tadi sudah tentu kita mempunyai budaya kerja kelas pertama dan berminda kelas pertama.Cubalah kita sama-sama fikirkan.

Take time to think,it is the source of power
Take time to read it is the foundation of wisdom
Take time to quite.it is the opportuniy to seek God
Take time to dream,it is the future made of
Take time to pray,it is the power on earth

Sunday, November 15, 2009

TIPS JAYA DIRI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Agak sibuk disekolah hari ini,macam-macam yang perlu diselesaikan,bermula dengan perhimpunan sehinggalah mesyuarat terakhir bersama guru-guru sebelum itu sempat bersama dengan pelajar tingkatan lima.Kontekstual meeting bersama pelajar,berbual,memberi sedikit panduan dan dorongan pada saat akhir sebelum berada di meja peperiksaan yang sebenar.

Saya mulakan dengan kata semangat iaitu untuk menjadi juara atau cemerlang pelajar hendaklah terlebih dahulu berfikir,bercakap,bertindak dan berusaha sebagai seorang cemerlang atau cemerlang .Dengan meyakini bahawa kita boleh menjadi cemerlang dan juara,peluang untuk meraih kejayaan lebih terserlah.Disamping itu saya menyatakan yang menentukan kemenangan bukan beapa kali jatuh.tetapi berapa kali bangun semula.

Aku kira sudah banyak yang telah aku sampaikan dengan pelajar dan aku berkeyakinan jika kita selalu mendorong, memotivasi, kejayaan akan memihak pada pelajar dan sekolah.Saya akhiri ucapan saya dengan menyatakan bahawa Anda boleh beri 100 alasan kenapa prestasi anda kurang memuaskan tetapi anda sebenarnya cuma perlu satu sebab yang kuat untuk berjaya.

Aku doakan semoga semuanya berjaya dan kejayaan 100 peratus yang diimpikan akan tercapai UB THE BEST.

Tidak lupa diucapkan happy birhtday untuk isteri tersayang . Masih ingat lagi tarikh 16 November takkan lupa buat selama-lamanya.

A SPIRIT WILL NOT DIE

Assalamulaalikum wr.wbt.

Hari ini aku rasa relaks sedikit tidak banyak komitmen,dapat tidur pada waktu petang,jarang dapat peluang sebegini sejak akhir-akhir ini,jadi bila ada peluang gunakan sepuas-puasnya,hingga tidak ada idea untuk menulis pada hari ini.Teringat kembali filem yang kami tonton dan diminta membuat refleksi selepas menonton filem itu selama dua jam pada malam kami tiba untuk mesyuarat kurikulum daerah tempohari.Tajuknya "Lean On Me".Kisah benar Louis Joe Clark seorang pengetua yang dilantik khusus untuk membetulkan keadaan satu sekolah di Amerika iaitu East Side,sekolah yang terlalu banyak masalah sama ada dari segi pelajar ,guru dan staff.Namun Clark datang dengan visi yang jelas untuk membetulkan keadaan disekolah tersebut yang sudah jauh menyimpang dari satu institusi pendidikan dan satu institusi yang bobrok dari segi sosial pelajar dan guru yang langsung tidak cakna dengan keadaan sekeliling,sehingga pelajar-pelajarnya tidak lulus waimma dalam menguasai basic skills.

Mungkin pendekatan kepimpinan Autoritarian yang dibawanya tidak begitu sesuai dengan dunia pendidikan kita,tetapi pendekatan seperti ini kadangkala sangat perlu untuk 'short term changes 'sehinggakan dalam satu meeting Clark menyatakan tidak ada siapa yang boleh bercakap hanya perlu dengar,menulis dan melaksanakan.

Namun begitu pendekatan demokratik ada juga ditonjolkan bagi memberi peluang guru membuat perubahan yang dirasakan sesuai dengan iklim persekolahan dan ada timbang tara perasaan pelajar.Sikapnya yang suka mendengar dan menyelesaikan masalah pelajar semerta,membuatkan akhirnya dia sangat disukai oleh pelajar malah guru serta ahli lembaga pengurus sekolah yang sebelumnya menentang akhirnya memberikan sokongan sehingga sekolah itu kembali sebagai satu institusi yang disegani dan pelajarnya sukses dan dapat menguasai basic skills.

Kerajinannya membuat pemantauan dan menjadi orang yang pertama sampai jika belaku sesuatu masalah serta dapat menyelesaikan secara berhemah merupakan kekuatan yang boleh ditiru.Disamping itu kekuatan mental dan fizikalnya juga merupakan satu aspek yang penting untuk menjadi pemimpin pendidikan yang berjaya seperti katanya "A Spirit will not die".

Saturday, November 14, 2009

SIKAP MAHMUDAH LAWANNYA MAZMUMAH

Assalamuallaikum wr.wbt

Masih ada penerbangan ke tanah suci ,pagi tadi aku bergegas balik dari bermain golf untuk memenuhi jemputan rakan yang mengadakan bacaan yaasin dan doa selamat.Alhamdulillah ini merupakan kali kedua beliau dapat mengerjakan haji,untuk umrah yang aku ingat sudah banyak kali beliau pergi sama ada bersama keluarga atau berdua dengan isteri.Kehidupannya sederhana,tutur kata tidak pernah menyakiti hati orang lain,apa yang beliau tuturkan keluar dari hati yang ikhlas,beliau bukan seorang hipokrit dan aku kira tidak pernah bersangka buruk dengan orang lain.

Satu lagi aku lihat apabila beliau memuji orang lain pujiannya memang datang dari hati yang luhur dan jujur dan amat disenangi oleh orang lain.Mungkin kerana itu rezekinya dimurahkan dan ada keberkatan bukan saja dari segi kerja dan harta tetapi dari usianya.

Bukan mudah hendak mencari dan meniru insan yang bersikap sedemikian,masa kini yang ramai ialah orang yang sombong,riak,meninggi diri,hipokrit,ampu mengampu,memfitnah orang lain,dendam,irihati,tidak mempercayai orang lain,tamakkan harta,pentingkan diri sendiri,tidak bertanggungjawab dan pelbagai lagi sikap yang tidak baik.

Setiap kali lepas sembahyang aku sentiasa berdoa semoga aku,isteri dan anak-anak dapat bermuhasabah diri dan mempunyai sikapMahmudah dan meninggalkan terus sikap Mazmumah.

Friday, November 13, 2009

SEDIHNYA REMAJA 1 MALAYSIA

Assalamaullaikum wr.wbt.

Malam tadi pukul 1.45 pagi aku dan isteri tersayang singgah sebentar diwarung berhamiran stesyen bas Ipoh sementara menunggu puteri kedua ku yng dijadualkan sampai pukul 2.30 pagi dari Muar.Sambil menunggu Mee sup dan Ketiau sup yang telah dipesan aku melihat pelanggan yang duduk berhampiran ,dua orang remaja perempuan yang sampai hampir sama masanya dengan kami.Kaget aku dan isteri melihat salah seorang darinya menghembuskan asap rokok sambil menunggu makanan yang dipesan.Meliahat dari rupa dan parasnya tentunya remaja Melayu.Satu sudut yang lain pula empat orang remaja 2 lelaki dan 2 perempuan sedang berbual sesekali bertepuk tampar dengan rambut dan pakaian yang bukan lagi menggambarkan gadis atau pemuda Melayu.Berhampiran dengan kami dua remaja perempuan dan lelaki sedang membasah tekak,aku kira masih lagi bersekolah mungkin masih menengah rendah.Masih diluar rumah? siapa ibu bapanya? kan pagi esoknya sepatutnya mereka bersekolah.Jenuh aku memikirkan.Sampai saja anakku ,bergegas kami bertolak balik kerumah kerana kami perlu pergi bekerja esok paginya, sempat pula singgah Drive Thru di Mc Dee,sekadar memesan air dan burger untuk mengalas perut anakku.Terlihat pula gelagat remaja Cina dan India dengan pelabagai gaya dan rupa serta berpasang- pasangan.Old Town white coffe disebelahnya masih penuh dengan remaja yang tidak sedar hari hampir dinihari .Inikah yang dinamakan Remaja 1 Malaysia.Berpeleseran,hedonisme ,budaya suka-sukaan memenuhi ruang lingkup remaja masa kini.Aku dan isteri sebagi guru sudah tentu prihatin dan tidak senang tentang perkara-perkara sebegini.Aku berdoa dan berharap anak-anaku sentiasa menjauhi perkara-perkara sebegitu.Kami sentiasa bermunajat siang malam mengharapkan sangat anak-anak kami menjadi anak yang menurut kata dan sudah tentu anak soleh dan solehah.

Thursday, November 12, 2009

TIP NAK JADI BOS DISEKOLAH

Assallamuallaikum wr.wbt.

Sudah dua hari tidak dapat menulis dalam blog sebab malas hendak membawa laptop,bukan apa takut tentang keselamatan,bimbang ada yang mencuri atau mengambil.Dua hari diTaiping Golf Resort,berbincang,bertemu,berkongsi idea dengan pengetua dan sebahagian Guru Besar serta Pegawai PPD dalam mesyuarat JKKS Daerah dengan hanya satu matlamat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar sekolah Hilir Perak.Bila ada perkongsian idea sudah tentu datang semangat untuk bertindak lebih positif dalam semua perkara.Tertarik dengan ucapan Encik Mahadi Timbalan PPD dalam ucapan penutupan,tentang bagaimana pengetua boleh mempengaruhi orang lain.Diantara yang diucapkan ialah Pengetua mesti ada kuasa yang sah,kemudian mesti ada kuasa ganjaran dan paksaan.Disamping itu perlu ada juga kepakaran dan rujukan.Namun begitu pengetua juga mesti mempunyai taktik yang tertentu seperti keupayaan memujuk,berkarisma,ada inspirasi,ada perundingan,sentiasa berbuat baik dan kadangkala terpaksa membuat pertukaran staf ketempat lain untuk mendapat suasana yang baru dan mengenakan tekanan kepada staf untuk membuat sesuatu tugasan,pilihlah mana yang terbaik dan sesuai. Cuma hari ini Mahadi asyik menyebut dan memuji aku dalam ucapannya mungkin kerana pembentangan hasil perbengkelan aku tadi yang mantap dan menyakinkan.Bukan apa takut ada yang tak berapa berkenan.Wallahuallam

Monday, November 9, 2009

SERONOKNYA MENJADI TETAMU ALLAH

Assallamuallaikum wr wbt

Dalam keadaan tergesa-gesa selepas mempengerusikan mesyuarat kewangan sekolah saya pulang kerumah kerana telah berjanji dengan rakan dan jiran sebelah hendak pergi ke Kelana Jaya ,seorang sahabat akan berangkat ketanah suci,sampai rumah kira tepat pada waktunya,selepas Asar kami berempat bertolak dan aku berdoa agar dipermudahkan perjalanan ke tempat yang kami tujui kerana niat kami ikhlas untuk memberikan sedikit semangat kepada Cikgu Mat Rahim suami isteri yang terpaksa meninggalkan tujuh orang anak yang dikira masih kecil dirumah bapanya.Seorang rakan yang menjadi jirannya turut meluahkan rasa kerisauan tentang anak yang ditinggalkan di rumah bapanya dikampung lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan dan dikira tengkujuh sekarang, mampukah datuk dan neneknya mengawasi pergerakan cucu-cucunya yang dikira masih kecil dan agak nakal ,aku cuma mengatakan bahawa kita kena yakin bahawa anak yang ditinggalkan untuk tujuan menjadi tetamu ALLAH sentiasa dipelihara oleh ALLAH,pengalaman aku dulu pun begitu sedih meninggalkan anak yang bongsu yang jatuh patah tangan sebelum kami berangkat ke Makkah .Sampai di Kelana Jaya kami terus masuk ke Masjid dan bersembahyang,alhamdullillah walaupun sepanjang jalan hujan, perjalanan berjalan lancar dan dipermudahkan perjalanan walaupun kami berempat tidak begitu cekap dengan simpang siur jalan untuk kesana.Tersentuh hati dan teringat sewaktu aku ke Tanah Suci pada tahun 2002.Melihat jemaah yang sudahpun mengenakan kain ihram kerana penerbangan KT 58 akan terus ke Makkah,aku dapat merasakan bagaimana terujanya jemaah yang baru pertama kali ke Tanah Suci dengan fikiran yang bercampur baur diantara seronok dan sedih.Seronok untuk menjadi tetamu ALLAH dan sedih untuk meninggalkan keluarga tersayang.Sempat juga aku memberikansedikit pandun kepada Cikgu Mat Rahim supaya menggunakan sepenuh hari berada dikedua-dua tanah haram dengan beribadat.Aku mendoakan agar rakan ku ini selamat pergi dan selamat pulang dengan memperolehi haji yang MABRUR,doakan kami sekeluarga dapat sampai ke Tanah SUCI pada 16 Dis InsyaALLAH.

Sunday, November 8, 2009

MELAHIRKAN ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Asskum wr.wbt

Semalam telah diberi peluang untuk memberikan ucapan perasmian dalam majlis Taski Abim Saidatina Aisyah,saya mulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada semua anak didik taski yang telah berjaya menamatkan pengajian di taski.Saya juga mengharapkan agar mereka dapat meneruskan pengajian ditahun satu dan cemerlang dalam bidang pendidikan dan jangan lupa ilmu yang diterapkan sepanjang berada dalam arus perdana pendidikan ABIM.Saya juga menjelaskan kepada ibu bapa bahawa tidak ada lagi mereka yang berada dalam pendidikan ABIM keluar sebagai pelajar yang buta huruf,saya juga mengucapkan terima kasih kerana keyakinan dan kesanggupan mereka menghantar anak ke Taski Abim,walaupun dikenakan sedikit bayaran.Walaupun pada masa kini kerajaan begitu menekankan tentang kadar buta huruf yang akan diselesaikan menjelang tahun 2012,tetapi ABIM telah lama menyumbang melalui taski malah pelajar yang keluar biasanya telah dapat menguasai serba sedikit tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.Namun begitu saya juga mengingatkan ibu bapa disamping mengejar kecemerlangan anak-anak dari segi akademik,jangan lupa bidang yang lagi penting iaitu bidang kerohanian.Kekebalan iman dan takwa yang ada pada diri anak-anak sudah tentu dapat menangkis segala gejala sosial yang tidak sihat yang banyak menunjangi jiwa anak-anak pada masakini.Sifat Mahmudah wajib ada dalam diri ank-anak dan buangkan pula sikap Mazmumah.Anak yang soleh dan solehah sebenarnya lahir dari ibu bapa yang menunjukkan role model yang baik,disampingkekerapan pemberitahuan,panduan dan pemantaun dari ibu bapa .Hanya mengharapkan pihak institusi pendidikan sebenarnya tidak mencukupi.Wallahuallam

Saturday, November 7, 2009

HIKMAH PEMBERIAN,HADIAH DAN SEDEKAH

Assallamuallaikum wr.wbt.

Sewaktu aku berada dipadang golf,tiba-tiba sahaja deringan handpon ku berbunyi,tertera nama dipaparan rakan lama yang sudah agak lama tidak kedengaran cerita.Sahabat ini memberitahu bahawa dia sedang berada dihadapan rumahku dan tujuannya hanya hendak menghantar durian dan rambutan dari kebunnya ,masakini memang sedang musim buahbuahan aku sekadar dapat mengucapkan terima kasih dan alhamdullilah kepada teman ini walaupun sudah lama kami tidak berjumpa masih lagi dia ingat pada aku.Sempat juga dia bergurau dengan aku dia kata inilah yang dinamakan kawam musim durian.Aku tahu dia ikhlas dengan pemberian ataupun sedekahnya.Aku mendoakan agar rakan ku ini dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.Sememangnya aku teringin juga hendak membeli duria dan rambutan lebih-lebih lagi dalam perjalanan ke Bota Kanan sepanyang jalan aku melihat longgokan durian dari penjual dan peraih durian terutama di kawasan Kg.Gajah itulah ysng dinamakan rezeki datang bergolek.Tetapi aku percaya selagi kita rajin memberi dan bersedekah insyaALLAH akan kita terima sedekah dan pemberian dari orang lain dan kadangkala ganjaran yang diberi oleh ALLAH dalam pelbagai bentuk,baru semalam saja aku menderma kepada seorang rakan yang menelefon dan mengatakan bahawa surau dikampungnya perlu wang untuk membuat pendawaian elekterik.Teringat aku bagaimana rakan pengetua yang sekarang ini sedang menunggu naik ke Gred Jusa C .Laluannya begitu mudah ,aku kira sikapnya yang rajin bersedekah menjadi puncanya.Malah baru ini ada beliau terkenang kepada ku jika orang lain menjadi pengetua akan hidup mewah,tetapi dia sekadar senang saja.Oleh itu aku menginatkan anak-nak supaya rajin bersedekah dan memberi kepada orang lain terutama orang yang dalam kesusahan.

Friday, November 6, 2009

Bonda oh bonda

Assalamulaikum wr.wbt.

Hari ini aku menghadiri mesyuarat profesional pengetua dan guru besar di SMK Seri Perak.Dua jam PPD memberi taklimat,terlalu banyak yang hendak disampaikan mungkin sudah hampir tiga bulan mesyuarat ini tidak diadakan.Penuh bersemangat PPD ni,diantara yang aku ingat dan catat serta menarik ialah pendekatan pemimpin instruksional yang berkesan mesti ada sifat-sifat berikut:

1. Curiosity 2.Creative 3. Comunicative 4.Character 5. Courage 6. Conviction 7. Charisma 8. Competent 9.Common sense 10. Crisis.
Sampai serak dan tidak keluar suara dia memberi taklimat aku lebih bersemangat untuk mencemerlangkan sekolah menjelang 2010.

Sebaik isteriku memasuki kereta sewaktu hendak dihantar kesekolah aku tersentak dan terkedu apabila diberitahu bonda yang kusayangi menelefon bertanya khabar .Sememangnya aku hendak balik berjumpa dengannya petang ni begitulah hati bonda mungkin dia sudah membilang hari dan sudah agak lama tidak bersua muka.Anaknya yang sering memberi alasan terlalu sibuk kononnya,aku bergegas bersama anak lelaki pergi menemui bonda.Teringat aku peristiwa dua tahun dulu aku menasihatkan abang sulungku yang bergelar Datuk yang pada masa itu terlalu sibuk supaya jika sekiranya tidak sempat menjenguk bonda tetapi menelefon sudah lebih dari mencukupi jika sekiranya sibuk,sebab pada masa itu bonda selalu merungut dan bertanya kepada ku tentang khabar abang sulungku.Begitulah hati setiap ibu.Namun aku masih ingat pesan seorang uztaz jika kita tidak sempat bertemu dengan ayah ibu setidak-tidaknya perkara yang paling naif yang perlu dilakukan ialah mendoakan setiap kali lepas kita mendirikan sembahyang.Kalau itupun tidak mampu dilakukan terlalu daif dan naif lah kita .Aku juga mengharapkan kepada anak-anakku supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan kami berdua setiap kali lepas sembahyang.Sempat juga aku memberitahu bonda bahawa kami sekeluarga akan menunaikan umrah pada pertengahan Disember ini .InsyaALLAH aku dan isteri akan mendoakan kesejahteraan dan moga terpeliharalah kesihatan bonda dan bonda mertuaku dihadapan KAABAH.

Thursday, November 5, 2009

KERJA BERASASKAN KONSEP ALFALAH

ASSALLAMUALLAIKUM WR.WBT

Semalam tidak sempat ntuk menulis didalam blog ini kerana lewat sangat tiba dirumah,badan terlalu letih idea sudah tentu tersekat-sekat,jadi saya mengambil keputusan untuk terus tidur bagi merehatkan badan.Alhamdulillah apa yang dirancang semalam hampir semua selesai.Memperbaharui pasport antarabangsa putri sulung yang belajar dikolej bangi dapat diselesaikan dalam jangka masa yang telah dijangkakan.Saya cuba perancangan yang terbaik,membuat tinjauan terlebih dahulu lokasi pejabat imigresyen mencari tempat bermalam yang terdekat.Mohon maaf bang long dibandar baru bangi kerana tidak menghubungi,bukan apa takut menyusahkan abang long dan kak long kerana kami perlu cepat.Disebabkan perancangan yang rapi kami dapat menyelesaikan tiga perkara dalam masa dua jam.Memperbaharui pasport,mendapatkan vaksin anak dan menghantar anak balik kolej untuk kuliah pada pukul 11.00 pagi.Saya selalu berpesan pada anak-anak supaya membuat perancangan yang terbaik dan tahu mengurus masa kerana semua manusia didunia diberi 24 jam sehari saja untuk menguruskan apa saja ,kebijaksanaan masing-masing yang menentukan masa 24 jam cukup atau tidak dan dimanfaatkan.Tetapi ingat kadangkala kita lupa bahawa perancangan yang rapi pun,perlu mendapatkan keizinan ALLAH SWT.Selepas selesai di Kajang kami bertolak pula ke Muar untuk misi seterusnya,tetapi misi kali ini tidak kesampaian kerana rupa-rupanya bandar Muar yang sebesar dan klinik swasta yang sebanyak itu tidak ada perkhidmatan vaksin menongcocol untuk puteri kedua ku,walaupun kami membuat tinjauan hampir semua klinik diMuar.Betul kata isteriku mungkin ada hikmahnya.Namun begitu aku puas hati juga dapat makan asam pedas di Jalan Junid.Restoran JJ(Jalan Junid),teringatkan kawan aku yang bernama junid yang selalu SMS merapu.Aku puji makcik restoran yang memang sedap memasak asam pedas kepala siakap dan akan mayong, tambah pula dengan masak lemak siput sedut,rojak yang dipesan isteriku pun sedap .Berpeluh makannya yop. Dalam perjalanan singgah pula di Kapar,terima kasik Klinik Najihah dan Klinik Puteri yang ada vaksin yang kami perlukan Hari ini kesekolah seperti biasa sempat memberi ucapan pada bakal pelajar tingkatan satu 2010 dan ibu bapa yang hadir,tidak disangka ramai ibu bapa yang hadir,pesanan saya tentang perubahan yang patut berlaku pada anak-anak yang mula belajar disekolah menengah yang sudah tentu berbeza dengan sekolah rendah.Sekolah yang berbeza,pakaian yang berbeza,pergaulan yang bebeza 1Malaysia le katakan,subjek yang berbeza.Harap kepada ibu bapa supaya sentiasa bekerjasama dengan sekolah dalam apa juga program untuk mencapai motto sekolah UB THE BEST.Malam ni ada jemputan pula di kuaters sekolah Jamuan Depavali .Perlu hadir walaupun jauh untuk menimbulkan kejelekitan dengan staff.Bukan senang nak jadi pengetua cemerlang.Wallahuallam

Tuesday, November 3, 2009

LAMBAIAN KAABAH

Asskum wr.wbt
Hari ini aku masih lagi meneruskan urusan pemergian umrah yang dijadualkan pada 16 Disember,sewaktu di feri teringat kawan yang sekarang tinggal di Kajang bertanya pejabat imegresyen dikajang nanti tidaklah aku tercari-cari jika destinasi sudah diketahui.Namun tugas rutin sebagai pengetua tidak kuabaikan pagi biasanya bersama pelajar islam di surau mengadakan majlis bacaan yaasin diteruskan semoga ALLAH sentiasa memelihara anak-anak murid ku yang sangat kusayangi.Sempat pula menghantar surat secara faksimili ke Sains Muar supaya guru disana memberi kebenaran untuk membawa anak keluar bagi membuat pemeriksaan doktor.Perancangan perlu dibuat dengan teliti supaya masa tidak terbuang dan banyak perkara dapat diselesaikan esok jalan masa yang singkat.Lambaian kaabah sudah mula memangil-manggil aku dan famili untu berkunjung kesana.Semalam urusan puteri sulungku telah diaturnya dengan baik .TAHNIAH kerana telah menyahut cabaran abah dan bonda.Wallahuallam

Monday, November 2, 2009

SEDIKIT PETUA TENTANG KEPIMPIMPINAN BERKESAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini mesyuarat dengan kawan-kawan dalam MLPK di PSPN rasa sedih juga meninggalkan rakan-rakan yang sama-sama bergurau dan ada kala sewaktu mengendalikan kursus serius dan kadangkala gementar.Teringat menjadi pengerusi sewaktu Pengarah hendak merasmikan satu kursus di Hotel Brisdale kerana gabrah sampai tersasul nasib baik tidak ditengking oleh Hj.Husin.Menjadi pengetua atau Penolong Kanan mesti hardwork dan menganggap masalah sebagai cabaran dan peluang.EQ mesti tinggi,seseorang yang berjaya mempunyai idea dan pemikiran yang baik.Seseorang CEO misalnya dibayar dengan harga yang tinggi kerana pemikirannya.Pengetua atau Penolong Kanan yang baik,memimpin berdasarkan AURA yang terserlah.A-APPRECIATE ,U-UNDERSTAND ,R-RESPOND , A-ADAPT.Disamping itu mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
1.Self Awareness 2.Motivation and relationship 3.Wisdom 4.Maturity 5.Mindfulness 6.Conciousness .Teringat pandangan Tn.Hj.Jamaludin Pengetua Bainun,sama ada pengetua atau penolong kanan mesti memamahami dan digest NKRA.Perlu meningkatkan profesionalisme.Tahu "How to help beutiful mind" yang ada disekolah dan pelbagai lagi ilmu yang perlu dikuasai.Walaupun aku terlalu sekejap dengan MLPK keakrabannnya terasa sangat.MOGA SILATURRAHIM YANG TELAH DIBINA TIDAK TERPUTUS

Sunday, November 1, 2009

UNTUK MU FATIHAH

Asalamuallaikum wr.wbt.

Hari minggu begini biasanya diwaktu pagi aku mengisi masa yang begitu senggang dengan bermain golf,tetapi minggu ini aku terpaksa membatalkan niat kerana perlu menghantar puteri sulungku yang hendak pulang kekolejnya jam 10 pagi.Seperti biasa bondanya memberi pelbagai nasihat sewaktu dalam kereta,sesekali aku menyampuk tentang pentingannya perubahan dalam hidup kalau dulu kita malas perlulah menjadi rajin,kalau dulu kita lambat perlu menjadi cepat dalam segala tindakan,kalau dulu kita takut wajib menjadi lebih berani,jika dulu kita kebudakbudakan perlu melalui proses peremajaan kearah lebih matang,kalau dulu kita kita sering diberi nasihat sepatutnya telah boleh memberi nasihat kepada adik-adik.Bondanya mengharapkan agar fatihah sentiasa berusaha bersungguh untuk mencapai CGPA yang lebih baik lebih 3.5 dalam semester 4 ,jika Fatihah kini berusaha 120 darjah sepatutnya kearah 360 darjah "FULL SWING" kata orang sekarang "STRIVE FOR EXCELENCE ",lebih fokus dalam apa jua jua yang dilakukan.Namun begitu bonda pula mengingatkan jangan lupa sembahyang, dan jangan sesekali diringankan,bacaan surah sentiasa bermain dibibir dan kalau boleh menjadi hafalan,malah telah dibekalkan pula dengan pelbagai kitab dan AlQuran.Satu lagi pesanan abah dan bonda keberanian kakak untuk berjumpa dengan Ketua Jabatan berkenaan dengan pemergian bagi menunaikan umrah perlu disegerakan.Abah dan bonda begitu berhajat untuk membawa semua anak-anak mengerjakan umrah pada bulan Disember ini.Fatihah perlu berani,tunjukkan bahawa Fatihah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik,boleh menyelesaikan masalah tanpa bergantung dengan abah dan bonda,sebenarnya Fatihah belum menggunakan sepenuh kelebihan yang ada, uruslah masa dengan baik sudah tentu kita dapat membuat segala yang kita rancang percayalah cakap abah dan bonda."IF YOU FAIL TO PLAN YOU PLAN TO FAIL"